Wednesday, April 11, 2012

aku adalah setan kerdil



aku adalah setan kerdil. why? when? where? what? who? cukup lima wh- ques ditujukan bertubi tubi.

aku adalah setan. kenapa? kerna aku suka mencarut. bila? pada bila bila masa senggang. di mana? di mana mana saja asalkan di bumi sebab aku pun belum mati. apa? apa kau nak dengar? sial, babi, babi goreng, babi laut, babi bersayap, babi kuasa dua, (babi merupakan perkataan feveret sepanjang zaman kerana bunyinya yang tajam dan bisa menyucuk tulang hati meski hati tak bertulang) bodoh, cilake, ci..bai dan seangkatan dengannya. siapa? siapa yang terkena carutan bukan menjadi persoalan. sesiapa pun berhak menerima carutan asalkan cukup menyakitkan hati ataupun cukup AWESOME. sebagai contoh

"gila ah, cun babi doh minah tu. sumpah tak tipu sial"

walaupun minah tersebut cun, namun tetap tak lekang dek cop babi padanya. tahniah wahai minah yang cun babi.

babi merupakan sejenis binatang comel tetapi busuk dan berhidung besar. hidung babi boleh digunakan untuk menyimpan pensel, pen, gunting dan sebagainya. perkataan babi pula telah disalah guna oleh masyarakat era globalisasi ini. terkadang babi menjadi semacam ranking tertinggi dan terHEBAK. kepada golongan cerdik pandai, mereka dilabelkan sebagai 'pandai babi'. jangan musykil, babi memang tidak bersekolah tetapi orang yang bersekolah ini yang menaiktarafkan darjat babi di mata umat manusia.


inilah makhluk yang dituduh tidak berperangai sopan dan tidak seiring wajah.
awww baru aku tahu aku berwajah lembut. walhal kekadang aku pun lupa muka aku macam mana.

jutaan terima kasih, walaweh dan bodoh babi ditujukan kepada para pembaca yang tidak menyedari bahawasanya aku telah lari topik sejak awal hingga kini. kita terus ke misi utama.
aku adalah setan kerdil. ini adalah ketidakpuasan hati aku sebab orang disekeliling yang suka meneka, menjadi nujum dan wat tau lebih telah mengCONDEMN aku sedaya upaya mereka. ada ke patut, dia suruh aku berubah sebab aku tak seperti apa yang dia fikir sebelum kenal aku. ADA AKU KESAH?? nampak tak, dah BOLD maksudnya dah marah lah tu. bebulu yang tidak terhingga bila orang yang kita tak berapa nak kenal tapi mengaku kenal kita judge kita lebih lebih. alahai.. ayat "dont judge me" memang agak basi ah bila dengar. tapi betul doh! jangan judge orang sebelum kau bercakap, sebelum kau kenal hati budinya.

kelakar gila sampai aku gelak dari aras empat berguling hingga ke aras dua dan berhenti di aras satu dek kerana takut didengar oleh felo. ada ke patut dia kata

"muka kau sesuai dengan nama kau 'bella', tapi perangai kau memang spoil habis la"

"cuba kau jadi lembut sikit bella.. mesti ramai lelaki suka kau."

siapakah awak wahai encik bermuka suci? adakah awak layak untuk menentukan perangai saya dan berharap saya akan berubah serta merta macam tekan butang CHANGE sekelip mata? jawapannya adalah boleh blah. aku memang macam ni, dari kecik, bawaklah ke BESAR dan gendut. aku memang begini. aku kasar tapi aku bukan kurang ajar. aku tak feminine tapi bukan aku tak reti bersopan. aku bukan lemah lembut tapi aku bukan tak tahu manners. kau kena belajar satu perkara. bukan semua orang harus penuhi kehendak hati kau. bukan semua perempuan tak reti main bola. bukan semua perempuan suka cuci baju. bukan semua perempuan tahu gosok baju. dosa ke aku hantar baju kat dobi? HAHA :D i love you kakak dobi.

biarlah orang kata dan mengata. biar orang mengumpat, pahala pun aku dapat. aku memang aku. biarlah perangai aku macam setan pun asalkan aku tak kacau orang. aku tak ambik peduli pun pasal orang lain. aku tak rasa kisah hidup korang menarik. sebab tu aku malas nak ambik tahu. best weh, belum jadi artis pun dah ada gosip liar, dah ada tohmahan, jangan bila aku dah jadi artis korang sibuk mengaku tidur sebantal dengan aku meski warna bantal aku pun korang tak tahu.

haa terasa? "siapa makan mentos, dialah terasa pedasnya"

salam satu Malaysia. kebengangan tamat disini.
bulat besar bulat besar bulatlah kecik. cuba buat gerenti jadi babi. :D



Monday, April 2, 2012

bila aku rasa nak menyanyi



semalam... lepas makan dengan pakwe, lepak lepak kejap. lepastu je tetiba si dia tanya soalan cepumas. bukan cepugangsa mahupun cepuperak. eh banyak pulak cepu. cepuk kang tau la.




"bila nak pakai tudung?" aku diam. senyum pastu sengih sengih.
"belum sedia lagi. sebab kahwin nanti I nak pakai
 gaun. nak buat rambut curl curl"
"lepas kahwin?" dia tanya. time ni aku terkedu. pastu aku gelak gelak.
"haha entahlah.. tengoklah... ." sambil buat muka seposen.
"lepas kahwin suami tanggung semua dosa isteri tau."
"tanggunglah... kahwin nak, mestilah kena tanggung."
"kalau camtu banyaklah dosa I.  tak kesian ke kat I? "




okay lepastu tiba tiba je aku rasa nak menyanyi.


(--,)

(--,)'

-.-

-,-

o.O





saja propa je.. kalau ada audio tu, mau kecik hati kodok kodok
yang dok nyanyi dalam longkang lepas hujan sambil layan blues

*
*
*


haa nah.. gambar ustazah pilihan. takut kempunan lak nak tengok kan.


p/s : aiseyy.. terbongkar keayuan gua... abes ah, pasni mesti ramai nak amek aku jadi menantu ni. mesti Ikmal seram sejuk dah. kihkihkih.