Thursday, March 22, 2012

Aku Bukan Artis

aku bukannya artis. bukan tokoh, bukan model, bukan orang popular, bukan artis youtube, bukan blogger handal, bukan ahli sukan ternama mahupun orang yang layak dijadikan idola. sememangnya bukan aku.

aku tak punya fan club ataupun page yang direka khas atas nama aku. peminat? lagilah aku takda. aku sama seperti kamu kamu semua. kita hanya watak penting pada yang mengenali kita, namun kepada orang lain, kita tak ubah macam batu. tiada yang the bomb, tiada yang specialnya. hanya seorang yang plain, tanpa aura sehebat mawi. siapalah Bella Lim kan? hanyalah seorang gengster. yang ini aku setuju.

TAPI!!!

"ehh bella, ada orang guna gambar kau kat facebook. haritu aku terjumpa."


haa yang ni aku musykil. dan aku pelik. pertama terlintas kat otak aku, mestilah orang tu benci gila kat aku. mungkin dia letak nama pelik pelik bertujuan nak malukan aku. tapi.... lepas diselidik, takde pun perkara memalukan aku. walaupun cuma ada 1 gambar aku yang diupload ke 3 album berlainan, tapi yang aku bebulunya, cik akak tu siap mengaku gambar aku tu muka dia. cis punya budak.

aku tak marah kalau dia letak gambar aku pastu cakap aku ni idola dia ke, aku comel ke, hidung aku senget ke, takpun dia minat aku ke.. ini dia ngaku gambar aku tu gambar dia. hantu betul. rasa macam nak sumbat stokin je dalam mulut dia.lepas selidik, ada 5 mutual friends. semuanya budak unimap. so aku konklusikan, mangkuk ayun ni mesti budak unimap. pastu gambar tu ada watermark MARYA HANA iaitu kakak aku yg mcm ketam. dia curi gambar tu dari blog Marya.

persoalannya, perlu ke? perlu ke.... PERLU KE? haa, kan dah tekan caps lock tu. dah marah la tu maksudnya. takut tak? takut tak? APA? TAK?!! haa.. tau pun takut. kihkih. kalau aku ni artis, at least aku terpaksa redha orang curi gambar. masalahnya aku ni orang biasa je. so tak payahla curi gambar aku. gi la guna gambar gita gutawa ke, neelofa seksi meksi tu ke, baru beribu orang add. so.. aku nak mintak jasa baik kalian (iaitu dua tiga ketul yg baca entry ni) untuk report profile tu. taknak la aku nanti orang ngorat dia pulak. hahaha. okay thanks. buh bye!

bukan main lagi lives in Mesir ye.. amboi
sejak bila aku berlakon cite korea ni.. adoih

see see. yang lain semua artis except for aku dengan pipi pau tu. tu pun dia nak -,- aduhh

lihat, lihat, ini gambar saya!

amboi... siap ada pkwe ye. pakwe dia dah tukar nama btw 'hidopmu matiku'. AMBOI!
friends aku pun tak ramai macam tu tauuu.


 p/s : tolong report ye... tekan SINI untuk report. thanks :D akhir kata, Ade kecah ke, takde kecah ke. aku kecah sebab ni gambar aku. kalau kau taknak buang gambar aku, kepala kau aku pecahkan. ade kecah?!

10 comments:

kura said...

bukan main hot ekau bella lim sampai ada org nk curi gambar kau kan dari kakak ketam.. hahha

UniMeOw said...

mmg hawau betol la..gn pic org laen,,ps2 ngaku 2 diri sdri then dpt pujian berjela..

waddafish?

nmpk sgt ko cntik,,kalo x cntik org x mek pic ko..hehe

Farahin Ahmad said...

hahaha..dye adore kau la tuuu..

bella lim said...

kura ; tu lah pasal. benda sekarang kalau aku hot kenapa kau tak terbakar lagi ni? haha

bella lim said...

unimeow ; ahhaha tu lah pasal. rilek je plaktu dia terima pujian. cis cis dan cis lagi. haha

time kasihhhh

bella lim said...

farahin ; hahaha adore ke... kalau adore patut dia tak ngaku tu gambar dia.

Chah said...

peminat fanatik kot??haha...dia minat sgt kat awk, then dia guna la gmbr awk, konon2nya tu gmbr dia...kecian...sakit mentel kot budak tu??hahahaha.....

kura said...

aku tak terbakar lg sbb aku kuat iman. eh? hahaha

safina razak said...

ini memang terbaikkkk! wahahaha!
tahniah bella :P

Yumida said...

glemer giler ar...gambar jd taruhan...pipi sgt cute...

follower ke 560