Friday, September 21, 2012

wajah baru


hai noks noks jalan terkepit kepit semua. apa habaq. kini blogku ini berwajah baru. ahaks! setelah beberapa purnama guna header yang sama.. sekarang baru aku tukaq. haha siapa tak perasan scroll le atas tu. si bells memegang kapak dengan bergaya dan berkarisma. tentang tubuhku itu.. jangan ragu ragu. aku memang selim sejak azali lagi. sebelum tok nenek kau main kejar kejar kat kebun durian lagi aku dah selim okay. dah dah diam semua.. jangan mintak maki. hari ni Jumaat tau. perangai senonoh sikit.


aku edit simple je gini memula. then marya edit balik



berbalik soal header atas ni.. header ni aku cari dan edit masuk kepala aku sendiri. guna paint je. power tak power cakap lu. haha. dulu marya yang buatkan header lama aku. kalini sebab dah berjauhan, kenalah berdikari. susah duduk Perth ni tauuu. nasib ada internet tau y'olls. header tu aku buat dari gambar cerita The Lorax. commeellll gila Truffula trees tu. nampak macam lembutt sangat. macam cotton candy pun ada. teringin nak gigit. hahaha. pasal background, lain tahun la aku tukar. tak rajin lah. so itu saje untuk aku bermegah megah kali ini. salam perpaduan untuk semua :)  (Y)



Friday, September 7, 2012

serrammm nihh

honeymoon is over :'(


hai semua. ;)  kejap lagi aku nak gerak balik Perth dah. huiii. selama cuti ni, aku habiskan dengan tidurrrrr je. sebab apa? sebab aku tak kerja, tak buat apa. duduk rumah je. nak online, aduhh takde siapa pun aku nak layankan. banyak student time belajar kemain ligat online. time cuti semua menyepi. anak hantu betul. tinggallah aku sebatang kara di internet. lepas tu, aku belajar tengok running man. bila bosan je aku tengok. kadang satu hari aku boleh layan 6 episod. 3 petang, 3 malam. pagi takde sebab aku tidur lepas subuh, bangun tu hehe malas lah nak cakap. kang orang kata aku ni sleeping beauty pulak. aku tak suka riak riak ni. dosa besar tau! eheks

pasal tajuk kat atas tu. aku seram seram sejuk ni. korang pernah rasa tak perasaan geli geli kat perut. rasa macam mahu tak mahu. macam nak kentut tak kentut, nak berak tak berak. rasa macam taik dalam perut ni main skipping ngan intestine aku je. geli bodoh. nak terajang, tak sampai.. nak suruh orang terajang, aku takut aku terajang orang tu balik kang. hei heiii gerramm nyah.

selama berbulan bulan lemon ni, aku puas dah nyanyi lagu kris dayangti menghitung hari tu. sampai tinggal tung-ri je bunyik dia. bosan dah. selalu aku tengok kalendar. bila lah nak ciao dari rumah ni. sebab duduk Uni kan seronok.. banyak kawan.. banyak pakwe pakwe untuk diusha, huii huii banyak aktiviti, banyak assignment (okay yang ni tak seronok, yang ni babi nama dia.) kalau duduk rumah balik balik tengok muka abang kakak aku, eh naik hijau pulak. haha. lagi pulak boypren aku duduk berdepan je ngan kolej aku sem ni. so apalagi. hui hui la. toksah risau dah nak beli makanan hari ahad lauk habis sebab selalu bangun lambat. heheh. kita dah ada tukang belii. yeay!! (tepuk kuat kuat sambil pejam mata, utk tambah feel).


bf : pasni dah takde kereta takpe kan.. janganla bangun lmbt lg gi kelas. tidur awal
gf : haa banyak la.. pasni kalau i tertinggal bas lagi i nak u terbang okay.


kejap lagi aku nak naik bas cosmic. coach tau, double decker lagi nyah. siapa tak tahu, ha ha ha memang noob la kau. (padahal aku msuk U baru tau).  pasal gayat toksah risau. abang perkasa ada temankan harini. haha. sebab boypren aku punya kereta aritu eksiden, so terpaksa la kami balik naik bus. kereta kat bengkel lagi. takpe, takde kereta pun saya sayang.. hehe. siapa berani gelak, aku lambung kau kt dinding, pastu ikat kau kat kipas. jangan berani berani memperlekehkan jiwa halusku ini. kahkahkah. macam sial je.

