Sunday, July 15, 2012

Jenis orang di Universiti

Amaran : entry ini mungkin mengandungi bahasa kesat, lucah dan sebagainya. sesiapa belum baligh, belum sunat atau masih tidur sekatil dengan mak bapak di larang untuk membaca. hanya untuk 17 tahun ke atas sahaja.


sikit punya garang muka Jaga ni kan. haha



Hello semua. untuk yang dah masuk U, mesti korang familiar dengan orang orang yang ada kat U kan. ada yang baik, ada yang bangsat, ada yang macam bedebah depan baik belakang macam haram jadah. jadi, terpulang pada korang untuk pilih kawan ataupun lawan. apa lagi. jom kenalpasti


skema skema pergi mana?


1. MAKHLUK SKEMA
makhluk macam ni wujud dari hari pertama Minggu Suai Kenal (MSK) lagi. kalau fasi kata pukul 6 dah kena beratur tunggu bas untuk gi dewan, pukul 5.30 dia dah tercangak dekat tempat tunggu bas dengan buku catitan dan pen (konon ada benda nak kena catit masa dengar ceramah). makhluk macam ni takkan segan silu duduk paling depan masa MSK. juga dalam dewan kuliah. bagi diorang jugak, baris paling depan kira macam territory diorang. sape duduk nanti diorang akan kata "weh ni tmpt kitorang laaa". walaupun tempat tu takde nama. -.-  makhluk ni adalah orang pertama yg akan print setiap nota kuliah dan akan bawak segala jenis nota yang diorang ada masa kuliah. yang perempuan boleh dikenal pasti dengan memegang buku dan fail yang tebal. yang lelaki pulak jenis rambut belah tengah, pastu pakai seluar slack dengan baju kemeja berkolar.

ini baru legend!

2. PELESIT
golongan ni mudah jugak nak kenalpasti. waktu MSK, pukul 6 orang dah beratur ramai ramai, dia pukul 6 baru bangun tidur. naik bas yang last sekali pergi dewan. tempat duduk dia, adalah barisan last sekali. selalunya pelesit ni kaki fly kuliah. budak budak nakal masa sekolah yang tak peduli pasal peraturan. suka suka hati je pukul berapa nak datang kuliah. kalau orang lain pakai kasut, dia pakai selipar je pergi kelas. golongan ni mungkin kasar sikit. pastu mencarut carut tu kira bahan gurau je. macam aku. HA HA HA. boleh dikenalpasti dengan pergi kuliah bawak beg kecik atau takde beg langsung. (senang lari masa kuliah)




3. DIVA
klik Diva ni adalah makhluk paling hot dekat U. baru minggu MSK orang dah boleh kenal dia yang mana. nama dia apa. dia budak mana. latarbelakang dia. selalunya Diva diva ni, dikenali ramai sebab cantik. ataupun perasan cantik, ataupun bergaya semacam. makeup diorang ni lak selalunya tebal macam kamus dewan dan berwarna warni. kalah pelangi. orang pergi exam pakai kurung, dia pakai kebaya nyonya yang ketat macam sarung nangka. diorang ni selalunya terkenal sebab join kebudayaan macam nyanyi ke, menari ke.. atau kawan dengan orang hot hot je. boleh dikenalpasti dengan gaya yang lain dari orang lain. seksi sikit maybe? jenis diva ni, dia spesis yang cakap I- You dengan semua orang termasuk kawan baik sendiri. HAK AHH!


Add caption

4. PROFESSOR SERBA TAHU
makhluk macam ni paling aku menyirap. asal orang bercerita je, mesti dia nak menyampuk. rasa macam nak tampar kan aje. kalau orang cite pasal kita ada saka, dia akan kata sepupu dia punya kawan pun ada saka. kalau cite pasal mini cooper, dia akan kata jiran dia punya datuk sedara pun ada mini cooper. pendek kata, apa orang ada, semua benda dia nak ada. walaupun bukan dia punya. jenis ni, semua orang dia kenal. kau sebutlah pasal sorang awek hot ni. dia akan kata "ohh aku kenal dia tu.. dia tu gini gini".  dia jelah pandai. dia jelah tahu semua benda. dia ni jugak boleh dikatakan penyampai RUMORS paling pantas. jenis ni berkawan baik dengan si kaki gosip. boleh dikenalpasti dengan selalu bertukar kawan.



5. INTERNET TANPA WAYAR
si kaki gosip ni wujud dari zaman yunani lagi. jenis suka sebar cerita gitu gini tanpa menapis kebenaran cerita. yang bagusnya kau kawan dengan si kaki gosip dengan profesor serba tahu ni, banyak info baru kau akan tahu dulu. contohnya macam ada artis akan masuk Uni kau. tapi kesahihannya tu tak boleh dipercayai 100%. si kaki gosip ni lagi pantas sebar cerita drpd internet. boleh kata lagi laju dari unifi. yang bedebahnya orang macam ni, dia suka buat cerita and sebar fitnah. contohnya dia nampak ehem ehem jalan dengan jantan lain selain pakwenya. dia akan bagitahu semua org yang ehem ehem curang. dia jugak mmg cukup arif pasal siapa laki hot masa kini, pmpuan plg market dan sebagainya. nak kenal orang gini, senang je. kalau dia cite letup2 pasal orang lain, tak mustahil next season nama kau lak naik frontpage! kalau dia dengki ngn kau je, ha mulalah dia nak buat fitnah pasal kau lari rumah masa baktisiswa lah apa lah sampai satu fakulti tahu. HA HA MACAM FAMILIAR JE CERITA NI! bangsat punya pompuan!



