Monday, July 30, 2012

Jatuh Cinta

aku tau aku makin malas update blog. aku tau aku makin malas layan twitter. aku tau aku makin malas reply message. aku.. mandi tak basah.. makan tak kenyang walaupun melantak banyak banyak. tidur tak lena.. sebab.. aku dah jatuh cinta. aku jatuh cinta pada....



RUNNING MAN!


dulu.. kakak aku selalu cerita pasal running man. aku buat endah tak endah. bila kawan aku stay up malam malam semata mata nak tengok running man, aku rasa dia bengap. bila kawan aku gelak sorang sorang tengok running man, aku kata dia gila. aku kutuk semua perempuan yang panggil laki yang dia suka sebagai oppa. aku rasa jijik tengok pompuan yang fanatic kat artis lelaki Kpop. tapi!!!!!!!! sekarang... aku pulak yang fanatic kat...


Kang Gary oppa <3



hahaha. tu lah orang kata. jangan kutuk. nanti kita terkena balik. dulu konon memang anti gila kpop. dengar lagu kpop pun jijik. tapi sekarang aku pulak layan lagu leeSsang. hahaha. even twitter aku pun aku bubuh gmbr gary.. paling teruk, aku sebelum tidur tengok RM. bangun tidur tengok RM. sebelum, selepas sahur tengok RM. sebelum selepas buka tengok RM. sampai aku termimpi aku jadi one of the guest dalam RM. LOLOLOLOL. loser gila tak? ah mampos. siapa tak tengok yang loser bagi aku.



click for larger image


rugiiiiiiiii sangat siapa tak tengok. best gila! aku dah ada episod running man ni dah lama dah. tapi aku tak pernah tengok. sebab aku rasa tah apa apa. and aku takut aku ketagih. (ketagihan tidak baik untuk pelajar ye.) aku paling suka Gary sebab dia cool. aku minat lelaki type macam tu. :D  Haha pun aku suka sebab dia kelakar sangat. heheh. sampaikan Bf aku pun merungut. sebab aku dah tak layan dia sangat sebab asyik tengok RM. hehe. teruk kan? wtv. janji aku bahagia! semua suka Ji Hyo kan? aku suka jugak. tp aku rasa Lee Hyori yang main waktu episod awal2 tu ala ala macam aku ah. gengster sikit hehe. okay itu saje. :D  byebyee guys. nak tengok Running Man!



p/s ; siapa suka running man? okay, kita kawan!!! :DDD
        siapa suka gary oppa? okay go die cause he's MINE!!!!

Tuesday, July 24, 2012

Hari ini


hello kawan kawan :) 


puasa tak harini? haaa =.=  aduhh. cukup dengan bau mulut korang pun aku dah boleh tahu. takpe, walaupun mulut korang bau tungkik macam bau getah keping, tapi bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi. Alhamdulillah :)  harini aku letihhhhhh sangat... sebab aku pergi Unit Drama RTM dan Unit Foto RTM kat Petaling Jaya dan Angkasapuri.





kenapa aku pergi situ.... ha tu rahsia aaa. ce teka ce teka. kalau tanak teka sudah. peduli hape aku. letih gila ni. nak tidoq barang sejam dua dulu naa. :D babai





Saturday, July 21, 2012

Almost Forgot Myself


Sometimes you have to look back to move forward. :D



Hello

perubahan... bagus ke tidak? pro atau kontra? baru baru ni, aku rasa murung sikit. sebab duduk rumah je kan.. bosan. aku bukan jenis orang yang boleh duduk diam. masa dihabiskan dengan tidur and online je. rasa bangang, tahu? tak. aku tak potong pahala puasa kau pun. itu bukan mencarut. ianya sejenis perasaan. rasa loser. rasa sempit. rasa lemas. rasa terpengap. rasa macam lepas berak tapi tak cebok. macam makan kfc takde sos cili. ada je tak kena. cilakak betul.

kenapa aku jadi macam ni. bercakap pun rasa nak taknak. zaman sekolah rasa macam main atas awan je. masuk matriks rasa bengap sikit. masuk U wahh. rasa bengap yang paling amat sangat. tengok. bahasa melayu aku pun dah dungu. tapi... sekarang aku tahu. apa kurangnya. silapnya, sebab aku dah banyak tinggalkan benda yang aku minat. aku berubah sikit sikit. sampai aku tak kenal dah siapa aku.

jadi aku mendapat kesimpulan.. aku tak boleh hidup tanpa sukan. aku takkan happy tanpa mengecikkan skop aku berkawan sebab takut kena tikam. tak perlu le aku takut matahari sangat sebab nak jaga kulit memandangkan kawan course aku lawa lawa putih putih belaka. tak payah lah aku paranoid sangat dengan semua benda. kan? kalau korang pernah rasa hilang diri korang, korang bolehla tengok balik.. apa sebenarnya yang korang minat, yang boleh buat korang happy. sebab itulah diri korang yang sebenar...


