Tuesday, May 15, 2012

hari sial aku

heartless

harini memang rasa suwey. rasa sial. rasa macam celaka. semua ada.

SATU. aku tak berapa sihat dan aku terlewat bangun untuk pergi lab test. dah la sejam je. dengan jadual bas kami, aku malas nak cite pepanjang sebab korang takkan paham kalau aku kata perjalanan dari kolej ke kampus makan masa setengah jam. so aku kena tunggu sejam. dan lepas sejam tu, tentulah test akan habis kan? eh tercerita pulak.

DUA. aku taknak hampakan kawan aku. sebab kami dah deal part masing masing.. aku dah cuba. aku dah usaha. bukan aku tak usaha. tapi time tu teksi teksi yang aku call semua takde kat area kolej aku. jauh jauh belaka. kemudian aku tebalkan muka, mintak tolong kawan kawan yang ada kereta. aku sanggup bayar, tapi takde kawan yang boleh tolong.

TIGA. aku tertidur sebab aku letih. dah berapa hari aku tak cukup tidur. disebabkan tidur yang mintak dicukupkan sangat tu la aku  tak dapat amek test. kawan aku taknak postpone. itu buat aku sedih. aku kecewa. tapi aku tak marah. memang salah aku. takpe. aku try mintak tolong kawan aku lagi sorang untuk slowtalk dengan PLV yang bertugas tu. problem solved. aku boleh amek ngan budak Bahan nanti.

EMPAT. aku dah lega, mood aku nak gi kelas masih takda. sebab aku dah melalak sedih kecewa bawah shower tadi. so aku memang tak hingin nak masuk kelas petang ni. ada satu je kelas petang ni. tapi aku still kena pergi kampus sebab kertas graph untuk lab report ada kat aku. nak kena submit harini. dengan hati yang terpaksa aku pergi jugak Pauh Putra.

LIMA. mood aku time ni dah ok sebab aku borak ngan kawan aku dalam bas. Husni nama dia. dia ni memang lawak lawak sikit. turun dari bas, aku pergi cafe. untuk jumpa si dia tu, untuk makan dengan dia. tapi malangnya, keadaan jadi tak berapa baik jugak. semua sebab mulut aku yang tak reti nak control time marah. aku bom semua orang. termasuk dia. salah aku lagi.

ENAM. aku pass graph kat kawan aku. then aku berbelah bagi lagi nak masuk kelas tak. aku taknak jumpa kawan aku tu. sebab aku kecewa ngan dia. so aku protes taknak tengok dia. si pakwe ni pulak jenis think positive orangnya. dia pun kasilah aku idea idea positif dia yang sangat tak membantu masa tu. alih alih kami gaduh pastu aku lari balik.

TUJUH. punyalah berlari naik atas, kat tempat tunggu bas. aku dapat naik bas yang seat dia macam kerusi keras tu. aku panggil bas McD.  kau tau tak seat macam kerusi kat McD yang keras dan licin tu. haa, macam tu la rupa dia. dah la keras berdentung, cuaca lak panas. lagila aku hangin.

LAPAN. memula aku duduk tengah. tapi sebab nampak tak berapa emo, aku duduk belakang sekali sorang sorang. pulak tu, aku disajikan dengan pemandangan couple bermesra tahap sweet gitew dalam bas. tahukah anda, bila anda bergaduh dengan pakwe anda dan lihat orang lain bermesra, masa tu anda rasa macam nak hempap pasangan tu dengan bas!

SEMBILAN. aku sambung bergaduh dalam henset pulak. tak puas hati punya pasal. pastu dengar lagu lagu emo. kemudiannya ada sorang lelaki ni, yang aku kenal. datang ke belakang bas dengan langkah mabuk. dia pening pening. elok je kawan dia urut dia, dia muntah. ini klimaks hari aku. dia muntah betul betul sebelah aku. kalau aku ni insan celaka yang gedik macam khinzir, tentulah aku dah euw euw pastu lari kedepan kan. tapi sebab aku dah tak kuasa nak layan perangai orang kiri kanan aku. aku biarkan je. dia muntah. aku faham perasaan dia. mesti dia malu. mesti dia dah di tahap tak tahan sangat pasal tu dia muntah. mamat mamat jongos kat depan aku lak boleh buat bunyi lepas dia muntah. siap ada sekor nak termuntah dah. bangang. sangat bangang bagi aku. kau seorang lelaki, dan muntah pun kau tak tahan? baik kau tukar jantina kau! cuba jaga sikit hati orang. mamat yang muntah sebelah aku ni. rilek je boleh duduk bawah dengan muntah dia tu. aku kasi dia tisu. ada mamat yang baik, dia kasi test pad untuk tutup muntah tu. sorang foreigner ni, usap usap belakang mamat muntah ni. aku pun ikut urut belakang dia. aku bukan cuba amek kesempatan. dia bukan sama agama pun ngan aku. tapi sebab kesian aku buat. dia kan kawan aku. aku cuba borak borak ngan dia. taknak buat dia rasa down. dia halau aku suruh aku duduk depan sebab bau muntah dia. aku taknak. apalah sangat muntah tu dengan apa yang aku dah lalui hari ni. seolah olah hati aku dah tak function dan otak aku tak dapat tangkap yang muntah tu berbau.

