Monday, May 28, 2012

Perasanlah Kau

This must be annoying. but I dont care.


Hello and Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.



"menyampahlah tengok budak budak junior tu. tak matang langsung"

"eee annoying gila budak tu. dia sedar tak dia tu gedik"

"yucks perasan cantik gila minah tu. padahal biasa biasa je"

"kita dah besar kan, tutuplah aurat"



familiar kan ayat ni? pernah tak korang cakap? pernah kah korang dengar? pernahkah korang rasa begini walau dalam hati?

mungkin.. korang tak perasan. tapiii!!! korang yang cakap tu pun sebenarnya sama jugak. konon. dia tu kata menyampah tengok orang gedik. dia tak sedar yang dia tu laaaaaaaaaaaagi gedik bila dia dengan kawan lelaki. konon nak kutuk orang gedik. padahal dia bertepuk tampar dengan lelaki dikira halal. :)

konon nak kutuk orang perasan cantik. sadarkah diri anda tu laaaaaaaaaaaagi tak cantik? sadarkah muka anda tu lebih berlubang golf atau dah diupgrate jadi kolam ikan? sadarkah anda tiada pun orang mahukan anda? padahal muka sendiri tak semenggah, dikira jelita macam dialah wanita paling anggun yang pernah wujud.

konon nak kutuk orang berskandal sana sini. ya, ini hakikat. ini dunia realiti. siapa yang bercinta long distance, sila lah kecut perut sekarang. bercinta yang disana, lain. yang disini, lain. buat peneman kala duka... konon nak ngutuk orang curang. tapi awak dok bergayut malam malam dengan lelaki lain sedangkan boypren sendiri call tak dilayan, itu dikira setia? bagussss.

konon nak kutuk orang tak alim. tak bertudung polka dot RM15, tak bershawl lilit kepala sampai nampak macam ular tedung. konon. padahal sendiri pakai seluar pendek main bola. padahal yang wanita tu pakai baju ketat sendat sampai lemak terkeluar. bentuk badan semua nampak. pakai seluar ikut potongan kaki. pakai selipar biar kaki terdedah. kadang pakai baju singsing lengan. bezanya dia dan aku, cuma aku tidak bertudung, dan dia bertudung. dan itu mengangkat dia setaraf malaikat. sedangkan aku masih jahil di matanya. syabas. :) memberangsangkan pemikiranmu...

konon. junior tak matang. budak muda setahun dari dia tak matang. dan dia sangat matang. sebab dia boleh kondem orang. dan dia tak main kejar kejar dalam kelas. dia pendiam. dia bukan orang yang suka gelak kuat. maka dia umukan kepada dunia, dia matang. dia matang. dia hero. dialah manusia paling intelligent. sebab dia lebih tua. DEYY! kematangan tidak diukur dengan umur. tetapi dengan pemikiran, mentaliti, perilaku. bak kata ibuku, tak siapa akan sedar bila dia matang. kecuali dia berjumpa orang yang lebih tidak matang dari dia.


dunia.. dunia.. dunia..

dunia makin sakit... bumi semakin tua...
dan manusia tak habis habis bodohnya....
orang lain semua tak betul.
tapi dia, semua benda dia betul.
haah, teori kepala bana kau!
(kutukan bukan saja pada kau, tapi untuk aku sendiri untuk ingat!)

perasan serupa khinzir


p/s : ditulis dengan emosi. dipahami dengan akal, dibaca dengan hati dan ditimbang tara dengan kepalahotak kau sendiri.


Wednesday, May 16, 2012

ENVY ME

muka menyirap sesangat dah ni. (bersama baju tidur feberet lagi)


bukan semua orang suka kita... dan bukan semua orang benci kita...
tapi.... yang tengah tengah ni yang bahaya.
macam lalang, ikut arah angin je.....

aku cukup menyampah kalau orang jeling jeling aku macam aku dah kacau habitat dia. atau hasut suami dia supaya jatuhkan talak kat dia. atau picit bontot charlie kat muka dia kasi berparut. atau bakar kebun dia. atau kencing kat muka dia. atau belai belai muka pakwe dia. atau makan dorayaki dia yang tinggal satu je.

okay, none of above aku buat okay. NONE. and I just hope that, you can ignore me like i dont exist and treat me like im just some kind of dandelion flying in the wind. ini tidak! bila aku jalan, uishhh mata dia tu seolah nak terjojol keluar dan nak ikut berjalan jalan bersama aku. kalau seorang je buat gini takpe lagi. ini ramai. sampai boleh buat kelab merenung pulak. apa masalah kau orang ni sebenarnya? aku rasa takde pun aku jadi model pakaian dalam sampai nak tenung aku gitu.

aku tak faham. kalau kau mempunyai burung dan halkum, aku akan assume kau adalah jantan gatal yang suka mengusha aweks. namun, kau adalah spesis aku juga. tak mungkinlah kau berminat nak beristerikan aku kan? jadi.... apa point kau pandang aku macam tu sekarang ni!

maghah ni, maghah ni tauuu!

lagi sekali kau stare aku, aku akan pergi lempang kau tanpa usul periksa. aku berdarah Jepun. hukum dulu baru siasat! gambatte! dah lah, malas lah nak marah lagi. dah maghrib. benti le main zero point. ngaku jelah kau sebenornya suka tengok aku kan? kau admire aku kan? kalau kau suka sangat tengok aku kan.... nah! tataplah gambor aku puas puas. aku tangkap khas untuk kau!






jealous much?


teori hari ini. jangan hidup macam lalang. sebab lalang tak tentu prinsip dia.
lalang, kalau dibaling taik, makin subur jadinya. jadi kita kasi cantas sahaja. mekasih!

