Thursday, March 8, 2012

hiburan

apa apa hal pun muka wajib gengster

aku baru sedar. yang aku dah lama tak update sebab aku malas nak fikir entry grand grand. sebab kalau aku buat bodoh bodoh nanti orang condemn aku. yelah, dah orang puji aku, kena la menepati piawaian kalau orang bukak blog aku nak usha. tapi.. sekarang aku rasa bodoh. sangat bodoh. sekarang baru aku sedar. kenapa aku tak enjoy dah blogging. sebabnya, aku tulis apa yang orang nak baca. bukan apa yang aku nak tulis. sekarang ni aku nak setan setankan korang semua. persetan lah korang semua. pergi menyetan.

lepasni aku nak tulis je apa aku rasa nak tulis. korang suka ke, tak ke, aku peduli hape. even aku sakit perut tahap nak beranakkan taik yang comel comel sekalipun aku akan tulis kalau aku nak. hatta aku hanya nak kongsi tiga titik je pun akan aku buat. ( . . . )  aku rasa menarik pulak. berbeza dengan dulu. dulu, kalau nak hiburan, aku pergi kuliah. sebab aku boleh usha lelaki yang aku minat. tapi sekarang dah jadi pakwe aku. bila bila boleh usha, so motivasi aku nak gi kuliah dah jadi equal dengan kosong. lepastu aku jadikan attendance sebagai hiburan. tapi nasib aku selalu sial. bila aku datang kuliah, lecturer kadang lupa nak bagi attendance. bila aku monteng, time tu la dia nak panggil nama sorang sorang. celaka.

kalau boleh aku nak baring camni dekat Kangar. hiburan tu
kalau aku nak jadikan assignment sebagai hiburan, err.. aku rasa aku rela sondol dinding sampai kepala aku berdarah pastu naik ambulance, nenong nenong dan cuti sampai final exam. itu hiburan. tapi hiburan itu akan berlanjutan bila mak aku datang Perlis dan hantukkan pulak kepala aku kat dinding. extreme. dah tak terhibur.

dulu.... lepak padang ngan member borak borak pun satu hiburan untuk aku.. tapi.. sejak kena laser dengan *mamatbodohbersamalaserhijauyangasyikmenjeritmemekiknamaaku* dari aras tiga, blok B3 je, aku rasa malas dah nak lepak area situ. sampai sekarang aku dendam sebab mangkuk ayun tu jerit nama aku dari atas. kalau aku dapat budak tu, aku laser mata dia dekat dekat, pastu aku jerit sebelah telinga dia kuat kuat.  haha, baru hiburan sejati!

kalau nak bersukan untuk hiburan, susahlah.. sebab jadual sem ni sangat pack sampai petang, pastu semua orang lagi prefer baring atas katil baca novel yang diorang beli guna duit voucher. haih jiwa jiwa... tekanan aku. kenapalah sem ni slow sangat. semua benda nak slow. semua benda dah jadi kosong. hiburan semuanya dah hilang. yang ada tinggallah roh kudus tanpa hiburan. jadi aku pun malas nak hiburkan orang lain. penat. sesak. lelah. aku cuba untuk berubah. kini aku cuba untuk ambil semua benda secara positif dan hiburannya. hatta belajar Electric pun aku jadikan hiburan.

tengok betapa sucinya soft board aku. kebosanan tahap melantun lantun


okay sekarang aku rasa bodoh kembali. kenapalah aku mencarut banyak banyak ni? sekarang dah pukul 5 pagi. pukul 9 nanti aku kena pergi office setel slip. cis

 hiburan jugak tu, hiburan.

15 comments:

kura said...

jjkbkjnljyuij....

syarahyusof said...

wahai kakak skola kubur aka kakak Man U.
rindu sir ven eh? hiburan manjang. :P

bella lim said...

kura ; motif apa motif?

bella lim said...

syarah ; haha. sir Ven hiburan paling mantap sekali. rindu doh. syurga, syurga!

Farahin Ahmad said...

menjerit sepanjang hari pon hiburan gak.

Hati Hensem said...

cuba terjun klcc,salah satu hiburan terbaikk tu. haha

bella lim said...

farahin ; hahaa. kau ni stress niii

bella lim said...

hati hensem ; amboi. nak naik pun aku taktau. susah tu. dah tak terhibur

Asyiqin Haulisah said...

i ada untuk hiburkan you. auww.

bella lim said...

asyiqin ; kau buat aku takut ni.... hhahah

Syazwan Che Deraman said...

lama dow tak singgah blog kau.

kau blog je apa yang kau nak blog.
jangan nak kisah ada orang nak baca ke tak..

well, aku rasa, gaya tulisan kau sanagt sempoi, kau tulis apa apa sekalipun, orang terhibur..

tulis je.
baru happy.

orang baca dan datamg komen tu satu bonus.

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

nak 4flat? amin :)

bella lim said...

bro syazwan ; hahaha. tu lah. sombong siot lu bro. kihkih. thanks la sebab singgah. tp memang betul apa lu ckp. tulis janji kita hepy :D

bella lim said...

saiazuan ; amin kuat kuat

MrsChah Chahizziey said...

saya suka baca blog awak...sempoi giler..teruskan sempoi tu & pesetankan apa kata org lain...janji hepi...peace yoo...(^^,)