SEPULUH. time aku nak turun dari bas, aku terhantuk pulak. bagus. ini yang aku mahu. kemudian aku dengar couple tadi tu buat gaya geli geli ngan muntah. pakwe dia pulaktu yang buat. nak je aku benam muka dia kat muntah tu. pastu mamat jongos tadi turun je bas buat uwek uwekk konon geli sangat le tu. bangang. harap je student U tapi tak matang. belajar sampai Perlis. bodoh sampai Australia. aku terus beli air minuman tenaga dan naik umah. sekarang aku ngadap laptop dan post entry ni. takde orang baca pun aku aku tak peduli. janji hati aku puas. sekarang aku rindu sangat kat kawan aku, Macha. kawan baik aku dari sekolah sampai ke matrik. dulu kat matrik bila aku takde mood je, aku ajak dia main hoki. bila dapat rembat bola tu kuat kuat, perasaan dia sangat best.  kat sini... hmmm.......


sekarang, aku ada teori baru dalam hidup. 
banyak mana pun kawan kau, ramai mana pun kau sayang,
at the end, kau tetap akan hadapi semua benda sorang sorang.

be strong Bella !

22 comments:

Rann said...

phewww~~ siann diaa..banyak yang kena lalui iyer .. be cool dear... jadilah orang yang bersabar kayy.

senyum kayy :).

ehh? saya ada baca aper. huhuk~ >_<

kura said...

bukan main sedih cite kau hari ni bella lim. dgn kertas graph lah, kwn lah, org couple pun kau nk hentak lah, org muntah lah..

haish. nasib kau luah kat blog, ada juga org nk baca kan. hahha

Hikaru Yui said...

the theory is sooo true =p

Alif Yusof said...

Bykkan bersabar..ada hikmah disebalik setiap kejadian.

p/s: rindu kmns :p

Alif Yusof said...

Banyak bersabar. Setiap kejadian ada hikmahnya.

p/s: rindu kmns

Farahin Ahmad said...

go bella go !

ririn aieza said...

sangat laa kesian pas bace..tapi part 9 tuh kite salute r ngn awak..humanisme seyh...baguss..pat luahkan,org bace n kite da rase lepas sikit pendam tuh..yg buruk jdikan pringatan,insyaalaah yg baik akan menyusul...fuhh...<3 u..be strong bello~!!

ririn aieza said...

sangat laa kesian pas bace..tapi part 9 tuh kite salute r ngn awak..humanisme seyh...baguss..pat luahkan,org bace n kite da rase lepas sikit pendam tuh..yg buruk jdikan pringatan,insyaalaah yg baik akan menyusul...fuhh...<3 u..be strong bello~!!

ascil.punye.lah said...

yeahhh! be strong Bella.tu yg nak dengar tu ayat last tu.adat wehh kalau byk problem.aku pon slalu gak ada hari suwey nih.habis semua org kena marah.

saye kerink said...

Bellaaaa Lim!!
Haha. Hai hai! Huhu belah bawah bawah tu, kau sangat baik hati. Jaga hati orang, kalau aku, aku tak pasti aku dapat tahan ke tak kalau ada orang muntah near aku. Rasa mual tu mungkin ada, tapi bila baca entry kau ni, aku ingat, pada masa akan datang, if im dealing with the same situation or more a like, aku akan cuba act nothing happen & help the victim to survive from the situation. ;]

Thanks weh! Bagi aku ilmu, nilai murni baru yang patut diterap dalam diri, Alhamdulillah.

Hey girl! Kau ambil course apa eh dekat sana? All the best okayhhhhh!!! Aku selalu dengar dekat ikim.fm, ada ustazah tu cakap, "Nak minta tolong, minta tolong dengan Allah". Jadi, if ada pape, minta tolong dengan Allah.

Assalamualaikum ;]

AslamTaslim said...

we can't help you. but if we can, we will. we're sorry you had a bad day, there's nothing to change that. but if you're looking from another perspective, there's always a balance. one bad day to counter-balance all the good ones you had before. maybe things will get better after this, who knows. but what we do know, what we're certain of is this, you're still alive, you have lots of other things to be thankful for, and bella lim isn't a quitter now is she. all the best now. :)

Balqis Shafikah said...

ohh. semoga anda tabah bella! be strong dear! :)

bella lim said...

rann ; haha thanks sebab baca. :)

bella lim said...

kura ; haa.. tu pun kalau orang nak baca lah. ah aku sudah tidak peduli. hahaha

bella lim said...

hikaru ; yuppp!

bella lim said...

alif ; hehe okay.. cuba untuk bersabar ni.. rindu kmns jugak :(

bella lim said...

farahin ; thanksss :D

bella lim said...

kak aieza ; haha thanks awak.... sampai sekarang, awak je yg panggil saya bello okay.

bella lim said...

ascil ; haha betul betul. mood kalau swing memang semua orang kena tempias

bella lim said...

faris ; haha. hmm tu lah, jaga hati orang okay...

btw aku ambil product design engineering.

bella lim said...

Aslam ; what a long and meaningful comment. lol. thanks for ur advices. yeap. im not a quitter. and thank to god. things gets better today. :)

thankssssss

bella lim said...

balqis ; terima kasih balqis :DDD