Wednesday, February 6, 2013

GAGAH PERKASA

BEND IT LIKE BELLHAM! 


aku rasa sesiapa yang masuk sini sebab nak tips bina badan bagi ada 6packs ke, takpun nak resipi muntah setan yang buat badang kuat ke, ataupun yang mana rasa nostalgic sebab teringat pasal rumah sukan Perkasa kat sekolah dulu ke, bolehlah berambus cepat cepat sebab entry ni sikit pun takde kena mengena dengan yang hidup ataupun sikit lagi nak kojol tu. haha. blah laju laju tau. sebab kalau blah pelan pelan nanti orang perasan, malu kang. tak pepasal je kena gelak setaman nanti. nasib tak sekampung sebab duduk bandar, tak dok kampung. haa lawak tak. lawak kan lawak kan.

aku rasa aku kena polish la writing skill aku. sebab dah lama lama ni aku rasa tulisan aku macam orang tua. bosan jee. dah macam orang tua yang gi gym pastu asyik buat segmen aje tu pulak. haha. aku bukan apa doh, aku kena la sopan sopan sikit bahasa sekarang ni. sebab aku kan dah meningkat usia. kot kot la bakal mak mertua baca blog ni ke.. lecturer baca ke.. ( HAI CIK FENDI! ) miehehe. mungkin cik fendi dah tak baca blog aku sebab dia kan dah kahwin... (mengapa kau selingkuh.. ohh :'(  ahaha )  dari baca blog aku, baik la dia manja manja ngan bini dia kan. tetibe cite pasal cik Fendi kenapa. kang dia kembang hidung, kembang bontot tetibe ajak aku kahwin jd nombor dua, mampus. kahkah.

sesampai je malam tu, isi borang, amek kunci bilik. ha ni anma dia meja manusia. haha baek punyee

 ohh lupa, assalamualaikum wbt semua. tahun baruu ni!! kena semangat sikit. hormat orang yang baca. haha. aku nak cite pasal Tournament Futsal yang aku masuk last year. amboi bunyi last year macam lama je. haha. padahal baru sebulan kot. sebab aku main ni masa study week aritu. 21 sampai 24 Dec 2012.. menatang ni buat masa study week.. aku dilemma gila nak gi ke tak. tapi mikirkan peluang tak datang banyak kali, aku join aje la. tambah pengalaman, tambah kawan. ramai jugak tak dapat join sebab ada test. aku sendiri pun kena postpone dua test sebab pegi mende ni. pendekkan cite, aku ingat join ni atas nama unimap.. tapi sebenarnya ni Sukan Warga Felda 2012. kami ni dari uni uni, mewakili PERSADA. siapa taktau, persada ni permuafakatan siswa siswi Felda, nama glemer dia. kalau nama tak glemer, persada ni adalah anak/cucu/cicit generasi felda yang belajar kat universiti..

haa tah tah ramai tak tau diorang sebenarnya salah sorang ahli persada ye tak? disebabkan persada uni aku yang main futsal tak ramai... jadi depa import le pemain handalan gagah perkasa (puih puih) macam aku ni. heheks. tak memasal aku jadi persada ye tak? :p  tapi persada ni besttt. depa ni sume orang felda, duit kepuk kepuk gitu. jadi kami dapatla jumper 1 suit, pastu dapat raincoat, shorts, jersey, makanan minuman yg sedap sedapp, siap dapat elaun lagi.. RM100 sorang. hehehe seronot wa cakap lu. dari unimap, kami hantar team bola jaring and futsal. usm hantar zapin, upsi hantar bola tampar, futsal lelaki dari upnm, bola sepak dari uitm. hamboi, team pompuan ada dua je uolls. tapi takleh nak rasa hot sangat sebab yang main futsal ngan kitorang tu adik2 foundation upsi je. cisss.haha


hari kedua, majlis pembukaan.. muka nak bergaduh je. panas terik kau tau tak
kekasih hati/rumet/soulmate.   nama manja kitorang ucuk acham haha

kitorang sume duduk kat Inspen, Bangi. taktau apa, ha google sendiri. patutnya duduk uitm shah alam, tapi tukar tempat sbb apa tah. hehe tapi Inspen ni pun cantikkkk. serious cantik. kitorang men futsal kat Tongga De Futsal, Seri Kembangan. main ikut liga.. siapa bungkus awal bolehla lepak gi tengok orang lawan bola ke, bola tampar ke, zapin ke.. futsal team aku confirm la menang.. hahah. see the leg la. :D okeh selanjutnya korang hadap jela gambar. malas pulak nak cite. cite pun macam la korang nak sangat baca. siapa baca aku sayang dia. ahha. aku tipu je. kenal pun tak sayang mende.


ni team futsal. sebab tak bawak sport shoes spare, terpaksa la jalan perbarisan ngan kasut futsal haha


ni dia ranger persada... kemain seronot lagi duduk bawah matahari terik


geng gengster kat unimap, tapi paling ayu kat sana. sebab banyak laki jadi jadian. haha.



muka sikit punya gengster tu haa takut tak.


hari ketiga.. sebab takde game, kitorang merayap pergi mid. :D

hari keempat, lepas tengok orang lawan zapin, gi the Mines main bowling reramai.

ehemmm. tengok tu siapa B tu. hehe

lepas balik main bowling, tengok orang kejar bola..

sesi melepak sebelum dinner. 

dinner :D  kitorang sume boria pakai baju batik unimap. haha

ni kawan kawan persada yang best :D

sebelum balik tangkap gambar dulu... :)

diorang nyanyikan kitorang lagu teman sejati.. haha sedih doh

okay itu je  bye semoga berjumpa lagi :)

bagi sesape yang curious kenapa kitorang banyak sangat hari yang lepak, sume ni sebab kitorang menang futsal. aa menang apa? MENANGgung malu.... kena bantai dengan state player sume tu wakil felda tu. hahaha. takpe, yang penting pengalaman :)  MASUM mungkin kami boleh menang. hehe jom berentap next sem ! thanks for reading.



1 comment:

ai shah zawani said...

lama gile nk tggu entry kau. lastly futsal? mne lain? hehe ap ni makcik, cuti lama banyakkan entry yg hotII. :D