Saturday, May 12, 2012

merungut



merungut itu perlu. 
bila setiap kali kau nak cuci baju, mesti mesin tu baru bergerak. dan kau penat dah turun ke aras 1 dari aras 4, berkali kali. (dan kau tak kurus kurus pun walhal dah penat turun naik tangga dan berkuah ketiak)

merungut itu satu kepuasan. 
bila setiap kali kau nak online, internet lembab. walhal kau bayar broadband tu, bukan guna line universiti.

merungut itu wajib. 
bila setiap kali kau bersiap, bangun awal untuk pergi kelas. dengan baju bergosok dan bedak bertempek di muka. tapi pabila kau dah naik bas selama setengah jam, bila sampai pagar depan kampus je, kau baru dapat berita class cancel.  (masa ni perasaan untuk membakar fakulti kembali membara.)

merungut itu kadang kadang boleh jatuh kepada mencarut. 
bila kau yang kehausan tapi tak teringin minum air bancuh, cuba membeli ais sahaja (sebab nak minum air pepsi ke apa) di kedai makan yang satu satunya wujud di kolej kau. tapi owner dia kata "maaf ais tak jual". atau "ice is for drinks only". macam cipet. serious cipet!

merungut itu rutin. 
bila kau dah berlari dengan rambut tak bersikat ke tempat bas, alih alih kau sampai je, bas baru bertolak dan kau kena tinggal. pastu kena tunggu bas seterusnya iaitu sejam kemudian... ha ha ha. celaka


merungut itu memuaskan. 
bila kau dengan semangat membara di pagi hari nak pi kelas, dengan mood seceria sang suria, tiba tiba kawan kau tegur "ehh kau macam makin gemuk je".  ketika itu aku dapat rasakan aura membunuh aku sudah di tahap maksima.

merungut itu tak pernah habis. 
bila kau rasa kau tak pernah usik bontot siapa siapa pun, tapi alih alih kau dengar orang gegosip pasal benda tak betul pasal kau. bukan kata tak betul je, tapi dah jatuh fitnah tau. kalau kau dapat tangkap orang tu, tak ke merejam dia dengan batu merupakan sesuatu yang sangat menyeronokkan di kala itu. :)  (ditujukan khas utk cik ULAR yang kuat membelit )


merungut merungut merungut. 
mama cukup tak suka orang merungut. tapi, merungut itu perlu sometimes, untuk memuaskan hati yang duka lara. aku cuba lah lepasni untuk tak merungut dan terima je semua tu dengan ikhlas. boleh ke aku tak merungut? haihhhh......

merungut itu juga boleh jadi sesuatu yang buat gua menyirap.. terutamanya bila orang merungut gua dah tak update blog. gua busy okay, busy.! hahaha

p/s  : sorry la aku busy gila lately. aku baru je habis konsert Diraja, pastu ada sukan inter- school (fact), pastu dinner lagi, pastu mini project lagi.. haih macam macam. ni saja nak tunjuk gambor dinner. baju tu baju lama. time form 3. tp muat lg tau. so siapa kata aku gemuk tadi? mari tampil ke hadapan, gua nak sparring!

heroin dan jack sparrow. main gila kau



2 comments:

auni said...

amboih isabella anak dato pe ntah..bahrin? :p lamanya tggu kau update :D

bella lim said...

hahaha yeah. anak dato bahrin.. LOL. mak busy hokayyyy. :p