Monday, February 11, 2013

familiar situation



looks like happiness dont last forever when......










familiar situation every semester. eh eh macam deja vu pulak. ahaha takpe, yang penting syukur Alhamdulillah :)




Wednesday, February 6, 2013

GAGAH PERKASA

BEND IT LIKE BELLHAM! 


aku rasa sesiapa yang masuk sini sebab nak tips bina badan bagi ada 6packs ke, takpun nak resipi muntah setan yang buat badang kuat ke, ataupun yang mana rasa nostalgic sebab teringat pasal rumah sukan Perkasa kat sekolah dulu ke, bolehlah berambus cepat cepat sebab entry ni sikit pun takde kena mengena dengan yang hidup ataupun sikit lagi nak kojol tu. haha. blah laju laju tau. sebab kalau blah pelan pelan nanti orang perasan, malu kang. tak pepasal je kena gelak setaman nanti. nasib tak sekampung sebab duduk bandar, tak dok kampung. haa lawak tak. lawak kan lawak kan.

aku rasa aku kena polish la writing skill aku. sebab dah lama lama ni aku rasa tulisan aku macam orang tua. bosan jee. dah macam orang tua yang gi gym pastu asyik buat segmen aje tu pulak. haha. aku bukan apa doh, aku kena la sopan sopan sikit bahasa sekarang ni. sebab aku kan dah meningkat usia. kot kot la bakal mak mertua baca blog ni ke.. lecturer baca ke.. ( HAI CIK FENDI! ) miehehe. mungkin cik fendi dah tak baca blog aku sebab dia kan dah kahwin... (mengapa kau selingkuh.. ohh :'(  ahaha )  dari baca blog aku, baik la dia manja manja ngan bini dia kan. tetibe cite pasal cik Fendi kenapa. kang dia kembang hidung, kembang bontot tetibe ajak aku kahwin jd nombor dua, mampus. kahkah.

sesampai je malam tu, isi borang, amek kunci bilik. ha ni anma dia meja manusia. haha baek punyee

 ohh lupa, assalamualaikum wbt semua. tahun baruu ni!! kena semangat sikit. hormat orang yang baca. haha. aku nak cite pasal Tournament Futsal yang aku masuk last year. amboi bunyi last year macam lama je. haha. padahal baru sebulan kot. sebab aku main ni masa study week aritu. 21 sampai 24 Dec 2012.. menatang ni buat masa study week.. aku dilemma gila nak gi ke tak. tapi mikirkan peluang tak datang banyak kali, aku join aje la. tambah pengalaman, tambah kawan. ramai jugak tak dapat join sebab ada test. aku sendiri pun kena postpone dua test sebab pegi mende ni. pendekkan cite, aku ingat join ni atas nama unimap.. tapi sebenarnya ni Sukan Warga Felda 2012. kami ni dari uni uni, mewakili PERSADA. siapa taktau, persada ni permuafakatan siswa siswi Felda, nama glemer dia. kalau nama tak glemer, persada ni adalah anak/cucu/cicit generasi felda yang belajar kat universiti..

haa tah tah ramai tak tau diorang sebenarnya salah sorang ahli persada ye tak? disebabkan persada uni aku yang main futsal tak ramai... jadi depa import le pemain handalan gagah perkasa (puih puih) macam aku ni. heheks. tak memasal aku jadi persada ye tak? :p  tapi persada ni besttt. depa ni sume orang felda, duit kepuk kepuk gitu. jadi kami dapatla jumper 1 suit, pastu dapat raincoat, shorts, jersey, makanan minuman yg sedap sedapp, siap dapat elaun lagi.. RM100 sorang. hehehe seronot wa cakap lu. dari unimap, kami hantar team bola jaring and futsal. usm hantar zapin, upsi hantar bola tampar, futsal lelaki dari upnm, bola sepak dari uitm. hamboi, team pompuan ada dua je uolls. tapi takleh nak rasa hot sangat sebab yang main futsal ngan kitorang tu adik2 foundation upsi je. cisss.haha


hari kedua, majlis pembukaan.. muka nak bergaduh je. panas terik kau tau tak
kekasih hati/rumet/soulmate.   nama manja kitorang ucuk acham haha

kitorang sume duduk kat Inspen, Bangi. taktau apa, ha google sendiri. patutnya duduk uitm shah alam, tapi tukar tempat sbb apa tah. hehe tapi Inspen ni pun cantikkkk. serious cantik. kitorang men futsal kat Tongga De Futsal, Seri Kembangan. main ikut liga.. siapa bungkus awal bolehla lepak gi tengok orang lawan bola ke, bola tampar ke, zapin ke.. futsal team aku confirm la menang.. hahah. see the leg la. :D okeh selanjutnya korang hadap jela gambar. malas pulak nak cite. cite pun macam la korang nak sangat baca. siapa baca aku sayang dia. ahha. aku tipu je. kenal pun tak sayang mende.


