Sunday, January 22, 2012

segan


setiap kali bukak blog aku segan. setiap kali baca blog aku segan. tiap kali dengar orang cakap pasal blog aku segan. bila pensyarah aku baca blog aku, aku segan. (hai CIK EFFENDI). bila orang panggil aku blogger aku segan. ni bila nak update blog pun aku segan. segan aku semakin membara. dari hari ke hari ianya tidak luntur malah semakin menebal. makin aku tenung, makin aku segan. bukan aku terlupa password atau aku takde internet connection. jauh sekali tiada idea.

tiap hari aku ada idea berlainan untuk update. tapi sebab takut segan bila orang baca tulisan merepek, aku kembali untuk tidak mengupdate. pernah jugak sebab terlampau segan, aku terfikir untuk tutup aja blog ni. sampai bila aku harus bersegan? segan pun ada limitnya bukan. keseganan ini tak dapat lagi ku bendung. segan aku sama dengan segan kau orang semua yang segan nak comment tapi menjadi silent reader yang setia. segan aku sama dengan segan kamu untuk follow aku tapi set blog aku sebagai bookmark kalian. jangan segan segan follower semua.


mari kita berhijrah! kita hentikan keseganan ini! ayuhh! *music latar lagu gemuruh jiwa, Faizal Tahir* ayuh kita berubah! kita hentikan keseganan semenanjung dan keseganan utara! ya, kerana segan utara itu bermaksud malas. jadi aku harap kalian faham apakah keseganan kronik yang aku alami. aku harus update blog! yeahhh!!!



apa? bila aku nak update? ehh, seganlah!!! hiew hiew. :D


gua nyorok dulu lah, segan gua. hihiks. mesti aku kena maki hamun lepasni.