Wednesday, March 28, 2012

blog baru aku

auucakk. *jarang jarang aku buat benda geli macam ni.


mintak tolong sangat kat kengkawan yang baik hati dan budiman.... supaya

bukak dan follow blog baru aku ni...


terima kasih daun keladi

sama sama jawab si daun keladi.


Monday, March 26, 2012

Fikirlah sikit




pernah  fikir tak, macam mana kalau dunia kita berlainan?
macam mana kalau kau, bukan kau.

macam mana kalau kau bangun esok pagi, sebagai orang lain.
watak yang kau tak pernah faham.
orang yang kau tak suka.

sedangkan diri kita sendiri kita tak cukup nak kenal
inikan pulak nak kenal orang lain.
memang harapan....
tapi bukan harapan marya hanya impian.
sebut pasal cicak kobeng tu buat apa.
menghabiskan huruf je.

susah nak puaskan hati semua orang
kadang kita cakap lain, orang tangkap lain.
susah. bila lain dikata, lain pula yang terasa.
(kite tak cakap awak pun. kite cakap org lain :(  sorry )

aku selalu fikir, kalau hidup aku difilemkan, watak apa yang aku pegang?
watak jahat? watak baik? watak sampingan? 
atau aku hanya layak jadi pokok je.
disebabkan malas nak tanya orang dan sakitkan hati sendiri.
aku biar ianya tergantung di situ.

aku faham satu benda. lumrah dunia.
bukan semua orang suka kau. dan bukan semua orang benci kau.
benci dan suka macam rempah ratus dalam kari mamak
biasa bro.





mungkin aku adalah watak antagonis dalam filem 
mahupun kehidupan kalian
namun dalam dunia aku, aku sentiasa jadi hero.



Sunday, March 25, 2012

gelilah bodoh

aku bersemangat nak update blog hari ini. sangat semangat. semangat yang jitu untuk mengutuk ni datang lepas tengok blog sekor minah ni. memula eksaited jugak nak bukak, sebab aku ni pemalas nak blogwalking. kalau korang harap dengan follow aku, aku boleh follow balik, ahh sampai anak kau dah baligh  pun belum tentu aku buat. melainkan blog korang memang best gilewwwww tahap aku boleh cirit dan gelak mengeluarkan suara (sebab selalu aku gelak dalam hati je tapi komen 'haha') baru aku follow pastu set as bookmark. kalau tak, jangan harap. jangan berani harap. amaran keras.

eh menyimpang pulak. aku tengah nak mengutuk tadi. haa aku bukak la blog minah ni. nama dia dirahsiakan. sebab takut dia terjun bangunan pulak nanti. bukak bukak je, haaaa  terus nampak seketul muka dia!!! terkejut aku tau! kalau aku ada boboy, dengan boboy boboy aku dah terperanjat. mana taknya, dia letak gambar muka dia seketul punyalah besar. pastu pakai makeup macam bumi ni sangat mendambakan warna warni dari dia. macam bumi ni dah tandus tanpa warna. antara dia dengan kereta berhias time merdeka, aku rasa muka dia meriah lagi.

haa macam ni la lebih kurangnya. tanjat tak? tanjat tak?

woi, agak agak la..... aku target mesti dia set extra large. gila betul. kalau lawa takpe, kagum lah jugak tengok kulit mulus putih bersih suci tanpa debu. ini bukan kata debu, bersawang sawang, berpasir dah muka dia. pakai kertas pasir pun belum tentu licin! hidung pulak kemain megah kembang semangkuk. konon diva sangat, letak gambar sebesar bumi. amboi!

