Sunday, June 28, 2015

Awkward



Awkward. Nak bagi greetings pun awkward.
Nak tuju pada siapa? 

Followers : baca ke? Bukan follow sebab nak 'foll-back ya kakak, yuk jadi temen' takpun 'followback ye, saya tekan iklan tadi' je ke.
Readers : hai makcik makcik yang sesat ke sini sambil cari resipi. Sorry saya malas share resipi.
Fans : lagi lah takde. Anjing pun segan nak menyalak
Friends : Diorang tak tahu pun aku ada blog
Family : kejadahnya family aku baca blog aku

So to anyone yg baca. Hai.
Ye, aku masih hidup. Biasalah orang kata hero mati lambat.
Atau orang jahat nyawanya liat.
Mana mana pun boleh lah.


Tak tahu nak hehe ke huhu sebab dah dekat setahun dah last entry yang aku post. Tiap kemunculan mesti janji nak update selalu tapi hakikatnya... Babi pun selalu janji untuk tak berperangai babi. Kita manusia tak lari daripada perasaan malas, tak lari daripada busy melayan pakwe, tak lari daripada alasan belajar walhal tak pernah usik buku, tak lari daripada kemanisan social network yang lain yang menyajikan gambar yang banyak dan indah dengan bantuan Iphone dan photo editor. Nak meluah, nak bermadah dah ada twitter. Jadi apa signifikannya Blogspot yang lemah dan kepam ini pada tatapan anak muda yang dahagakan kemanisan kata untuk menjadi santapan jiwa?? Ambui. Nampak tak acah sasterawan situ. 


Berbalik pada tajuk, awkward.
Awkward sebab dah lama tinggal.
Awkward sebab cakap sensorang. Paling paling twitter ada orang fav. Follow @labellalim ya buk
Awkward sebab tak tahu nak mula daripada mana.
Awkward sebab pakwe pakwe yang ditempek mukanya kat blog ni banyak dah mampus. Hehe Mampus dari zaman bujang. Dah kahwin lerr. Tapi masih awkward nak delete gambar sebab nanti orang cakap "Eleh post masa manis. Bila dah putus mencanak engko nak delete gambor".
Jadi aku biarkan.
Biar orang tahu bekas bekas pakwe aku comel comel.
Biar bini dia tahu, aku pernah memiliki dia. #eh
Biar dia meluat tengok gambar aku dengan dia sambil berkata dalam hati "menyesalnya aku putus dengan Bella sebab dia lagi comel dari bini aku. Bini aku bengkak rupa paus kena lempang"  kahkah
Awkward sebab buat kelakar lapuk, lepastu gelak sorang sorang. Feeling feeling kelakor.
Awkward sebab eh eh ni blog aku. Ikut suka aku la nak tulis apa. Tapi sebenarnya masih sedih bila kena kutuk. Gaya je macho, hati tisu.

Dulu aku kufur nikmat dan takbur. Masa orang duk pepuji aku kelakor, masa orang merayu suruh update blog, aku malas. Aku sengaja siksa jiwa diorang. Sebab kengkonon aku ni pesaing Tapit. Kengkonon aku ni boleh lawan keknis. Kengkonon aku ni lagi power daripada maryahantu (saja salah eja).  Sebenarnya bukan apa, aku malas nak update sebab aku takut bila aku post entry tak best nanti orang kecewa. Sedih tau buat kelakor tak jadi. Rasa nak tumbuk je dinding. Sebenarnya nak tumbuk orang yang tak gelak. Hehe. Takpun nanti kalau glemer aku lupa diri. Aku tak suka tau feeling gitu. Jadi disebabkan perasaan yang berkecamuk maka aku terus mendiamkan diri daripada indutri seni dan fokus kepada keluarga. (tetibe).


Aku suka je meluahkan perasaan pepanjang cenggini. Tapi bak kata kakak aku, "kau buat karangan siapa nak baca?"
Yelah. podah. Siapa tak baca sampai habis mak dia ketiak hijau. Huhu dah lah, tetibe terlupa tadi nak cakap apa. Esok esok lah aku tulis lagi. Mungkin jugak esok esok tu bila aku dah kahwin, beranak dua. Kbye.


P/s : Aku dapat banyak soalan kenapa aku tak kena ikat bulan puasa ni. Aku malas nak cakap banyak.

 Kadang kadang syaitan itu telah sebati dalam diri.  Assalamualaikum!