Monday, June 27, 2011

trend and sickness

im not going to write a post on health.
tapi.. penyakit orang zaman sekarang yang pelik pelik, yang makin tak paham bahasa dan kurang kesedaran sivik sebab kelas sivik lebih sinonim dengan kelas tidur.

  1. allergic dengan english - beberapa masyarakat kolot yang tahu nak mengutuk orang je. kalau kawan dia speaking sikit mulalah nak kata orang tu makan belacan tapi lidah nak ikut bahasa penjajah. what the heck? ni zaman millenium okay. english is the universal language. sedangkan Usop Wilcha pun dah kata "itulah pentingnya english education~"


  2. tak paham maksud stalker - dahh sudahh! golongan ni memang ramai. kau tahu tak stalker tu maksudnya pengintip. ini tidak, dah nama pun kau blogging, pastu bila orang baca blog kau tapi tak komen, dah kau nak cop stalker. apakah? kau yang approve tah anak siapa siapa kat facebook, bila dia tengok gambar kau, dia usha wallposts kau, kena lagi stalker? semua orang pun kau nak cop stalker, nak buat macam mana, kau hot kan???


  3. dengki mendengki - ini trend paling masyukk zaman sekarang. orang dah kurus kau kata hisap dadah, orang dapat masuk UM kau kata bapak dia ada cable. sedangkan orang join contest pun kau kata dia jaja muka. orang letak gambar kat blog kau kata semak, bajet cantik. ehh muka dia, lantak dialah kalau dia rasa muka dia lawa ke hidung dia penyek ke. kau dengki ke muka kau banyak lubang golf, malu nak tunjuk?


  4. menyibuk hal orang - kenapa kau kisah perempuan tu ada boyfriend ke tak, padahal kau pun sama perempuan. lesbian ke? rasa puashati ke bila dapat tahu boyfriend dia tak sehensem boyfriend korang? kenapa sibuk nak tahu anak si Bedah ngan anak si Kiah SPM berapa A sedangkan anak korang pun masuk kelas pemulihan.


  5. perasan tak, orang sekarang suka cakap macam ni. "satu je aku nak cakap ngan kau, jangan sibuk life aku lagi. pastu aku tknak kawan ngan kau dah. pastu aku benci kau. pastu blabla". kata nak cakap satu je? tapi banyak pulak dia cakap. haha.


  6. dunia dunia dunia... semua tuding menuding. pelajar pukul cikgu.. pelajar tu dikata macam setan. cuba siasat kenapa dia pukul cikgu tu? mungkin cikgu tu sentuh pasal mak bapak dia. dan mak bapak pulak. cikgu pukul anak dia, dia nak bergusti dengan cikgu. padahal anak dia yang perangai haram jadah.


  7. siapa kata lelaki handsome untuk perempuan cantik je? sekarang bersepah la aweks cun gila. boyfriend nya muka macam lelaki lapan kali kena simbah acid. alaa orang kat rupa tak penting, yang penting poket. ehh ehh! yang penting hati. hihi.


  8. trend sekarang - ampu mengampu menjadi pilihan. walaupun muka member tu macam biawak nak bersalin, tak apa. puji je sebab dia dah puji gambar aku cantik kannn. comment je lawaaaaaaa panjang panjang sambil tutup mata.


  9. muka dah hensem, baju dah stylo. body jangan cerita, gagah perkasa. tapi.... duduk kat tempat orang kurang upaya dalam lrt. buat buat muka seposen, pura pura tak reti bezakan orang tua dengan orang orang muda. serta merta nilai kau untuk jadi bakal suami aku dipandang begitu enteng sekali. hamboih.


  10. bodoh tak bertempat. - bila orang kata bodoh, marah. tapi pergi sekolah taknak. kalau pergi pun nak tunjuk samseng. taknak belajar sebab rasa lagi seronok kalau kerja kan dapat duit. tak fikir masa depan langsung. dengan standard spm je sejauh mana kau boleh pergi? konon mak bapak dah ada business. pergi la study business. apa, kau ingat tak payah la belajar strategi perniagaan ni semua? cuba la berwawasan sikit.


  11. "i am not racist okay" tapi... bila orang silap cakap mulalah kau nak kata dia keling, mulalah nak kutuk cina kuat menipu, cina mata sepet buta, india bau hancing, cina bau hamis. melayu bodoh, melayu malas? cantik sikit! perangai ni semua depends on individual okay. jangan nak stereotype orang suka hati mak bapak kau je.


  12. satu lagiiiiii! pasal stereotype jugak. eee aku pantang betul orang cakap "budak kl jahat". budak kl social. kalau perangai tak senonoh sikit, budak kl lah tu. ecemakk. bestnya mulut... malaslah nak cakap negeri mana yang banyak kes pengguguran bayi. yang banyak rempit. diorang cuma bernasib baik je takde road block sebab rempit dalam kebun getah. ahahha


    itu jelah yang dapat aku muntahkan kali ni. naik muak aku tengok perangai dan pemikiran orang sekarang. mencik mencik! panjang pulak entry ni. orang tengah marah kan... :)

Saturday, June 25, 2011

lelaki boleh, perempuan boleh blah


kecik kecik dulu memang aku ingat aku seorang lelaki. sampaikan pergi event pun aku taknak pakai gown. aku nak pakai kemeja ngan bow tie. macam abang aku. lagipun sampai sekolah menengah orang suruh aku beratur kat barisan lelaki. pasal tu aku suka tengok cermin. bagi yakin sikit aku ni perempuan. haa. harini wa nak kasi tau lu orang apa yang lelaki boleh tapi perempuan tak boleh buat. kepada yang tak berjantina, APA PUN TAK BOLEH !