pastu boleh pulak dia letak banyak banyak gambar dia posing. dengan costume warna warni yang berlainan. eee aku rasa nak tepuk je dahi dia kuat kuat! bukan kata mintak penampar je tu. mintak carut tau! aku sampai tak jumpa apa carutan paling sesuai untuk dia. kau ni biar benar? nak letak gambar, janganlah besar betul. buat terperanjat aku je. hilang terus mood aku nak buat assignment Titas. (konon.. hihihi. dah diam, siku kang)

aku tau entry ni memang kasar gila sampai menyentuh sanubari sesiapa yang terasa. tapi memang aku nak bg korang terasa pun. ni pendapat aku la. kalau tak puas hati, kau pergila puaskan hati kau sendiri. sebab aku tak peduli. hiew hiew.

p/s : tahap geli tengok muka minah tu posing posing juih bibir bajet Angelina Jolie salah cucuk botox, sama tahap geli dengan video 'kekasih kepada kekasih'.  siapa belum tengok, cuba usha kat youtube. tahap geli dia sampai kau rasa nak cabut semua bulu roma yang kau ada. haa berani atau tidak, bolos saja dinding ituuuu!!!

Thursday, March 22, 2012

Aku Bukan Artis

aku bukannya artis. bukan tokoh, bukan model, bukan orang popular, bukan artis youtube, bukan blogger handal, bukan ahli sukan ternama mahupun orang yang layak dijadikan idola. sememangnya bukan aku.

aku tak punya fan club ataupun page yang direka khas atas nama aku. peminat? lagilah aku takda. aku sama seperti kamu kamu semua. kita hanya watak penting pada yang mengenali kita, namun kepada orang lain, kita tak ubah macam batu. tiada yang the bomb, tiada yang specialnya. hanya seorang yang plain, tanpa aura sehebat mawi. siapalah Bella Lim kan? hanyalah seorang gengster. yang ini aku setuju.

TAPI!!!

"ehh bella, ada orang guna gambar kau kat facebook. haritu aku terjumpa."


haa yang ni aku musykil. dan aku pelik. pertama terlintas kat otak aku, mestilah orang tu benci gila kat aku. mungkin dia letak nama pelik pelik bertujuan nak malukan aku. tapi.... lepas diselidik, takde pun perkara memalukan aku. walaupun cuma ada 1 gambar aku yang diupload ke 3 album berlainan, tapi yang aku bebulunya, cik akak tu siap mengaku gambar aku tu muka dia. cis punya budak.

aku tak marah kalau dia letak gambar aku pastu cakap aku ni idola dia ke, aku comel ke, hidung aku senget ke, takpun dia minat aku ke.. ini dia ngaku gambar aku tu gambar dia. hantu betul. rasa macam nak sumbat stokin je dalam mulut dia.lepas selidik, ada 5 mutual friends. semuanya budak unimap. so aku konklusikan, mangkuk ayun ni mesti budak unimap. pastu gambar tu ada watermark MARYA HANA iaitu kakak aku yg mcm ketam. dia curi gambar tu dari blog Marya.

persoalannya, perlu ke? perlu ke.... PERLU KE? haa, kan dah tekan caps lock tu. dah marah la tu maksudnya. takut tak? takut tak? APA? TAK?!! haa.. tau pun takut. kihkih. kalau aku ni artis, at least aku terpaksa redha orang curi gambar. masalahnya aku ni orang biasa je. so tak payahla curi gambar aku. gi la guna gambar gita gutawa ke, neelofa seksi meksi tu ke, baru beribu orang add. so.. aku nak mintak jasa baik kalian (iaitu dua tiga ketul yg baca entry ni) untuk report profile tu. taknak la aku nanti orang ngorat dia pulak. hahaha. okay thanks. buh bye!

bukan main lagi lives in Mesir ye.. amboi
sejak bila aku berlakon cite korea ni.. adoih

see see. yang lain semua artis except for aku dengan pipi pau tu. tu pun dia nak -,- aduhh

lihat, lihat, ini gambar saya!

amboi... siap ada pkwe ye. pakwe dia dah tukar nama btw 'hidopmu matiku'. AMBOI!
friends aku pun tak ramai macam tu tauuu.


 p/s : tolong report ye... tekan SINI untuk report. thanks :D akhir kata, Ade kecah ke, takde kecah ke. aku kecah sebab ni gambar aku. kalau kau taknak buang gambar aku, kepala kau aku pecahkan. ade kecah?!

