Tuesday, July 17, 2012

Aku Pelakon yang Kekwat




rehearsal.. Unimap Sedekad Gemilang


Tanggal 7 Mei 2012, aku menjadi salah seorang pelakon untuk menjayakan Konsert Diraja. Konsert Diraja ni adalah untuk menyambut Hari Ulangtahun Keputeraan Tuanku Raja Perlis. Konsert ni jugak diadakan untuk meraikan 10 tahun penubuhan Unimap. haaa baru 10 tahun tapi dah boleh dapat top 10 ranking universiti terbaik Malaysia tau. Sempena konsert ni, satu persembahan teater musical telah dipersembahkan. cumanya bukan aku yang menyanyi. aku hanya pegang watak pelakon. hehehe.


antara artis yang hadir, Dato M. nasir

kes kekwat ni pun bukan apa. cumanya, dua minggu sebelum konsert kami dah kalut kena berlatih di Unit kebudayaan dan Rekreasi Unimap. (UKR)  Konsert ni hari Isnin. Jumaat dan Sabtu pada minggu sebelum tu pulak ada Kejohanan Sukan antara pusat kejuruteraan. (PPK) aku wakil PPK Pembuatan dalam badminton dengan futsal. jadinya kenalah berlatih juga ye dak? memang lunyai lah aku minggu tu. dengan sukan, dengan teater lagi. memang berkejar kejar aku dari Semarak, Kuala Perlis ke Kangar untuk berlatih badminton, futsal dan teater. nasiblah ada orang sudi hantar. kadang pun aku terpaksa drive sendiri. memang letihhhh sangat.
berpeluh peluh abang ni makeup aku. haha.

okay dipendekkan cerita.... aku dapat 4 watak. untuk dilakonkan. 4 scene aku dapat. memang susah laa.. sebab orang lain kebanyakan dapat 2 scene aje. tau tak, 1 scene je makan berhari hari nak bagi perfect. jadinya ramai la yang risaukan aku... sebab dapat 4 scene. pastu pulak kadang tak datang latihan sebab pergi sukan. tapi aku rasa aku boleh je bawak sebab aku cepat tangkap. (konon) hahaha. pastu ada la beberapa staf ni kesian tengok kawan aku yang asyik kena gantikan aku.. so dia tukar terus watak aku tu, bg kat kawan aku. aku tak kisah pun... lagi ringan beban den. sebab berlakon ni, script semua takde. ada pun jalan cerita je. jadi kita yang kena fikir sendiri apa kita nak cakap, apa kita nak buat. memang challenging la. kalau kau creative, bolehle buat2 lawak sikit. tu pun kena jaga bahasa dan sebagainya sebab ni kan Konsert Diraja. tak boleh pakai boh saja.

scene pendaftaran, scene pertama


scene pertama aku kena berlakon jadi anak datuk. nama aku Isabella anak Datuk Bahrin (which aku reka sendiri) hahaha. yang datang dari KL, seorang yang fussy, cover cun, berlagak, asyik speaking je kerjanya. masa ni aku bambu staff KUKUM (nama lama Unimap) yang tak reti cakap omputih.

scene kedua, aku kena pegang watak perempuan hot kat Universiti. yang diva sangat. nama aku Bell je. kiranya aku ni jadi rebutan semua lelaki. ada yang skema, ada yang gengster. tapi semua aku reject. sebab aku ni materialistik. nak pakwe ada kereta mahal je. haha familiar tak benda ni. scene ni penutupnya kena menari... dengan lagu hindustan. memang fun. tp kena banyak latihan. scene ni yang diorang bagi kawan aku. sebab aku selalu tak datang latihan scene ni. hahaha

backstage, ready untuk scene punch card. dengan Ainan Tasneem. :)


scene ketiga, aku pegang watak orang opis. yang kepoh, kuat gosip, kaki kipas bos, yang suka makeup tapi tak buat kerja.. masa ni ada lagu dalam scene ni. kami kena berlakon dalam lagu, sambil lagu tu dinyanyikan live. tu la nama dia musical kan.. :)  scene ni namanya punch card sebab aku dan sorang lagi kawan satu opis aku suka menyibuk dekat tempat punch card, and gelakkan tiga orang bujang terlajak yang selalu lambat dan punch card selalu warna merah.

scene keempat, aku pegang watak isteri orang. yang bermadu.. huu ni haru kalau jadi bebetul. haha. aku jadi bini muda lak tu. scene ni menarik sebab dialog bersambung2 antara tiga keluarga. ada tiga couple laki bini atas stage serentak. bezanya cuma group aku tiga orang sebab kami bermadu. scene ni aku paling enjoy sebab staff yang berlakon dengan kami memang kelakar la. tapi sedihnya, scene ni kena cut saat akhir sebab nak pendekkan masa. buat letih je berlatih.. sobs.