Tuesday, May 15, 2012

hari sial aku

heartless

harini memang rasa suwey. rasa sial. rasa macam celaka. semua ada.

SATU. aku tak berapa sihat dan aku terlewat bangun untuk pergi lab test. dah la sejam je. dengan jadual bas kami, aku malas nak cite pepanjang sebab korang takkan paham kalau aku kata perjalanan dari kolej ke kampus makan masa setengah jam. so aku kena tunggu sejam. dan lepas sejam tu, tentulah test akan habis kan? eh tercerita pulak.

DUA. aku taknak hampakan kawan aku. sebab kami dah deal part masing masing.. aku dah cuba. aku dah usaha. bukan aku tak usaha. tapi time tu teksi teksi yang aku call semua takde kat area kolej aku. jauh jauh belaka. kemudian aku tebalkan muka, mintak tolong kawan kawan yang ada kereta. aku sanggup bayar, tapi takde kawan yang boleh tolong.

TIGA. aku tertidur sebab aku letih. dah berapa hari aku tak cukup tidur. disebabkan tidur yang mintak dicukupkan sangat tu la aku  tak dapat amek test. kawan aku taknak postpone. itu buat aku sedih. aku kecewa. tapi aku tak marah. memang salah aku. takpe. aku try mintak tolong kawan aku lagi sorang untuk slowtalk dengan PLV yang bertugas tu. problem solved. aku boleh amek ngan budak Bahan nanti.

EMPAT. aku dah lega, mood aku nak gi kelas masih takda. sebab aku dah melalak sedih kecewa bawah shower tadi. so aku memang tak hingin nak masuk kelas petang ni. ada satu je kelas petang ni. tapi aku still kena pergi kampus sebab kertas graph untuk lab report ada kat aku. nak kena submit harini. dengan hati yang terpaksa aku pergi jugak Pauh Putra.

LIMA. mood aku time ni dah ok sebab aku borak ngan kawan aku dalam bas. Husni nama dia. dia ni memang lawak lawak sikit. turun dari bas, aku pergi cafe. untuk jumpa si dia tu, untuk makan dengan dia. tapi malangnya, keadaan jadi tak berapa baik jugak. semua sebab mulut aku yang tak reti nak control time marah. aku bom semua orang. termasuk dia. salah aku lagi.

ENAM. aku pass graph kat kawan aku. then aku berbelah bagi lagi nak masuk kelas tak. aku taknak jumpa kawan aku tu. sebab aku kecewa ngan dia. so aku protes taknak tengok dia. si pakwe ni pulak jenis think positive orangnya. dia pun kasilah aku idea idea positif dia yang sangat tak membantu masa tu. alih alih kami gaduh pastu aku lari balik.

TUJUH. punyalah berlari naik atas, kat tempat tunggu bas. aku dapat naik bas yang seat dia macam kerusi keras tu. aku panggil bas McD.  kau tau tak seat macam kerusi kat McD yang keras dan licin tu. haa, macam tu la rupa dia. dah la keras berdentung, cuaca lak panas. lagila aku hangin.

LAPAN. memula aku duduk tengah. tapi sebab nampak tak berapa emo, aku duduk belakang sekali sorang sorang. pulak tu, aku disajikan dengan pemandangan couple bermesra tahap sweet gitew dalam bas. tahukah anda, bila anda bergaduh dengan pakwe anda dan lihat orang lain bermesra, masa tu anda rasa macam nak hempap pasangan tu dengan bas!

SEMBILAN. aku sambung bergaduh dalam henset pulak. tak puas hati punya pasal. pastu dengar lagu lagu emo. kemudiannya ada sorang lelaki ni, yang aku kenal. datang ke belakang bas dengan langkah mabuk. dia pening pening. elok je kawan dia urut dia, dia muntah. ini klimaks hari aku. dia muntah betul betul sebelah aku. kalau aku ni insan celaka yang gedik macam khinzir, tentulah aku dah euw euw pastu lari kedepan kan. tapi sebab aku dah tak kuasa nak layan perangai orang kiri kanan aku. aku biarkan je. dia muntah. aku faham perasaan dia. mesti dia malu. mesti dia dah di tahap tak tahan sangat pasal tu dia muntah. mamat mamat jongos kat depan aku lak boleh buat bunyi lepas dia muntah. siap ada sekor nak termuntah dah. bangang. sangat bangang bagi aku. kau seorang lelaki, dan muntah pun kau tak tahan? baik kau tukar jantina kau! cuba jaga sikit hati orang. mamat yang muntah sebelah aku ni. rilek je boleh duduk bawah dengan muntah dia tu. aku kasi dia tisu. ada mamat yang baik, dia kasi test pad untuk tutup muntah tu. sorang foreigner ni, usap usap belakang mamat muntah ni. aku pun ikut urut belakang dia. aku bukan cuba amek kesempatan. dia bukan sama agama pun ngan aku. tapi sebab kesian aku buat. dia kan kawan aku. aku cuba borak borak ngan dia. taknak buat dia rasa down. dia halau aku suruh aku duduk depan sebab bau muntah dia. aku taknak. apalah sangat muntah tu dengan apa yang aku dah lalui hari ni. seolah olah hati aku dah tak function dan otak aku tak dapat tangkap yang muntah tu berbau.