Thursday, March 8, 2012

hiburan

apa apa hal pun muka wajib gengster

aku baru sedar. yang aku dah lama tak update sebab aku malas nak fikir entry grand grand. sebab kalau aku buat bodoh bodoh nanti orang condemn aku. yelah, dah orang puji aku, kena la menepati piawaian kalau orang bukak blog aku nak usha. tapi.. sekarang aku rasa bodoh. sangat bodoh. sekarang baru aku sedar. kenapa aku tak enjoy dah blogging. sebabnya, aku tulis apa yang orang nak baca. bukan apa yang aku nak tulis. sekarang ni aku nak setan setankan korang semua. persetan lah korang semua. pergi menyetan.

lepasni aku nak tulis je apa aku rasa nak tulis. korang suka ke, tak ke, aku peduli hape. even aku sakit perut tahap nak beranakkan taik yang comel comel sekalipun aku akan tulis kalau aku nak. hatta aku hanya nak kongsi tiga titik je pun akan aku buat. ( . . . )  aku rasa menarik pulak. berbeza dengan dulu. dulu, kalau nak hiburan, aku pergi kuliah. sebab aku boleh usha lelaki yang aku minat. tapi sekarang dah jadi pakwe aku. bila bila boleh usha, so motivasi aku nak gi kuliah dah jadi equal dengan kosong. lepastu aku jadikan attendance sebagai hiburan. tapi nasib aku selalu sial. bila aku datang kuliah, lecturer kadang lupa nak bagi attendance. bila aku monteng, time tu la dia nak panggil nama sorang sorang. celaka.

kalau boleh aku nak baring camni dekat Kangar. hiburan tu
kalau aku nak jadikan assignment sebagai hiburan, err.. aku rasa aku rela sondol dinding sampai kepala aku berdarah pastu naik ambulance, nenong nenong dan cuti sampai final exam. itu hiburan. tapi hiburan itu akan berlanjutan bila mak aku datang Perlis dan hantukkan pulak kepala aku kat dinding. extreme. dah tak terhibur.

dulu.... lepak padang ngan member borak borak pun satu hiburan untuk aku.. tapi.. sejak kena laser dengan *mamatbodohbersamalaserhijauyangasyikmenjeritmemekiknamaaku* dari aras tiga, blok B3 je, aku rasa malas dah nak lepak area situ. sampai sekarang aku dendam sebab mangkuk ayun tu jerit nama aku dari atas. kalau aku dapat budak tu, aku laser mata dia dekat dekat, pastu aku jerit sebelah telinga dia kuat kuat.  haha, baru hiburan sejati!

kalau nak bersukan untuk hiburan, susahlah.. sebab jadual sem ni sangat pack sampai petang, pastu semua orang lagi prefer baring atas katil baca novel yang diorang beli guna duit voucher. haih jiwa jiwa... tekanan aku. kenapalah sem ni slow sangat. semua benda nak slow. semua benda dah jadi kosong. hiburan semuanya dah hilang. yang ada tinggallah roh kudus tanpa hiburan. jadi aku pun malas nak hiburkan orang lain. penat. sesak. lelah. aku cuba untuk berubah. kini aku cuba untuk ambil semua benda secara positif dan hiburannya. hatta belajar Electric pun aku jadikan hiburan.

tengok betapa sucinya soft board aku. kebosanan tahap melantun lantun


okay sekarang aku rasa bodoh kembali. kenapalah aku mencarut banyak banyak ni? sekarang dah pukul 5 pagi. pukul 9 nanti aku kena pergi office setel slip. cis

 hiburan jugak tu, hiburan.