Thursday, November 15, 2012

membeli



nampak tak kegembiraan disebalik muka pucat aku tu. hikhik. happy sebab dah balik perth. happy sebab ada kawan kawan, tapi bila memikirkan assignment and test kegembiraan tu pelan pelan gi nyorok bawah katil. shit. cuti duduk rumah bosan gila weh. tidur ngan online jela keje aku. nak update blog, tunggu seru je. tapi seru tak datang datang. sampai lah si'rue' datang share line kat aku. haha.



ni nampak atas ni. si rue share line kat aku. sebab quota broadband aku dah habis. sedih wa cakap lu. ni line percuma. unimap punya. orang kasi, kita guna la kan. lagipun aku bayar yuran. so aku gunakanlah tanpa segan silu. sebab masyarakat ramai tak balik lagi, maka line pun laju dan mereka pun hidup bahagia selama lamanya. oh lupe, time kasih rue. (656 org sedang melihat nama rue disebut berulang kali) haha. btw rue baru datang bilik aku mintak urut. "sakit belakang" kata dia sambil buat muka comel. kalau orang lain buat, aku terima lagi. tapi ni rue doh, rue dohh! memang rasa nak bagi penampar je. haha



ohh btw ni aku baru beli semalam. hihi. sebab nak beli benda ni, aku sampai termimpi mimpi. tapi aku lupa kuala ada cosway. nasib si cimai cakap semalam. aku dah guna. kemain bercahaya muka aku semalam. hahaha. benda ni untuk blackhead.. tapi aku pakai je satu muka. dah la malas nak cakap pasal binatang ni. korang nak tau, google sendiri.


lepas guna mask, kena pakai toner. aku guna ponds je.. selama aku pakai ponds, kulit aku okay la. sebab kulit aku memang tak masalah sangat. cuma kering je. so guna product apa pun orait je setakat ni. hehe. cream ponds aku guna sebab kering, rasa best je.. tak melekit.




ini aku baru lepas beli air kat kedai apek kat kuala. satu kotak RM14 je. murahhh! ni Bleu botol besar..  walaupun aku ni suka minum air manis manis je, tapi aku nak berubah le. hehe nak minum air masak banyak banyak sebab orang kata air putih ni lah sumber kecantikan asli. amboi, macam iklan gitu. hehe




oh babi tu mousepad aku. comel en? ><  aku rasa babi memang comel. so kepada sesiapa yang aku maki diorang babi tu, dalam erti kata lain aku cuba nak cakap diorang comel la. hahah.  sebelah tu, sarapan bertenaga yang paling digemari ramai. milo + cream crackers cap pingpong. sedapp poit!



ini  aku punya inspirasi utama nak update ni sebenarnya. nak show off la apa lagi. haha. aku baru beli satu set hoki ni sebab yang lama punya dah hilang. hilang kemana dimana entah, aku tak tahu. satu set lak tu hilang. so kenala beli satu set baru.


ni stick case. brand TK. sebab aku suka TK. color dia PINK. terpaksa ambil sebab takde warna lain. yang ada pun case kecik, tak minat. T_T aku redha je ambil sebab nak beli sendiri aku malas. alang alang mama nak bayar semua, aku ambik je. hehehe. pasni siapa ungkit kenapa aku pakai pink, aku tepuk muka dia guna kasut spike.



tenenggg.. ini la dia stick baru aku. hikhik. aku suka TK. sebab Grays common sangat. ramai orang guna. tak special la gitu. hehe. aku beli ni kat Pertama Complex so dapat diskaun sikit. kalau beli tempat lain mahal poit. nampak tu plastik pun tak bukak lagi. disebabkan yang ni composite, so mahal la sikit. sayang doh nak guna. hehe. aku plan nak main atas turf je. untuk training or main atas padang, aku guna stick aku yang aku baru beli lagi satu. yang tu murah sikit. hehe. eh btw aku tengah cari nama baru untuk stick aku ni. sebab semua stick aku ada nama masing masing. haha. siapa nak cadang, sila lah.



haha konon tanak grays, tapi shinpad beli grays jugak. yang ni takleh kata apa. sebab guards banyak brand grays. ini untuk tulang kering kita, supaya tak bengkok kena sesah ngan kayu orang.



ini glove, untuk cover tangan. sebab kalau berlaga ngan stick orang, tangan kita mungkin injured. member aku dulu siap berjahit tangan dia weh. bahaya bahaya..





ahhaa.. lastly aku beli mouth guard. aku rasa gigi susu aku banyak dah ganti gigi kekal. kecuali beberapa batang yang masih susu. pasni kalau patah takkan tumbuh baru dah. so aku ambil inisiatif nak guna mouth guard pasni kalau main. bahaya woi. takkan muda muda nak guna gigi palsu kan. lagipun coach aku ada cakap, selagi boleh cover apa yang ada di body, selagi tu la kita cover. haha acah acah pro pulak. okay itu saje. stick baru satu lagi, ada kat member aku. nanti baru aku angkat kt dia. hehe tu je nak show off kali ni. thanks mama sebab ngabihkan pitih untuk orang. hehe. bye.





2 comments:

AslamTaslim said...

wei wei nampak makin kurus wei ahahaha

wisata bakti alam said...

kunjungan gan,bagi - bagi motivasi
semoga bisa jadi semangat
Hal mudah akan terasa sulit jika yg pertama dipikirkan adalah kata SULIT.Yakinlah bahwa kita memiliki kemampuan dan kekuatan.
ditunggu kunjungan baliknya yaa :)