sebab, untuk aku.. aku dah jumpa. apa yang boleh buat aku happy : D



passion, futsal! :D happy sangat kalau bersukan.


pasal happy happy bersukan tu jugak le happy masuk hospital. haha




hoki :D teka la yang mana satu aku. hahaha zaman sekolah ni..

ice skating. walaupun punggung lebam lebam tetap rasa besttt

main basikal... paling happy bila turun bukit. naik bukit dah tak happy dah

join teater and apa apa persembahan. best dapat menghiburkan orang

main gitar and menyanyiii :D

buat projek. okay ni aku tipu je.


oh and.....
Happy fasting and Ramadhan kareem guys!


p/s : thank you Topek sebab kasi semangat balik. haha. sempang kerayong rocks!


Tuesday, July 17, 2012

Aku Pelakon yang Kekwat




rehearsal.. Unimap Sedekad Gemilang


Tanggal 7 Mei 2012, aku menjadi salah seorang pelakon untuk menjayakan Konsert Diraja. Konsert Diraja ni adalah untuk menyambut Hari Ulangtahun Keputeraan Tuanku Raja Perlis. Konsert ni jugak diadakan untuk meraikan 10 tahun penubuhan Unimap. haaa baru 10 tahun tapi dah boleh dapat top 10 ranking universiti terbaik Malaysia tau. Sempena konsert ni, satu persembahan teater musical telah dipersembahkan. cumanya bukan aku yang menyanyi. aku hanya pegang watak pelakon. hehehe.


antara artis yang hadir, Dato M. nasir

kes kekwat ni pun bukan apa. cumanya, dua minggu sebelum konsert kami dah kalut kena berlatih di Unit kebudayaan dan Rekreasi Unimap. (UKR)  Konsert ni hari Isnin. Jumaat dan Sabtu pada minggu sebelum tu pulak ada Kejohanan Sukan antara pusat kejuruteraan. (PPK) aku wakil PPK Pembuatan dalam badminton dengan futsal. jadinya kenalah berlatih juga ye dak? memang lunyai lah aku minggu tu. dengan sukan, dengan teater lagi. memang berkejar kejar aku dari Semarak, Kuala Perlis ke Kangar untuk berlatih badminton, futsal dan teater. nasiblah ada orang sudi hantar. kadang pun aku terpaksa drive sendiri. memang letihhhh sangat.
berpeluh peluh abang ni makeup aku. haha.

okay dipendekkan cerita.... aku dapat 4 watak. untuk dilakonkan. 4 scene aku dapat. memang susah laa.. sebab orang lain kebanyakan dapat 2 scene aje. tau tak, 1 scene je makan berhari hari nak bagi perfect. jadinya ramai la yang risaukan aku... sebab dapat 4 scene. pastu pulak kadang tak datang latihan sebab pergi sukan. tapi aku rasa aku boleh je bawak sebab aku cepat tangkap. (konon) hahaha. pastu ada la beberapa staf ni kesian tengok kawan aku yang asyik kena gantikan aku.. so dia tukar terus watak aku tu, bg kat kawan aku. aku tak kisah pun... lagi ringan beban den. sebab berlakon ni, script semua takde. ada pun jalan cerita je. jadi kita yang kena fikir sendiri apa kita nak cakap, apa kita nak buat. memang challenging la. kalau kau creative, bolehle buat2 lawak sikit. tu pun kena jaga bahasa dan sebagainya sebab ni kan Konsert Diraja. tak boleh pakai boh saja.

scene pendaftaran, scene pertama


scene pertama aku kena berlakon jadi anak datuk. nama aku Isabella anak Datuk Bahrin (which aku reka sendiri) hahaha. yang datang dari KL, seorang yang fussy, cover cun, berlagak, asyik speaking je kerjanya. masa ni aku bambu staff KUKUM (nama lama Unimap) yang tak reti cakap omputih.

scene kedua, aku kena pegang watak perempuan hot kat Universiti. yang diva sangat. nama aku Bell je. kiranya aku ni jadi rebutan semua lelaki. ada yang skema, ada yang gengster. tapi semua aku reject. sebab aku ni materialistik. nak pakwe ada kereta mahal je. haha familiar tak benda ni. scene ni penutupnya kena menari... dengan lagu hindustan. memang fun. tp kena banyak latihan. scene ni yang diorang bagi kawan aku. sebab aku selalu tak datang latihan scene ni. hahaha

backstage, ready untuk scene punch card. dengan Ainan Tasneem. :)


scene ketiga, aku pegang watak orang opis. yang kepoh, kuat gosip, kaki kipas bos, yang suka makeup tapi tak buat kerja.. masa ni ada lagu dalam scene ni. kami kena berlakon dalam lagu, sambil lagu tu dinyanyikan live. tu la nama dia musical kan.. :)  scene ni namanya punch card sebab aku dan sorang lagi kawan satu opis aku suka menyibuk dekat tempat punch card, and gelakkan tiga orang bujang terlajak yang selalu lambat dan punch card selalu warna merah.

