Tuesday, October 30, 2012

Aktiviti Menarik Pelajar di Hujung Minggu




sebenarnya takde pebende yang menarik sangat pun. tapi lagi menarik la dari poco poco.  aku saja nak gempak gempak. kasi ramai followers. barulah aku kaya. ni Nuffnang aku nak naik seposen pun susah. padahal sebelum ni jumpa seposen sikit tak pandang. kang kawan aku panggil aku pengutip. lepas diorang toleh tempat lain baru aku kutip. mak aku kata, kalau jumpa duit tapi tak kutip, nanti suwey. kira macam kita tolak rezeki lah. 


besar duit seposen tu, kau akan tahu nilai dia bila kau dah desperate sangat nak cuci baju guna mesin basuh, line tengah clear, orang takde queue ke apa, matahari lak terik macam esok dah takde hari siang, memang cun cun dah ni dengan bakul penuh baju. sekali duit syiling kau tinggal RM1.90 je. ngam ngam seposen tak cukup. aiseyy. time ni la mula buat aktiviti korek poket jeans, selenggara handbags, usha bawah katil.. masa ni.. memang kalau jumpa mayat bawah katil pun dah tak heran dah. sebab setahun sekali je pun tengok bawah katil. masa masa macam ni la mula menggamit kembali kenangan mensia siakan seposen yang kita jumpa tengah jalan. aduh. sungguh menyayat hati. alih alih bila dah jumpa seposen, rilek jeee ada minah bontot tonggek pakai hot pants dalam kampus pergi kt mesin basuh pastu potong queue. 


eeeeeeeeeee macam setan sungguh. rasa macam setapak je lagi kau nak gapai kejayaan tapi ada orang dah sailang. akibatnya, kau kenalah tunggu sejam kemudian baru dapat guna mesin. itupun kalau takde toyol toyol mencangkung depan mesin tunggu masa je baju baju minah tonggek tadi setel. barua! memang barua wa cakap lu. ikut hati nak je aku curah kopi 3 in 1 dalam mesin tu. biar bercendawan hotpants dia. haa tengok, setan tk setan perangai. haha. aku rasa aktiviti tunggu mesin ni boleh kata aktiviti wajib tiap hujung minggu. boleh mengukuhkan perpaduan dan mengeratkan silaturrahim sesama insan. masa sabtu je, ala mulalah aku nak jadi BFF kat kawan yang mesin basuh depan rumah dia je. haha. masa ni la baru nak ngaku sekatil sebantal dan bermacam se lagilah.


aku ni bukannya malas nak cuci baju guna tangan.. cumanya aku bizi. nak belaja lagi, nak mesej boypren lagi, nak guling guling atas katil lagi, nak rehatkan mata lagi, nak main hoki lagi, nak tengok running man lagi, mana ada masa. lagipun aku punya kulit sensitip la. kalau aku cuci guna tangan nanti tapak tangan aku tukar kaler purple. pastu nanti kuar besi cam cite Xman tu. haa kan bahaya nanti aku cakau orang. so aku terpaksa la basuh guna mesin. hehehe.


sekarang ni, walaupun dah sebulan setengah aku dduk U, aku rasa cam honeymoon lagi. yela, cuti je nohorom banyak. haritu siap sempat gi Langkawi lagi 22 september. hehe. sekarang ni cuti smpai 4hb, pastu seminggu ada test, pastu cuti lagi 10 hari sebab deepavali. ehh asyik cuti je, makin bengaplah cenggini. (konon konon tak suka cuti). apa apa pun, aku berazam untuk rajin ke kelas bukak cuti ni. bukan apa, kuota ponteng aku dah habis. so faham faham la ye. hehe tu je kot nak mencarut. subuh dah ni. roger and out.