Saturday, November 12, 2011

JANGAN BACA


jangan baca! jangan bacaaaaa!!!!





aku nak balik Perlis dah. selamat tinggal Kuala Lumpur. kalau rajin aku update lah blog. kalau tak, dah sah sah la aku pemalas. apahal kau kerut kerut dahi? mesti sakit hati kan baca? padan muka. dah kata jangan baca tadi. . ish degil la awak ni. :)





hiew hiew :D


Thursday, November 10, 2011

malam luar biasa


suatu malam yang dingin. selain mencarut dan mendoakan nyamuk nyamuk jadi babi, menahan kencing sebab malas nak pergi toilet, aku berbuat sesuatu yang berfaedah. beberapa kali juga aku mengerling pada telefon bimbit. namun makin aku pandang, makin aku sedar. tak ada siapa nak message aku. sambil tabahkan diri, aku tukar lagu yang aku dengar. kenapa la banyak sangat lagu sedih. padahal putus cinta baru berapa kali. ha ha ha. (pura pura gelak. celaka -,- )

nakal betul jam malam ni. tadi aku tengok baru pukul 12.00 am. pastu aku tengok dah pukul 3. lek lu.. anak anak setan pun tak puas main permainan malaikat kejar setan lagi. itupun main cop tinggal sorang. lenguh lah nak kejar sebab hantu lain suka main hilang hilang. tak fair betul. sekarang aku tengok balik jam dah pukul 5. macam sekali kelip masa jalan dua jam. kalau tiga puluh kali kelip? ehh terus menopause! hahaha. kejap lagi mak aku bangun konpem aku kena sekel.

bukan aku yang lukis. saja nak share. lawak la weh tiba tiba ada bulu kat pungkoq! haha.



tapi aku berani bet la.. mak aku mesti senyum je karang kalau aku buat buat busy. aku pun tak sabar nak balik U aku ni. nak tau sebab apa? sebab assignment aku dah siap! 24 drawings okay! jyeahhhh!!! rasa nak belanja semua orang coke je. minuman feveret kann... aku pun belek belek bajet drafter paling power abad ini. aku senyum senyum sambil puji diri sendiri dalam hati. tiba tiba sesuatu meragut semua kegembiraan aku.


"alamak, babi. aku lupa aku ada autocad kena buat."


-,-' aiseyman macam mana boleh lupa. tak jadilah nak belanja korang coke. k bye



p/s ; moral of the story, jangan selalu sangat sebut babi. nanti jadi pelupa. hiew hi... dah lah takde mood aku nak gelak comel. tension! tension!


TOLONGLAH PANDANG AKU





"serious aku tak tipu kau. tadi 'Mr. Right' pandang aku oh my godd"



pengsan. maksud aku..... hampir, hampir saja pengsan kawanku Jonah menuturkan itu. aku lihat dia. berpeluh peluh, matanya bulat menatapku penuh mengharap. nafasnya tercungap cungap seakan baru lepas mulutnya yang jongang itu terperangkap dengan pam jamban. ku tatap dia dalam dalam. ku amati wajahnya.
........tit tit tit...... tak cantik. *defined


"berhentilah bermimpi. mungkin dia pandang kau, tapi sebenarnya dia tak pandang kau"


aku tahu aku kejam. tapi kerana nilai persahabatan, aku perlu sedarkannya dan buat dia berhenti memperbodohkan diri. lelaki tu macam putera, handsome, kaya, baik, pandai, ada awek hot se hot maya karin. cukup serba serbi lah. kita harus jujur, kita harus tahu nilai diri dan di mana kita patut berpijak pada realiti. lelaki tu tak mungkin pandang Jonah yang mulutnya aja dah macam muncung serigala. itu belum kira lagi hidungnya yang megah kembang semangkuk.

***


okay itu mukadimah aku. Jonah tu rekaan semata mata. saja sukew sukew nak buat suspen. kalau tak suspen aku peduli apa. korang yang baca, heheks. sejak masuk universitas ni, aku tak update langsung. har har har. seronok aku baca korang maki hamun kat shoutbox. bukan apa, aku gigih belajar. hiew hiew. lagipun aku takut makin aku post, makin menyampah pulak korang kat aku. hahaha


oh dan sejak masuk universiti ni jugak, nama pun baru masuk. jadi muka muka baru juga yang kita jumpa. semuanya fresh fresh belaka. tiada apa apa tanda di dahi contohnya 'playboy' 'playgirl', 'kaki kikis celaka', 'mat skima' dan sebagainya. semua muka kita rasa suciiii je sesuci lebaran. *mood aidil adha. oleh kerana itu jugalah, dua bulan terawal ini amat syiokk untuk kita mengusha. mana yang muka boleh buat lena tidur, mana yang muka bawak gi perang.

kawan kawan yang supportive! :D


bukan nak down kan mana mana pihak. tapi, kot ye pun lah nak sangat femes, nak sangat publisiti, jangan memalukan diri sendiri. contohnya, ada yang pakai makeup tebal. kalau lembu disolek macam tu pun, confirm orang tak kata itu lembu. orang mesti panggil dia madonna. haha. ada yang pakai baju mak oiiii.. kita yang perempuan ni tengok pun segan. terus confuse "ehh aku ni straight ke bi?" hahahaha. apa lagi kalau laki tengok? tak pepasal diorang lupa jati diri sbg manusia and jadi harimau. kasi terkam satu kali, apadahal, ye dak?


nak dilihat, nak melihat, terlihat dan sebagainya... biarlah kena pada tempat. jangan usha sangat lelaki perfect. sebab dah tentulah dia pun nak yang terbaik. kalau dah tahu muka tu standard standard tak lepas menang dewi remaja, takyah mimpi nak bf macam Awal Ashaari atau Aaron Aziz. sedangkan aku pun minat syamsul yusof dari jauh je. hahaha. minat tu lain dengan obsesi ye. jangan salah sangka. okay tu je nak mencarut. bontot aku dah kebas. ops maap. punggung. "tampaq pungkoq" bak kata orang utara. haha. buh bye. :D


p/s : minta maaf sebab lama tak update. and update pun mengarut je. haha. siapa kecewa dengan entry ni, komen TEPUK DAHI besar besar. meh aku tepuk dahi kau. ingat senang nak mengarang sekarang ni? lama dah aku tak belajar penulisan tau. tak puas hati meh sini aku rodok perut. hiew hiew