SEPULUH. time aku nak turun dari bas, aku terhantuk pulak. bagus. ini yang aku mahu. kemudian aku dengar couple tadi tu buat gaya geli geli ngan muntah. pakwe dia pulaktu yang buat. nak je aku benam muka dia kat muntah tu. pastu mamat jongos tadi turun je bas buat uwek uwekk konon geli sangat le tu. bangang. harap je student U tapi tak matang. belajar sampai Perlis. bodoh sampai Australia. aku terus beli air minuman tenaga dan naik umah. sekarang aku ngadap laptop dan post entry ni. takde orang baca pun aku aku tak peduli. janji hati aku puas. sekarang aku rindu sangat kat kawan aku, Macha. kawan baik aku dari sekolah sampai ke matrik. dulu kat matrik bila aku takde mood je, aku ajak dia main hoki. bila dapat rembat bola tu kuat kuat, perasaan dia sangat best.  kat sini... hmmm.......


sekarang, aku ada teori baru dalam hidup. 
banyak mana pun kawan kau, ramai mana pun kau sayang,
at the end, kau tetap akan hadapi semua benda sorang sorang.

be strong Bella !

Saturday, May 12, 2012

merungut



merungut itu perlu. 
bila setiap kali kau nak cuci baju, mesti mesin tu baru bergerak. dan kau penat dah turun ke aras 1 dari aras 4, berkali kali. (dan kau tak kurus kurus pun walhal dah penat turun naik tangga dan berkuah ketiak)

merungut itu satu kepuasan. 
bila setiap kali kau nak online, internet lembab. walhal kau bayar broadband tu, bukan guna line universiti.

merungut itu wajib. 
bila setiap kali kau bersiap, bangun awal untuk pergi kelas. dengan baju bergosok dan bedak bertempek di muka. tapi pabila kau dah naik bas selama setengah jam, bila sampai pagar depan kampus je, kau baru dapat berita class cancel.  (masa ni perasaan untuk membakar fakulti kembali membara.)

merungut itu kadang kadang boleh jatuh kepada mencarut. 
bila kau yang kehausan tapi tak teringin minum air bancuh, cuba membeli ais sahaja (sebab nak minum air pepsi ke apa) di kedai makan yang satu satunya wujud di kolej kau. tapi owner dia kata "maaf ais tak jual". atau "ice is for drinks only". macam cipet. serious cipet!

merungut itu rutin. 
bila kau dah berlari dengan rambut tak bersikat ke tempat bas, alih alih kau sampai je, bas baru bertolak dan kau kena tinggal. pastu kena tunggu bas seterusnya iaitu sejam kemudian... ha ha ha. celaka


merungut itu memuaskan. 
bila kau dengan semangat membara di pagi hari nak pi kelas, dengan mood seceria sang suria, tiba tiba kawan kau tegur "ehh kau macam makin gemuk je".  ketika itu aku dapat rasakan aura membunuh aku sudah di tahap maksima.

merungut itu tak pernah habis. 
bila kau rasa kau tak pernah usik bontot siapa siapa pun, tapi alih alih kau dengar orang gegosip pasal benda tak betul pasal kau. bukan kata tak betul je, tapi dah jatuh fitnah tau. kalau kau dapat tangkap orang tu, tak ke merejam dia dengan batu merupakan sesuatu yang sangat menyeronokkan di kala itu. :)  (ditujukan khas utk cik ULAR yang kuat membelit )


merungut merungut merungut. 
mama cukup tak suka orang merungut. tapi, merungut itu perlu sometimes, untuk memuaskan hati yang duka lara. aku cuba lah lepasni untuk tak merungut dan terima je semua tu dengan ikhlas. boleh ke aku tak merungut? haihhhh......

merungut itu juga boleh jadi sesuatu yang buat gua menyirap.. terutamanya bila orang merungut gua dah tak update blog. gua busy okay, busy.! hahaha

p/s  : sorry la aku busy gila lately. aku baru je habis konsert Diraja, pastu ada sukan inter- school (fact), pastu dinner lagi, pastu mini project lagi.. haih macam macam. ni saja nak tunjuk gambor dinner. baju tu baju lama. time form 3. tp muat lg tau. so siapa kata aku gemuk tadi? mari tampil ke hadapan, gua nak sparring!

heroin dan jack sparrow. main gila kau