scene keempat, aku pegang watak isteri orang. yang bermadu.. huu ni haru kalau jadi bebetul. haha. aku jadi bini muda lak tu. scene ni menarik sebab dialog bersambung2 antara tiga keluarga. ada tiga couple laki bini atas stage serentak. bezanya cuma group aku tiga orang sebab kami bermadu. scene ni aku paling enjoy sebab staff yang berlakon dengan kami memang kelakar la. tapi sedihnya, scene ni kena cut saat akhir sebab nak pendekkan masa. buat letih je berlatih.. sobs.

muka budak kekwat. haha


pasal kekwat tu pulak... kan aku tak datang latihan sebab aku ada game badminton masa tu kat Kubang Gajah, Perlis. dijadikan cerita, adalah sorang staff ni... dia pergi sana sebab teman kawan dia tengok orang lawan tennis. lepas game, aku pergi la keluar jap tengok kawan aku main tennis. dia ternampak aku. terus dia buat cerita. dia pergi UKR, dia kata nampak aku kat Kubang. "pergi Kubang boleh, pergi latihan tak boleh".  sedangkan dia tak tahu cerita betul. aku dah mntk kebenaran director untuk pergi kot. dia tak tahu.

" Bella tak datang lagi harini..."
" tu lah dah la scene dia banyak"
" semalam aku nampak dia kat Kubang. pergi Kubang boleh, pergi latihan tak boleh"
" biasalah... dia kan Fasha Sandha.."

itulah yang aku dengar kawan kawan aku cerita balik kat aku.. pffffttt!! memang menyirap la dengan orang yang cakap gitu.. taktau cite betul toksah le buat cerita kan... itu saje cerita pasal konsert. :) pengalaman menarik.. tapi yang tak menariknya, elaun tak dapat lagi ni. ish. haaha :D

masa rehearsal.. tengok muka pucat aku tu.. letih hangpa tau dak....


nampak tag pelakon tu? takda tag ni tak boleh masuk Dewan 2020 tauu

myra, bella dan Husna
kumpulan orkestra... 

lepas habis rehearsal.. pelakon semua rancak berborak.. release tension

Isabella dan Amer..


selepas habis konsert.. aku la paling awal tukar baju. rimas! haha


sebelum dan selepas makeup... lain kan? masa ni aku kena gelak sebab rambut tinggi tu.
 diorang panggil aku Datin Maimun. ada ke patuttt..


itu saja. thanks for reading! :D









Sunday, July 15, 2012

Jenis orang di Universiti

Amaran : entry ini mungkin mengandungi bahasa kesat, lucah dan sebagainya. sesiapa belum baligh, belum sunat atau masih tidur sekatil dengan mak bapak di larang untuk membaca. hanya untuk 17 tahun ke atas sahaja.


sikit punya garang muka Jaga ni kan. haha



Hello semua. untuk yang dah masuk U, mesti korang familiar dengan orang orang yang ada kat U kan. ada yang baik, ada yang bangsat, ada yang macam bedebah depan baik belakang macam haram jadah. jadi, terpulang pada korang untuk pilih kawan ataupun lawan. apa lagi. jom kenalpasti


skema skema pergi mana?


1. MAKHLUK SKEMA
makhluk macam ni wujud dari hari pertama Minggu Suai Kenal (MSK) lagi. kalau fasi kata pukul 6 dah kena beratur tunggu bas untuk gi dewan, pukul 5.30 dia dah tercangak dekat tempat tunggu bas dengan buku catitan dan pen (konon ada benda nak kena catit masa dengar ceramah). makhluk macam ni takkan segan silu duduk paling depan masa MSK. juga dalam dewan kuliah. bagi diorang jugak, baris paling depan kira macam territory diorang. sape duduk nanti diorang akan kata "weh ni tmpt kitorang laaa". walaupun tempat tu takde nama. -.-  makhluk ni adalah orang pertama yg akan print setiap nota kuliah dan akan bawak segala jenis nota yang diorang ada masa kuliah. yang perempuan boleh dikenal pasti dengan memegang buku dan fail yang tebal. yang lelaki pulak jenis rambut belah tengah, pastu pakai seluar slack dengan baju kemeja berkolar.

ini baru legend!