muka budak kekwat. haha


pasal kekwat tu pulak... kan aku tak datang latihan sebab aku ada game badminton masa tu kat Kubang Gajah, Perlis. dijadikan cerita, adalah sorang staff ni... dia pergi sana sebab teman kawan dia tengok orang lawan tennis. lepas game, aku pergi la keluar jap tengok kawan aku main tennis. dia ternampak aku. terus dia buat cerita. dia pergi UKR, dia kata nampak aku kat Kubang. "pergi Kubang boleh, pergi latihan tak boleh".  sedangkan dia tak tahu cerita betul. aku dah mntk kebenaran director untuk pergi kot. dia tak tahu.

" Bella tak datang lagi harini..."
" tu lah dah la scene dia banyak"
" semalam aku nampak dia kat Kubang. pergi Kubang boleh, pergi latihan tak boleh"
" biasalah... dia kan Fasha Sandha.."

itulah yang aku dengar kawan kawan aku cerita balik kat aku.. pffffttt!! memang menyirap la dengan orang yang cakap gitu.. taktau cite betul toksah le buat cerita kan... itu saje cerita pasal konsert. :) pengalaman menarik.. tapi yang tak menariknya, elaun tak dapat lagi ni. ish. haaha :D

masa rehearsal.. tengok muka pucat aku tu.. letih hangpa tau dak....


nampak tag pelakon tu? takda tag ni tak boleh masuk Dewan 2020 tauu

myra, bella dan Husna
kumpulan orkestra... 

lepas habis rehearsal.. pelakon semua rancak berborak.. release tension

Isabella dan Amer..


selepas habis konsert.. aku la paling awal tukar baju. rimas! haha


sebelum dan selepas makeup... lain kan? masa ni aku kena gelak sebab rambut tinggi tu.
 diorang panggil aku Datin Maimun. ada ke patuttt..


itu saja. thanks for reading! :D









24 comments:

onie said...

haiii bella,nak signnnnnnnnnnnn :P

onie said...

nak signnnnnnnnnnnnnnnnnnn :D

ririn aieza said...

aww..i pminat datin maimun u....xsangke dtin maimun kat unimap...!!!=D

bella lim said...

onie ; hahaa meh meh I bagi signn :D

bella lim said...

aieza ; hahaha ngade ye kak aieza. tu lah siot tol. padahal tin mun ni tak reti tgkap hantu pon. ahha

ascil.punye.lah said...

kelas kauuu maimunnn~

nnti i nak berlakon jugak bole maimunnn?

Azura Banyak Cakap said...

Haduhhh banyak juga scene bella ni, memang nampak penat, tapi takpa, mesti bella pun enjoy kan? Hihi, chayo2. :)

fizamanan said...

watak kau semua tak baik kan bella. dah nampak dah permainan dia tuu.HAHAHA. sape staff tuu? *kepohhh

bella lim said...

ascil ; haha boleh bolehhh. tapi kena pergi casting dulu.. kalau power boleh le pegang watak utama. kalau tak jadi crew la. ehhehe

bella lim said...

azura ; yeappp! penat sangat! tidur pun berapa jam je. sebab balik lewat malam. sampai pagar tutup. pergi pulak pagi pagi. aduhh

bella lim said...

fizamanan ; KANNNNNN! tu aku pelik tu. kenapa aku dapat semua watak jahat! hahaha

|shuhadaothman|TM said...

hai Fasha Sanda. nak sign jugak. hewhew ^^

Enchek Kamen said...

wuuuhaiii~~ artis ghupanya cik bella ni. hohoii~~

bella lim said...

shuhada ; haha. bolehhh

bella lim said...

enchek kamen ; hahah mana ada. artis unimap je.

Enchek Kamen said...

xkira laaa.. janji artis! hahaha.. keep it up!

dilladoodledat said...

kagumnyee , mesti best kn dpt pengalamn mcm tu
:)

bella lim said...

enchek kamen ; haha yelah yelah. thanksss

bella lim said...

dilla ; yeapp. best :D

Edy Fee said...

sempat nye bergambar ngan ainan malam tu.hehe mlm tu sbnrnya tak knal lg sape dia.hehe blur giler..pdahal kat sebelah jew.hehehe

bella lim said...

edy ; haha. oh mestila sempat. sebab kami memang berkawan.. haha yeke. kalau tak mesti awak pun dah tgkap gambar ngan dia kan

Amirah Rashid said...

weh, video takda ka? haha :D nk tgk!

bella lim said...

haha adaaa, tapi kena mintak unit media la.. kat aku takde...

Amirah Rashid said...

kau mintak laaaaa. haha :D