Thursday, August 23, 2012

Bas ohh bas..

Amaran : ini cerita yang panjang. kalau agak agak nak baca sesuatu yang ringkas, pergi baca sms.




hai semua. aku baru lepas tengok Edisi Khas kat TV3. cerita dia pasal ulat tiket. tetibe rasa nak kongsi cerita kat sini.. kisah ini berlaku kira kira setahun yang lalu.. tapi kenangan hitam yang terpahat dalam sejarah hidupku ini masih segar dalam memori.. cehh, puitis wa cakap lu..

macam ni ceritanya.. aku ni duduk kat KL hangpa tau kan.. pastu aku ni tak pernah la merantau jauh jauh naik bas.. dekat dekat pun memang boleh kira berapa kali seumur hidup.. pertama kali aku naik Bas ekspress pun masa aku belajar kat Matrik Negeri Sembilan. itupun dari Kuala Pilah ke KL ambik masa 2 jam je.. masa tu pun aku dah call mak aku, mintak maaf ampun segala. sebab cuak. tak pernah naik bas.. hehehe. 2 jam tu pun aku rasa seksaaaa sangat. pasal tu tiap kali balik Pilah, mak aku akan hantarkan. bila balik KL je aku balik sendiri.

okay, kita fast forwardkan ke tahun 2011 ye. mula mula masuk UniMap, of course le family hantar. dah le tak tahu tempat kat mana.. dengan jauh, barang banyak nokhoromnya lagi.. sebab tu jugak aku jarang balik bila aku mula belajar kt Perlis ni.. orang ingat aku dah kahwin lari agaknya kat Siam nun. tapi padahalnya aku ni gayat sikit naik bas. cuak kebebe wa cakap lu. sebab jauhhh. dah le bas bas tu laju nak mampus. kalah lamborghini bapak engkau. nak dijadikan cerita... (ni baru masuk cerita. tadi tu semua intro je).  masa ni cuti midsem. gila kau tak balik. dah semua orang balik.. takkan aku nak duduk situ ngan beruk. kami pun beramai ramai lah pergi ke Kangar nak beli tiket. aku pilih nak naik bas ehemehem. (takut kena saman daaa).

muka happy baru lpas beli tiket bas


aku gi la beli tiket bas. tapi aku ni kan insan suci tulus mulus sesuci embun pagi. manala aku reti nak beli. aku pun bedal jelah kat satu kaunter tu. nama kaunter dia apa tah. tapi nama bas yang aku berkenan tu ada jugak kat situ. kira dia macam sama syarikat la.. aku pun beli.. pastu akak ni kasi aku tiket yang tulis tangan tu. pastu dia call le kaunter bas ehemehem ni suruh masukkan nama aku. aku nak duduk single seat. seat aku pun tengah. parking baekkk je. setel. okay lega.. aku pun balik.. seminggu tu aku sengihhh je bila orang tanya dah beli tiket belum.  siap aku berangan -angan lagi balik naik bas nanti cemana. (sebab tak pernah kan! kehkeh)

okay kita jump to penutup. hari yang ditunggu tunggu pun tiba.. aku dan rakanku berbondong bondong ke Kfc. konon nak makan dalam bas.. kawan aku dah naik bas dia. siap melambai lambai penuh mesra lagi.  aku dengan eksaited mak oii nya pun berlari lari anak sambil bernyanyi riang ke bas aku. masa naik tu je.. aku cari seat aku. seat 5A. yang paling tengah dalam bas. tetibe ada sorang dakmok ni duduk situ. aku jadi bingung. dan bangang. memulanya aku target minah ni mesti salah duduk seat. aku dengan muka konfiden pergi cakap ngan dia. siap kata "ini seat saya. awak salah seat ke". tetibe budak tu keluarkan sesuatu yang paling berkuasa dalam alam keBASan. iaitu.... TIKET!!

aiseymann... tiket dia siap yang printed punya and tulis nama bas tu lagi. memang canggih aa. pertama kali aku tengok tiket bas gitu. dengan nombor seat 5A jugak. celaka anak harom. apa sudah jadi??? aku pun pertikaikan kembali. tapi.. yang in charge dalam bas tu lak sombong berlagak macam celaka. dia pandang aku sebelah mata je.. sebab tiket aku tu cikai. kalau aku jumpa balik memang aku lapah kulit dia. dia kata pergi cari balik kaunter tiket yang awak beli tu. aku pun dengan perasaan bingung lagi bengang menyala nyala, cari akak tu. akak tu pun kata tak tahu, dia dah call suruh key in nama aku. lepas tu kitorang semua bergaduh tarik rambut semua. siap terbang fire diorang dengan sinaran ultraungu, raksasa pun mati. (ni special effect je kasi cite sedap sikit)

padan muka aku, kan?