2. PELESIT
golongan ni mudah jugak nak kenalpasti. waktu MSK, pukul 6 orang dah beratur ramai ramai, dia pukul 6 baru bangun tidur. naik bas yang last sekali pergi dewan. tempat duduk dia, adalah barisan last sekali. selalunya pelesit ni kaki fly kuliah. budak budak nakal masa sekolah yang tak peduli pasal peraturan. suka suka hati je pukul berapa nak datang kuliah. kalau orang lain pakai kasut, dia pakai selipar je pergi kelas. golongan ni mungkin kasar sikit. pastu mencarut carut tu kira bahan gurau je. macam aku. HA HA HA. boleh dikenalpasti dengan pergi kuliah bawak beg kecik atau takde beg langsung. (senang lari masa kuliah)




3. DIVA
klik Diva ni adalah makhluk paling hot dekat U. baru minggu MSK orang dah boleh kenal dia yang mana. nama dia apa. dia budak mana. latarbelakang dia. selalunya Diva diva ni, dikenali ramai sebab cantik. ataupun perasan cantik, ataupun bergaya semacam. makeup diorang ni lak selalunya tebal macam kamus dewan dan berwarna warni. kalah pelangi. orang pergi exam pakai kurung, dia pakai kebaya nyonya yang ketat macam sarung nangka. diorang ni selalunya terkenal sebab join kebudayaan macam nyanyi ke, menari ke.. atau kawan dengan orang hot hot je. boleh dikenalpasti dengan gaya yang lain dari orang lain. seksi sikit maybe? jenis diva ni, dia spesis yang cakap I- You dengan semua orang termasuk kawan baik sendiri. HAK AHH!


Add caption

4. PROFESSOR SERBA TAHU
makhluk macam ni paling aku menyirap. asal orang bercerita je, mesti dia nak menyampuk. rasa macam nak tampar kan aje. kalau orang cite pasal kita ada saka, dia akan kata sepupu dia punya kawan pun ada saka. kalau cite pasal mini cooper, dia akan kata jiran dia punya datuk sedara pun ada mini cooper. pendek kata, apa orang ada, semua benda dia nak ada. walaupun bukan dia punya. jenis ni, semua orang dia kenal. kau sebutlah pasal sorang awek hot ni. dia akan kata "ohh aku kenal dia tu.. dia tu gini gini".  dia jelah pandai. dia jelah tahu semua benda. dia ni jugak boleh dikatakan penyampai RUMORS paling pantas. jenis ni berkawan baik dengan si kaki gosip. boleh dikenalpasti dengan selalu bertukar kawan.



5. INTERNET TANPA WAYAR
si kaki gosip ni wujud dari zaman yunani lagi. jenis suka sebar cerita gitu gini tanpa menapis kebenaran cerita. yang bagusnya kau kawan dengan si kaki gosip dengan profesor serba tahu ni, banyak info baru kau akan tahu dulu. contohnya macam ada artis akan masuk Uni kau. tapi kesahihannya tu tak boleh dipercayai 100%. si kaki gosip ni lagi pantas sebar cerita drpd internet. boleh kata lagi laju dari unifi. yang bedebahnya orang macam ni, dia suka buat cerita and sebar fitnah. contohnya dia nampak ehem ehem jalan dengan jantan lain selain pakwenya. dia akan bagitahu semua org yang ehem ehem curang. dia jugak mmg cukup arif pasal siapa laki hot masa kini, pmpuan plg market dan sebagainya. nak kenal orang gini, senang je. kalau dia cite letup2 pasal orang lain, tak mustahil next season nama kau lak naik frontpage! kalau dia dengki ngn kau je, ha mulalah dia nak buat fitnah pasal kau lari rumah masa baktisiswa lah apa lah sampai satu fakulti tahu. HA HA MACAM FAMILIAR JE CERITA NI! bangsat punya pompuan!



6. FANATIC KPOP
golongan ni tetiba muncul secara mendadak sejak KPOP meletup. depa ni paling paling dah khatam sepuluh kali cite boys over flower, full house, dan apa ajelah. boleh kata diorg ni tak pernah miss tengok runningman. diorg boleh hidup seratus hari tanpa makan dan minum kalau sesat dalam hutan. janji ada runningman untuk ditonton. diorang ni akan beli setiap kali keluaran EPOP ke apa kejadah tah nama magazine dia tu semata mata untuk amek poster 2PM ke, CN BLUE ke, dan apa apa blue yang lain untuk ditampal dalam bilik sambil dijelesi minah KPOP yang lain. diorang akan panggil lelaki yang diorg suka oppa dan sebagainya. lepas beli brg, org kata thankyou atau time kasih. tp dia akan kata kamsahamnida pada makcik jual keropok lekor. dia jugak akan mencarut 'pabo' instead of bodoh. oh and yeah, semua rentak menari girls generation ke, kara ke, semua dia hapal. memang pro lah! saranghayo! annyong! (ahh mampus tk layan) *benda masalahnya kenapa si Bella ni boleh tahu pulak. kantoi layan korea. hehe :">



*** bersambung.....***