ni team futsal. sebab tak bawak sport shoes spare, terpaksa la jalan perbarisan ngan kasut futsal haha


ni dia ranger persada... kemain seronot lagi duduk bawah matahari terik


geng gengster kat unimap, tapi paling ayu kat sana. sebab banyak laki jadi jadian. haha.



muka sikit punya gengster tu haa takut tak.


hari ketiga.. sebab takde game, kitorang merayap pergi mid. :D

hari keempat, lepas tengok orang lawan zapin, gi the Mines main bowling reramai.

ehemmm. tengok tu siapa B tu. hehe

lepas balik main bowling, tengok orang kejar bola..

sesi melepak sebelum dinner. 

dinner :D  kitorang sume boria pakai baju batik unimap. haha

ni kawan kawan persada yang best :D

sebelum balik tangkap gambar dulu... :)

diorang nyanyikan kitorang lagu teman sejati.. haha sedih doh

okay itu je  bye semoga berjumpa lagi :)

bagi sesape yang curious kenapa kitorang banyak sangat hari yang lepak, sume ni sebab kitorang menang futsal. aa menang apa? MENANGgung malu.... kena bantai dengan state player sume tu wakil felda tu. hahaha. takpe, yang penting pengalaman :)  MASUM mungkin kami boleh menang. hehe jom berentap next sem ! thanks for reading.



Thursday, January 24, 2013

sibuk


senyuman 2013 haha


hello pals. sorry i haven't updated this blog for ages. i've been busy with studies. ahha, tolonglah percaya. even facebook pun bukak once in a month je. and twitter, bukak bila rasa nak marah je.. as you all know, twitter memang tempat maki hamun saje. busynya semester ni, only God knows how. boleh pulak final week before study week, masa tu lah kena hantar project yang berlambak, lepastu masa tu jugaklah nak buat test. study week pun kena jawab dua test.. arghh. semua ni punca cuti lah ni. orang lain suka cuti, but I dont. rumah aku jauh, kalau setakat cuti empat lima hari, nak balik rasa tak berbaloi je. lainlah member aku.. rumah sume area utara je. dia kentut pun mak dia boleh dengar. tiba cuti je, semua lesap. tinggallah aku, dihadapan lappy, termangu keseorangan, menghabiskan cuti dengan sangat tidak berpekdah, pastu kita sama sama kena layan test masa study week. how unfair!


stresss


pastu sem ni banyak subject tough. dah la ada 6 paper untuk final. kusut kau tau tak. berapa hari tak tidur. masa ni memang jadi mak guard secara sukarela. pukul 4,5 pagi baru balik rumah dari umah member. konon study group. tapi bila rumah dia blackout je, pakat pakat cabut. baik tidur kat umah sendiri. ada kipasss. haha. rupa memang serabai macam zombie lah kan. dan aku nak mengucapkan time kasih kepada hantu hantu dekat kolej aku sebab kalini diorang tak buat perangai teruk sangat masa study week and exam. time kasih atas kerjasama yang mantop drpd persatuan hantu hantu Kolej Kediaman Tun Ghafar Baba (KKF).

oh ye, Selamat Tahun Baru kepada semua. hehe sukati akulah nak wish bila. still in January whattt. macam tak percaya je, sekarang dah 2013.. aku pun dah 21 tahun. hiew hiew. nama je macam dua puluh. tapi sikit pun aku tak rasa tua. aku rasa macam baru je habis sekolah semalam. kuikui. azam aku tahun baru ni... adalah untuk............ hah! itu rahsia laa. haha




hari Ahad lepas aku pergi tengok movie cite MAMA. masa nak beli tiket, budak tiket tu cakap yang cerita tu 18. aku tanyalah, "muka ada macam bawah 18 ke?" sambil point muka sendiri. budak tu directly jawab "ada." haha. bongek betul. rasa nak tumbuk pun ada. frankly speaking dude, aku tak suka orang rasa aku budak budak. aku lagi suka orang ingat aku dah 24 ke 25 ke. barulah rasa pro gitu. hahaha. oh by the way, cerita MAMA serioussss best! dulu aku rasa Insidious cerita seram paling best pernah aku tengok, tapi sekarang MAMA beat Insidious gila teruk. jangan sebut pasal sinister. sinister memang mengecewakan.
aha tu je nak post kalini. aku dah type benda ni semalam lagi. malas nak post je. hadap le engkorang. aku tengah gatei nak hupdate psl topik bru ni. kbai.