Monday, May 28, 2012

Perasanlah Kau

This must be annoying. but I dont care.


Hello and Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.



"menyampahlah tengok budak budak junior tu. tak matang langsung"

"eee annoying gila budak tu. dia sedar tak dia tu gedik"

"yucks perasan cantik gila minah tu. padahal biasa biasa je"

"kita dah besar kan, tutuplah aurat"



familiar kan ayat ni? pernah tak korang cakap? pernah kah korang dengar? pernahkah korang rasa begini walau dalam hati?

mungkin.. korang tak perasan. tapiii!!! korang yang cakap tu pun sebenarnya sama jugak. konon. dia tu kata menyampah tengok orang gedik. dia tak sedar yang dia tu laaaaaaaaaaaagi gedik bila dia dengan kawan lelaki. konon nak kutuk orang gedik. padahal dia bertepuk tampar dengan lelaki dikira halal. :)

konon nak kutuk orang perasan cantik. sadarkah diri anda tu laaaaaaaaaaaagi tak cantik? sadarkah muka anda tu lebih berlubang golf atau dah diupgrate jadi kolam ikan? sadarkah anda tiada pun orang mahukan anda? padahal muka sendiri tak semenggah, dikira jelita macam dialah wanita paling anggun yang pernah wujud.

konon nak kutuk orang berskandal sana sini. ya, ini hakikat. ini dunia realiti. siapa yang bercinta long distance, sila lah kecut perut sekarang. bercinta yang disana, lain. yang disini, lain. buat peneman kala duka... konon nak ngutuk orang curang. tapi awak dok bergayut malam malam dengan lelaki lain sedangkan boypren sendiri call tak dilayan, itu dikira setia? bagussss.

konon nak kutuk orang tak alim. tak bertudung polka dot RM15, tak bershawl lilit kepala sampai nampak macam ular tedung. konon. padahal sendiri pakai seluar pendek main bola. padahal yang wanita tu pakai baju ketat sendat sampai lemak terkeluar. bentuk badan semua nampak. pakai seluar ikut potongan kaki. pakai selipar biar kaki terdedah. kadang pakai baju singsing lengan. bezanya dia dan aku, cuma aku tidak bertudung, dan dia bertudung. dan itu mengangkat dia setaraf malaikat. sedangkan aku masih jahil di matanya. syabas. :) memberangsangkan pemikiranmu...

konon. junior tak matang. budak muda setahun dari dia tak matang. dan dia sangat matang. sebab dia boleh kondem orang. dan dia tak main kejar kejar dalam kelas. dia pendiam. dia bukan orang yang suka gelak kuat. maka dia umukan kepada dunia, dia matang. dia matang. dia hero. dialah manusia paling intelligent. sebab dia lebih tua. DEYY! kematangan tidak diukur dengan umur. tetapi dengan pemikiran, mentaliti, perilaku. bak kata ibuku, tak siapa akan sedar bila dia matang. kecuali dia berjumpa orang yang lebih tidak matang dari dia.


dunia.. dunia.. dunia..

dunia makin sakit... bumi semakin tua...
dan manusia tak habis habis bodohnya....
orang lain semua tak betul.
tapi dia, semua benda dia betul.
haah, teori kepala bana kau!
(kutukan bukan saja pada kau, tapi untuk aku sendiri untuk ingat!)

perasan serupa khinzir


p/s : ditulis dengan emosi. dipahami dengan akal, dibaca dengan hati dan ditimbang tara dengan kepalahotak kau sendiri.


7 comments:

Hikaru Yui said...

hmmm... how to say this... those perempuan yg pakai ketat..tudung belit.. open sgt dgn lelaki... mmg la xelok dibuat cth...

ada je kan yg pakai tudung labuh..baju longgar..dan pandai jaga batas pergaulan..

and it's not a bad thing for you to start wearing hijab =p

cicak papan said...

terbaikk..:)

ascil.punye.lah said...

wahaahah aku baca dengan penuh semangat sampai gambar last.aik??oink oink. ahaah.

tapi serius lah,banyak orang cemni,rasa diri diorang paling bagus.normal. ^^

kura said...

bukan main emosi. jeles dgn junior ke atau sakit hati dgn senior? hahaha

Alif Yusof said...

Yang menegur pun manusia juga. Byk salah silap. jz take the advice in +ve way. Manusia sering lupa tapi perlu saling mengingatkan antara satu sama lain. Namun, hidayah milik Allah. hehe

SaddLone said...

ok,last pixa sangat annoying..haha

dilladoodledat said...

wow so true
they may cover their hair
but not their brain