eh dah lah, penat la type. keyboard aku pun dah mencarut dah sebab aku asyik hentak hentak dia je. lantak la kan, siapa suruh jadi keyboard. nak kena belai, jadi la kucing. miau miau sikit, buat muka cute, dah dapat kena peluk ngan akak akak berdada gebu.. hehe. siapa bawah 18 nnt kau akan paham. kehkeh.

okay lah nak mandi.. nak bersiap. nak balik perlis.hoi hoi hoi ya hoi kita semua gembira... hoi hoi yaaa pulang dgn kuih rayaaaa. :p  wahh berbaur rasa pula nak balik ni. aih pasni takde dah makan masakan mama. masakan bibik aku tak peduli, tak sedap. pastu takde dah mcd delivery, pizza, subway, kenny rogers, ramen... yang tinggal hanya lah megi. pasni takde dah adik untuk aku cium bila dia tidur and pukul bila dia dah sedar. pasni takde dah keluar lepak ngn kawan sekolah. pasni takde dah unifi :( waaa.. ada brokband je. pasni takde dah free mind. ada minda sibuk dengan pelajaran je. hmm. eh eh korang pahal touching. mana ada aku sedih. aku happy je. :\ eh celaka. air apa pula mengalir tepi mata ni. cis hilang macho aku.

byebye mama.. hihihi. tambi sebelah tu, lantak dia. ahha


p/s  : tadi aku buat kek batik. muehehe. dah nak balik U baru nak rajin godek resipi. semalam aku try buat kek batik, pastu sebab salah step, nak oii jadi garing serbuk milo aku. kahkah. pertama kali aku mencarut dekat barang. tu pun sebab aku rasa tidak ada keserasian antara aku dan kuali. bila aku bubuh butter, kemain kurang ajar lagi dia ludah kt tgn aku. kn dah pedih eee -_- nasib tk kena muka. kalau tak, turun rege kau tau! eksperimen aku teruskan harini. Alhamdulillah berjaya. boleh le encik tunang kite rasa kejap lagi.  :)


Monday, September 3, 2012

Eleh Sentap Pulak



selamat hari raya! selamat hari raya! haha dah raya keberapa baru nak wish. wtv. oh ye, dalam bulan Syawal ni.. banyak invitation untuk open house kan.. banyak jugak yang aku pergi. and biasalah, mesti akan terjumpa kawan kawan sekolah, kawan lama, yang otomatik bertukar jadi reunion kat rumah orang. seronok jumpa kawan lama. bahan membahan, ungkit mengungkit.. tapi ada gak part yang tak best tu.. ejek mengejek. euww. kalau bahan cara baik, and kalau ada elemen humor takpe tau. rasa cam eh kurang ajar, tapi boleh gelak gelak lagi. tapiiii  ini type bahan yang SUPER RUDE yang boleh buat mood nak bunuh orang automatically ON.

kat sini aku bukan nak cerita aku kena bahan ke apa. ada yang kawan aku kena tapi aku as pendengar ni pun rasa cam tak puas hati. kenapa nak bahan sebegitu rupa sampai memalukan dan mengaibkan orang.. well, kita ni semua dah besar kot. kalau nak gurau, gurau jelah... tapi bahasa, ayat, mesti kena jaga. jangan cakap ikut sedap mulut aja. silap haribulan makan pakai straw kau karang. haa takut tak. haha

yang aku dah perasan sekian lama, orang yang pendiam.. tak semestinya tak kurang ajar. orang yang lembut, tak semestinya cakap tak pedas. kadang, orang macam ni la lagi tak reti jaga hati orang. aduh jangan anti social sangat boleh? kawan dengan ramai orang lagiii, pastu belajar soft skill dan hormat orang, ok? sebelum cakap, fikir dulu. jangan jadikan perhiasan otak awak tu.

ni satu nasihat la, kalau tak rapat dengan someone, tak usahle bergurau kasar. sebabnya, tak semua orang boleh terima gurauan kasar ni. kalau kawan rapat, lain ceritanya. yang mana tak rapat pulak, jangan la perasan rapat dengan seseorang untuk selambanya korang fire dia dengan kata kata kesat dari mulut longkang korang tu. berbau, tahu?  jangan hanya badan je besar tapi otak dan hati kecik. matangkanlah diri tu sikit. sebelum suruh orang lain jadi matang, ada paham? heh heh. eleh sentap pulak.


oh btw, did you notice any difference? hehe. :) selamat hari raya