Friday, September 7, 2012

serrammm nihh

honeymoon is over :'(


hai semua. ;)  kejap lagi aku nak gerak balik Perth dah. huiii. selama cuti ni, aku habiskan dengan tidurrrrr je. sebab apa? sebab aku tak kerja, tak buat apa. duduk rumah je. nak online, aduhh takde siapa pun aku nak layankan. banyak student time belajar kemain ligat online. time cuti semua menyepi. anak hantu betul. tinggallah aku sebatang kara di internet. lepas tu, aku belajar tengok running man. bila bosan je aku tengok. kadang satu hari aku boleh layan 6 episod. 3 petang, 3 malam. pagi takde sebab aku tidur lepas subuh, bangun tu hehe malas lah nak cakap. kang orang kata aku ni sleeping beauty pulak. aku tak suka riak riak ni. dosa besar tau! eheks

pasal tajuk kat atas tu. aku seram seram sejuk ni. korang pernah rasa tak perasaan geli geli kat perut. rasa macam mahu tak mahu. macam nak kentut tak kentut, nak berak tak berak. rasa macam taik dalam perut ni main skipping ngan intestine aku je. geli bodoh. nak terajang, tak sampai.. nak suruh orang terajang, aku takut aku terajang orang tu balik kang. hei heiii gerramm nyah.

selama berbulan bulan lemon ni, aku puas dah nyanyi lagu kris dayangti menghitung hari tu. sampai tinggal tung-ri je bunyik dia. bosan dah. selalu aku tengok kalendar. bila lah nak ciao dari rumah ni. sebab duduk Uni kan seronok.. banyak kawan.. banyak pakwe pakwe untuk diusha, huii huii banyak aktiviti, banyak assignment (okay yang ni tak seronok, yang ni babi nama dia.) kalau duduk rumah balik balik tengok muka abang kakak aku, eh naik hijau pulak. haha. lagi pulak boypren aku duduk berdepan je ngan kolej aku sem ni. so apalagi. hui hui la. toksah risau dah nak beli makanan hari ahad lauk habis sebab selalu bangun lambat. heheh. kita dah ada tukang belii. yeay!! (tepuk kuat kuat sambil pejam mata, utk tambah feel).


bf : pasni dah takde kereta takpe kan.. janganla bangun lmbt lg gi kelas. tidur awal
gf : haa banyak la.. pasni kalau i tertinggal bas lagi i nak u terbang okay.


kejap lagi aku nak naik bas cosmic. coach tau, double decker lagi nyah. siapa tak tahu, ha ha ha memang noob la kau. (padahal aku msuk U baru tau).  pasal gayat toksah risau. abang perkasa ada temankan harini. haha. sebab boypren aku punya kereta aritu eksiden, so terpaksa la kami balik naik bus. kereta kat bengkel lagi. takpe, takde kereta pun saya sayang.. hehe. siapa berani gelak, aku lambung kau kt dinding, pastu ikat kau kat kipas. jangan berani berani memperlekehkan jiwa halusku ini. kahkahkah. macam sial je.

eh dah lah, penat la type. keyboard aku pun dah mencarut dah sebab aku asyik hentak hentak dia je. lantak la kan, siapa suruh jadi keyboard. nak kena belai, jadi la kucing. miau miau sikit, buat muka cute, dah dapat kena peluk ngan akak akak berdada gebu.. hehe. siapa bawah 18 nnt kau akan paham. kehkeh.

okay lah nak mandi.. nak bersiap. nak balik perlis.hoi hoi hoi ya hoi kita semua gembira... hoi hoi yaaa pulang dgn kuih rayaaaa. :p  wahh berbaur rasa pula nak balik ni. aih pasni takde dah makan masakan mama. masakan bibik aku tak peduli, tak sedap. pastu takde dah mcd delivery, pizza, subway, kenny rogers, ramen... yang tinggal hanya lah megi. pasni takde dah adik untuk aku cium bila dia tidur and pukul bila dia dah sedar. pasni takde dah keluar lepak ngn kawan sekolah. pasni takde dah unifi :( waaa.. ada brokband je. pasni takde dah free mind. ada minda sibuk dengan pelajaran je. hmm. eh eh korang pahal touching. mana ada aku sedih. aku happy je. :\ eh celaka. air apa pula mengalir tepi mata ni. cis hilang macho aku.

byebye mama.. hihihi. tambi sebelah tu, lantak dia. ahha


p/s  : tadi aku buat kek batik. muehehe. dah nak balik U baru nak rajin godek resipi. semalam aku try buat kek batik, pastu sebab salah step, nak oii jadi garing serbuk milo aku. kahkah. pertama kali aku mencarut dekat barang. tu pun sebab aku rasa tidak ada keserasian antara aku dan kuali. bila aku bubuh butter, kemain kurang ajar lagi dia ludah kt tgn aku. kn dah pedih eee -_- nasib tk kena muka. kalau tak, turun rege kau tau! eksperimen aku teruskan harini. Alhamdulillah berjaya. boleh le encik tunang kite rasa kejap lagi.  :)


5 comments:

Syafik Coklat said...

xde pon nak bg kat aku kek batiiknye . haha

Anonymous said...

These are impressive articles. Keep up the noble be successful.

bella luna said...

weh minah, entry tak ley panjang lagi ke? papepun, claps for me, habis gak aku bace sampai kek batik +.+

Farahin Ahmad said...

harini 22/9/2012.

takde motip -__-

Solehah Shamsuddin said...

alolo comeynya kak maria.tp npe pic bella xd ms ni