Friday, July 29, 2011

BRANDED



malas nak buat mukadimah, kita terus ke topik utama


aku menyampah tengok muka promoter branded shop. (jangan tanya brand apa. aku taknak kena saman. hahaha.) sebab apa? sebab kebanyakan mereka (bukan semua) akan jeling orang semacam. walaupun mereka tak suarakan, akan tetapi kita yang dah dewasa ni tak cukup bodoh untuk anggap itu hanya pandangan biasa. jelingan hujung mata yang bermaksud "kalau takde duit blah" atau "kau sepahkan baju, aku kerjakan kau" sangat mengguris hati dan menambah perasaan bebulu serta merta membuat kami mengangkat kaki dari kedai anda.

saya tahu anda suka saya berambus supaya anda tak perlu kemas kan? oleh kerana itu saya pedulikan jelingan anda. saya kirai kirai baju baju itu depan mata anda. lagi anda jeling lagi saya kirai dengan meriah. saya sengaja cebik cebik bibir dan gelakkan design baju tu. kadang kadang saya tambah HAHA untuk memeriahkan suasana. pedih tak pedih tak? hihihihih. padan muka. siapa suruh jeling orang.


bajet bagus betul. kaki nak kaki? padahal promoter jeee. pasal tu kalau masuk kedai branded, kena buat muka berlagak sikit. lagi kerek lagi afdal orang kata. kalau dapat menyamar orang tua lagi bagus. sebab diorang ni tak respect remaja. diorang punya muka sama erti dengan "pukullah saya". kasi tunjal dahi baru tahu. lama dah nak cakap pasal orang orang yang kerek ni. aku customer, kau promoter. tu, pergi cermin diri kau dengan uniform kat fitting room sana. :D HAHAHA


*sekian entry bengang. ini bukan semua eh. SEBILANGAN.*



p/s ; tadi wa pigi Isetan Klcc cari dreambag gua, tak ada. pergi pavi pulak, tak ada. promoter tu cakap Lot10 punya pun takda. padahal dia waktau lebih. taknak mengalah. gua pergi lot10, ada. LEGAAA. rasa macam nak joget dari 4th floor sampai ground floor. gelek inul pun takdehal, happy punya pasal. hihihi. biasalah, orang dah gaji memang suka lupa diri. so mission accomplished lah kira sebab wa dah shopping benda dalam wishlist. terima kaseyy :p

promoter kerek tu bukan brand ni. kalau tak, takkan aku beli, kan?
mesti aku pijak pijak je. hahaha. bag dia dalam tuuu. putih ni bungkusan je.
muka happy jumpa dreambag. pipi terkeluar pun takdehalll.

Tuesday, July 26, 2011

Aku dan Baju Kurung

contest Aku dan Baju Kurung ni aku usha dari blog si Aida. dulu dia ada tag aku untuk masuk contest muka ayu tanpa makeup. sebab sadar muka ini tak ayu, aku tak masuk ah. hahaha.


ini dia muka si penganjur, Deeya.


hah ni je gambar pakai baju kurung yang senonoh sikit. aku tak banyak gambar sorang. berdua bertiga ada laa. gambar ni pun time raya tahun bila tah. tu pasal muka muda sikit. haha


aku rasa gambar ni cun sebab dalam gambar tu ada aku.
(sukahati akulah nak cakap apa, blog aku.) :D kihkihkih


sekarang aku tag semua followers aku.
siapa nak join, join lah kau. haha


p/s ; deeya, kau bagi jelah aku menang. dah berapa hari kredit aku kering kontang ni. kesian tau handphone aku. HAHAHA

Thursday, July 21, 2011

mata letak kat bontot


jangan tanya kenapa aku dah lama tak update. sebab aku tahu tak ada siapa kisah melainkan orang itu memang peminat blog ini, yang tentunya takde akal, bakal gila atau buta huruf secara amnya.


ramai orang especially kaum lelaki lelaki kaberet, yang mengaku gatal adalah naluri semulajadi dan menjadikan hormone sebagai alasan suka usha bontot wanita. lucky me, seorang jejaka yang merenung bontot aku membantu aku. jangan ingat aku suka dia usha bontot aku.

tapi... hal ini adalah kerana, tadi aku makan ngan member aku. aku letak notebook aku atas tray. kemudian kerana teruja nak pergi beli Cup-Bon Mocha, yang ada benda bulat hitam geli geli pejal pejal tu... aku rasa aku telah terbuang note book aku. yang secara lahiriahnya atas tray makanan aku td.

aku pun menggelabah la, menghayati watak pengemis lalu menyelongkar tong sampah dekat fast food tu dengan jayanya. carilah notebook bagai nak rak, kecewa sebab tak jumpa. :( kemudian seorang jejaka menegur

"yang kat bontot tu apa" kat bontot? aku usha bontot aku.

"bontotlah."

kemudian dia tenung tajam bontot aku. homaigod. bergetar dado den! haha


aku cuba mencari punca, kemudian... hihik. ternampak pen dan notebook dekat poket kat bontot tu. terus aku menjerit dengan nyaring dan merdu. bangang nak mati, macam manalah boleh tak perasan notebook aku kat situ. time aku kenc tadi, kenapa aku tk perasan? muahaha. terasa bodoh tambah bangang secukup rasa. okay, itu je nak cerita, haha. nak marah pehal. blog aku, sukati akulah nak tulis apa. haha

satu lagi mata letak kat bontot, dah lama aku tak bukak blog ni. tetiba bukak je, followers dah naik. padahal aku tak update haram jadah. apa lagi nak balas kunjungan. boleh blah ah nak baca cerita bodoh seperti

"harini i makan nasi lemak. rasanya lemak lemak. ehh naik lemak i"

tak kurang juga pengakuan si cicak cicak kobeng diluar tentang makan banyak pun tak gemuk, bangga ke tu? tak normal okay. orang normal, makan banyak jadi gemuk. makan sikit maknanya pura pura diet depan orang. dekat rumah selongkar periuk. HAHAHHA. jelek jelek -,-

terharu ada jugak orang nak follow and walaupun tak ribu ribu, juta juta cam awak, saya pedulik hape. saya tak gila glemer. orang je ingat saya artis. HAHAHAHA. (plaim) itu jelah. terima kasih kepada yang setia membaca, walaupun sebagai silent reader, stalker, hater, or secret admire. ( AUWWWW panjang panjang) ><