Saturday, February 25, 2012

harga sayang seorang member

salam. tanpa rasa bersalah, aku kembali berblogging. sebab aku dah kata banyak kali, aku memang sukahati je bila nak update. sebab menjadi blogger no 1 bukanlah cita cita aku. tak berminat langsung nak jadi popular, sebab end up akan jadi gila bila ramai sangat orang dengki.

"gua tak bersalah"
nyamuk. nyamuk adalah seekor binatang yang memang tak berperasaan. sebab bila adik beradik diorang yang lain ditepuk tampar, walhal girlpren sendiri pun dibunuh, nyamuk tetap tak berperasaan dan hidup hanya dengan satu misi, iaitu untuk menghisap darah. bunyik memang cam gengster. sebab kerja hisap darah ni pontianak lebih power.


tersebutlah kisah...........
masa tu aku ngan geng aku, sibuk dok gosok botol, bukan nak keluarkan jin ke apa, tapi melengkapkan project kitorang buat mock up (tak paham google sendiri) untuk first sem sebagai pelajar Kejuruteraan Rekabentuk Produk. hoh hebat hebat. bunyik mcm power. (hai cik Effendi)  <---  ni lecturer aku.. dia suka baca blog. haha. aktiviti menggosok botol guna kertas las selalu dijalankan pada malam hari kat court basket. dah sebab malam je kami free. sambil gosok sambil gosip la. jangan nak menipu la lepak ngan member cerita pasal benda berilmiah sangat. itu bukan lepak. itu diskusi. 

itulah botol dalam pembikinan
kitorang menggosok dengan cahaya kelam kelam romantic sebab tak reti nak pasang lampu spotlight kt court tu. memang sangat romantic dan membuat mood si nyamuk berkobar kobar nak cari mangsa. banyak jugak terbunuh sebab terbang slow sangat. nama je duduk kat universiti tapi bodoh si nyamuk ni, tak hingat. terbang slow gila ibarat menyampaikan mesej  'tepuklah saya'. sambil sambil dok gosok botol, tetiba pipi member gua si Kama dilempang dengan kuat tanpa belas oleh Des, kawan gua lagi sorang. ikut cerita si Kama, berpinar gak la mata dia. tersenyap sebab tak mengerti apa yang berlaku tetiba dapat penampar satu.bergegar otak wa cakap luuu. si Des pulak, dengan muka bangga dapat tepuk nyamuk, usha lah pipi Kama ni. ehh apsal nyamuk ni tak bergerak.

dari kiri, Des, Bella, Mijah, Kama.

rupa rupanya tu bukan nyamuk, tu tahi lalat si Kama. HAHAHA. tak memasal je dapat pelempang free. Des pulak terkulat kulat ngan muka bersalah. sebab sayang member la dia tepukkan nyamuk tu untuk Kama. tak sempat nak balas dendam, datang Kak Aini. sorang lagi coursemate aku. dia saja tegur alang alang lalu situ. Kak Aini ni lak gi cakap kat Des. "ehh Des, jangan bergerak. tu ada nyamuk besar kat pipi kau". padahal, itu pun bukan nyamuk. itu hanyalah tahi lalat kat pipi Des. hambikkk. dua dua member aku ni ada tahi lalat kat pipi. memang sedih sampai terguris perasaan sebab tahi lalat disangka nyamuk. ish ish.. kesiannn. tiap kali ingat cerita ni memang kitorang gelak besar punya. 

ni pun berkemungkinan ditepuk kelak
sekian sahaja cerita dari saya untuk pengajaran adik adik. jangan biarkan tahi lalat anda diselubungi... misteri...

moral of the story :  sayang anak tinggal tinggalkan, sayang member lempang lempangkan. hiew hiew

13 comments:

Marya Hana said...

kuang ajo meranjau bf sendiri...

kesian cimai ade taik lalat, eh nyamuk bawah mate tu..

Asyiqin Haulisah said...

keh keh keh. terterasa beliau.

kura said...

yg nyamuk kat pp bf tu. elot di drill. kan lg romentik. eh! hahah... amboir!

untoldhistory said...

hahaha:D ada tahi lalat kat muka manis lah:) kesian pulak kena slap:D

bella lim said...

maria ; haha. itu maknanya aku ni peka. :p

bella lim said...

asykin ; memang. padan muko diorang tu semua.

bella lim said...

kura ; ke kau yang nak kena drill ni? eh?!

bella lim said...

untoldhistory ; hahaha. nak buek cemano, duduk dalam gelap. pastu taik lalat masing masing besor pulak tu.

ai shah zawani said...

yang moral og the story tak bole blah. nak lempang bagai.

miezah said...

HAHAHAHAHAHA. (gelak kuat2 sebab tader org) :p:p

Anonymous said...

Lofty bye, considerate chum :)

Anonymous said...

Good bye, genial alternative other :)

Anonymous said...

Lofty bye, considerate chum :)