6. FANATIC KPOP
golongan ni tetiba muncul secara mendadak sejak KPOP meletup. depa ni paling paling dah khatam sepuluh kali cite boys over flower, full house, dan apa ajelah. boleh kata diorg ni tak pernah miss tengok runningman. diorg boleh hidup seratus hari tanpa makan dan minum kalau sesat dalam hutan. janji ada runningman untuk ditonton. diorang ni akan beli setiap kali keluaran EPOP ke apa kejadah tah nama magazine dia tu semata mata untuk amek poster 2PM ke, CN BLUE ke, dan apa apa blue yang lain untuk ditampal dalam bilik sambil dijelesi minah KPOP yang lain. diorang akan panggil lelaki yang diorg suka oppa dan sebagainya. lepas beli brg, org kata thankyou atau time kasih. tp dia akan kata kamsahamnida pada makcik jual keropok lekor. dia jugak akan mencarut 'pabo' instead of bodoh. oh and yeah, semua rentak menari girls generation ke, kara ke, semua dia hapal. memang pro lah! saranghayo! annyong! (ahh mampus tk layan) *benda masalahnya kenapa si Bella ni boleh tahu pulak. kantoi layan korea. hehe :">



*** bersambung.....***









33 comments:

ai shah zawani said...

aku praktikal daaaaaa. entry baru plisss. :P

Syazwan Che Deraman said...

kehkehkeh.

aku sempat dok U sekejap je.
2bulan je.

tak sempat nak mix up dengan semua orang.

Hang ni specis pelesit la..kahkahkah.

kat tempat aku pun ramai yang tengok runningman,

aku tak tengok tak suka.
entah pape benda tuh.

Siti Nurul Hidayah... said...

nasib xdek dlm senarai heheh

NADIA said...

Ya Allah betul ok semua golongan-golongan di atas! Kalau kat tempat Ef, budak-budak kema kitaorang panggil GENG SAF DEPAN :P

Phat said...

zaman phat pun sama gak..tp dulu x de la fanatik k pop haha..

ParkAir said...

Yang jenis serba tahu tu aku selalu kena. Kalau borak je mesti dia cakap, "tahu, aku tahu tu." semua dia tahu, apa yang dia tak tahu aku pun tak tahu!

chocolate.indulgences said...

ahaaa. kpop tu yg terbaik uhh. hahaha

Mr.She said...

yg pesen gossiping machine tu yg paling haromm rasanya. and ade lg 1, pesen talam 2 muka. peh!

ascil.punye.lah said...

hakhakhak aku ni manusia skema campur pelesit.acane tu?

fizamanan said...

bella lim lari rumah masa bakti siswa! kahkahkahhhhh :D

Syafik Coklat said...

laaaah bersambung ke ? ptot lah mcm ada tak habis lagi . hhoho , ak takde dalam senarai lagi ...

kau DIVA .!!

bella lim said...

ai shah ; haha sabar sabar

bella lim said...

syazwan che deraman ; haha. mungkin dekat akademi pilot lain sikit kot. sebab pompuan kurang kan. haah. aku type type pelesit laa. kaki fly kuliah. hehehe

eh runningman tu, kalau kau hayati bebetul, menarik tu

bella lim said...

siti nurul hidayah ; hahaa, takde ye. ni belum abes lagi ni.

bella lim said...

EfNadia ; kannnnn! bila orang amek tempat dia, mulalah nak buat muka gorila. hahahah.

bella lim said...

Phat ; haha. dulu fanatic apa bang? pop yeye? ada la gak pop dia tu.

bella lim said...

Parkair ; orang camtu, memang rasa nak bagi penumbuk sebijik je kan. hahaa

bella lim said...

chocolate indulgences ; hahah kannn

bella lim said...

mr she ; yeap! talam dua muka adalah golongan paling celaka

bella lim said...

ascil ; haha kalau camtu, pelesit jadi jadian kot

bella lim said...

fizamanan ; celaka. aku tak lari doh! fitnah! fitnahhhh!

bella lim said...

syafik ; AHHAHA aku diva? tolonglah. aku buat muka gorila kang takut kau

Marya Hana said...

MEMANG MCM CILAKAK, dok kutok aku pasal beli Epop semata2 nak dapat poster CN BLUE. what the ..

:P

nadia farhana said...

scene gambar 1st dalam entry macam kenal :) comel

bella lim said...

maria ; hahaha lantak le. dah ko sangap korea sangap. unnie dongsaeng. puih!

bella lim said...

nadia ; haha kenal ke? matrik negeri sembilan!

Emel Kamals said...

hahaha. macam berdebar pulak nak knl dgn byk spesis2 makhluk tu

bella lim said...

haha watlek watpis je. kalau pandai bawak diri mesti boleh survive..

bella lim said...

haha watlek watpis je. kalau pandai bawak diri mesti boleh survive..

bella lim said...

haha watlek watpis je. kalau pandai bawak diri mesti boleh survive..

bella lim said...

haha watlek watpis je. kalau pandai bawak diri mesti boleh survive..

bella lim said...

haha watlek watpis je. kalau pandai bawak diri mesti boleh survive..

bella lim said...

haha watlek watpis je. kalau pandai bawak diri mesti boleh survive..