rupa rupanya semua ni salah akak kaunter bas ehemehem tu sebab terlupa nak key in nama aku. punyalah POKEMARCzuqueberg. aku kat situ ditinggalkan terkontang kanting.. pastu aku terjumpa Abang Naz, Man, Kay and Kakbell.. diorang ni suka bawak aku jenjalan masa awal sem 1 dulu.. diorang pun risau risaule tengok aku macam kena kencing. aku siap ugut akak kaunter tu.. cakap aku nak saman la apa la.. geram kau tauu. seminggu aku layankan angan angan aku menikmati keindahan balik naik bas ekspress ditemani kfc!! tapi.. semuanya punah. hancur berkecai di depan mata. mata aku dah berair dah. boleh lak akak tu kata postpone esok boleh? ah ye abah kau. aku dah packing dah serah kunci segala. nak suruh aku duduk mana. -.-

last last akak tu tulis kertas baru untuk aku.. dia suruh aku naik bas ekstra.. tau tak bas ekstra tu bende? bas buruk. HAHAHAH. bas buruk yang ada tulis 'cuti cuti malaysia' tu. dah le bas tu both side two-seater. sempitt. Kay temankan aku gi naik bas tu sebab yang lain sume dah balik. Kay tak balik sebab dia orang Sabah. time tu memang aku tak dapat control macho dah. air mataku jatuh bercucuran melimpah limpah ke ladang gandum. segan aku ngan Kay. -.- pastu naik je bas.. OMAK AI. dah penuhh. aku tanya mana seat aku. dia kata duduk je mana mana kosong. aku tengok semua muka samseng samsung S3 je dalam bas tu. aku nak gi kebelakang duduk sebelah akak ni. tapi ruparupanya sebelah dia ada budak duduk. aku tk nampak sebelum tu. dah tu aku tengok muka masing masing memang ngeri la. bkn muka student. pastu ada sorang abang ni nasihat aku. "dik, baik duduk depan". aku faham maksud abang tu. walaupun tak kenal, tapi dia risaukan aku. thanks abang unknown tersebut. aku pun pergila duduk depan. duduk sebelah tah siapa siapa tah. budak lelaki Uitm Arau. nasib budak ni baik.

rasa nak sparring je muka akak tu dengan konco konco bas tu


menangis nangis aku dalam bas tu.. bas tu gelappp sangat. sejuk mcm haram lak tu. dah le bas tu tak berhenti langsung kt kawasan rehat. sekali je dia berhenti. tu pun tak beranilah nak turun. takut barang hilang. aku tahan je nak kencing sampai kl.. aku ada la borak sikit2 ngan budak sebelah aku tu. sambil menangis teresak esak. lawak bila fikirkan. aku cite la kat dia apa jadi kat aku. dah le first time aku naik bas.. jadi camtu pulak.. kfc aku pun sejuk jee. sesejuk hatiku ini.. ohh~ sampai kl lak, dia ta berhenti kat depan pudu. dia berhenti kat 7eleven tu. jauh sikit. dia kata takleh berhenti depan pudu. waktu tu aku fahamla yang bas aku naik ni beroperasi secara HARAM. najis! dah le aku bayor tiket sama harga. tapi naik ala ala bas kilang. puih!

berbekalkan pengalaman, aku sekarang dah power nak beli tiket dan memilih bas mana kasi service terbaek. bas mana yang gampang. aku pn dah berani naik bas doubledecker walau dulu aku gayat dan cuak sebab kemalangan ngeri bas S bukan nama sebenar tu. hehe. jadi kepada adik adik atau sesape je yang baru nak belajar naik bas ekspress, aku nasihatkan, korang beli tiket pada kaunter ASAL bas tu je. jangan beli kt kompeni lain. takut jadi macamni. :) akhirnya tamatlah riwayat aku sebagai sebuah bas...


p/s : time kasih kepada yang sudi baca kisah sedih aku ni. peace (Y)


3 comments:

nuha ahmad said...

den dengar pun den rasa menyirap ! sian cik bella aek ... huhu

Alif Yusof said...

peh.. sedey gila. xpe. pengalaman tu menambah ilmu. Tp serius akak kaunter tu kejam gila. Hahaha.. Nasib baik Allah lindungi ko.kalo x...huhu

Al Kisah said...

sedih sedih sedih..

zaman alkisah muda dulu, alkisah for sure akan naik transnasional or plusliner.. dijamin tak kena tipu..