  1. HISAP ROKOK
    kalau lelaki buat - "eleh common la lelaki smoking. kau jadi gf dia nanti kau suruh la dia berhenti. "
    kalau perempuan buat - "kau hisap rokok nak jadi apa? jadi sundal?"


  2. MAIN BOLA DAN CARI KAWAN
    kalau lelaki - lelaki boleh main bila bila masa je. kalau nak main, turun je court. pastu cakap nak join.
    kalau perempuan - "ehh aku kenal kau ke? nak main sama sama pulak. tetiba je. dah la pakai seluar sedut. nampak cam lembik je pompuan ni taknak lah main sama" dan perempuan tak boleh main bola, siapa kalah bukak baju. haram jadah. pasal ni memang aku fail la dan trauma join budak lelaki main.


  3. KENTUT DEPAN KEKASIH
    kalau lelaki buat - kira style habis le tu. tak hipokrit depan girlpren la orang kata.
    kalau perempuan - sah! confirm! mati hidup balik pun takde orang nak jadi boyfriend kau!


  4. CAKAP LUCAH
    kalau lelaki - "bukan I gatal.. tapi dah memang naluri kami sebagai lelaki. heheee"
    kalau perempuan - "apasal kau ni lucah sangat ni? sangap ke apa?"


  5. KELUAR MALAM
    kalau lelaki - "alaa. nama pun lelaki. aku kalau tak balik pun mak aku tak kisah. baru jantan. lelaki tak keluar malam? anak mak lah kau."
    kalau perempuan - "wuyoo soSIAL gila kau ni. keluar malam, pergi shisha pulak tu. bapak kau tak marah?"


  6. BUAT SKILL POWER TIME MAIN BOLA
    kalau lelaki - "biasa dah tahan guna dada. dada i kan tough ?"
    kalau perempuan - "wooo. tahan guna dada siott. kau ni alien ke?" (tu yang malas aku nak tunjuk skill tu. hishh)



  7. BELA BULU KAKI
    kalau lelaki - "babe, bulu kaki you menawan doh. nampak jantan gila. aww GRR"
    kalau perempuan - "kau ni species apa ni? dah macam hutan amazon dah aku tengok bulu kaki kau. shave la gila. tak pasal pasal orang ingat kau maknyah nanti."


  8. KAKI GAME
    kalau lelaki - "biasalah.. jiwa lelaki dengan game memang tak dapat nak dipisahkan."
    kalau perempuan - "kau ni asyik game je.. loser gila kau. pergi belajar masak lagi bagus!"


  9. JADI WALI
    perempuan sah sah lah tak boleh jadi wali. so.. kepada lelaki lelaki di luar sana janganlah gatal nak tindik telinga macam wanita. nanti tak boleh jadi wali kepada anak anak awak. style tak kemana okay.


  10. KAHWIN LEBIH DARI SATU
    kalau lelaki - "nak buat macam mana, dah mampu. saya ikut sunnah nabi je"
    kalau perempuan - nak mati? kumpul lah boyfriend banyak mana pun.. boleh kahwin sorang je. so cobalah untuk setia ye. hahaha

    cewah bella konon mengaku jantan, panas pun tak tahan.
    pondanlah kau wei! haha

p/s ; maaf ye kalau ada menyentuh sensitiviti mana mana pihak. and by the way. aku dah sedar yang aku dilahirkan seorang wanita. comel pulak tu! haha. xD tak puas hati pegi mati.

Thursday, June 16, 2011

shitty shit


I woke up with a fever this morning and I felt so sick. I just stayed in bed until it was approaching noon. Okay, maybe in the evening? teehee. I lost my appetite. Even though it is may close to impossible, but I’m not joking. It is dinner time right now but honestly I don’t feel like eating anything at all. I have a futsal match this sunday. and tonight, I skip our friendly match because of my health condition. feels heavy and moody. shit shit and shit. dont talk to me. im not in mood to hear your babbling. im going to sleep. buh-bye.
cough cough. pray for me, will you?

Sunday, June 12, 2011

PEREMPUAN TAK PERNAH KENTUT

apahal kurang asam sangat entry aku kali ni? hehe.
perempuan tak pernah kentut? kenapa? sebab perempuan
kan comel, ayu, kalau kentut tak ada orang nak masuk meminang!
BAHAYA! ini soal masa depan!


ellehh.. kencing la weh perempuan tak kentut. habis tu korang bahasakan dia apa selain kentut? proses menyah-gas dari bakteri dalam perut? yang bunyinya terhasil sebab VIBRATION at ANUS? jangan skema sangat. lempang karang. Obama pun tahu kentut tu apa. (penipu). mari kita kontotkan cerita. tadi aku borak dengan sorang brader ni. aku kata nak kentut. dia pun gelak je. sebabnya aku cakap perempuan tak pernah kentut. habis tu angin keluar kat mana? kalau bukan keluar sebagai sendawa ala ala biawak "BURGGHHPPP", angin perempuan naik ke kepala. pasal tu jadi kepala angin. (padahal cakap diri sendiri ceycey)



kami teruskan perbualan yang berkisar tentang kentut masing masing. aku klasifikasikan kentut aku sebagai "put" iaitu kentut malu malu tapi mahu. AMBOIR? (hai zubir!) kentut seterusnya bukan calang calang orang boleh buat. kentut yang mempunyai bunyi yang hebat, aku memang kagum.

TETAPI ada satu kentut yang paling celaka, iaitu kentut yang senyap tapi bau dia boleh melumpuhkan seangkatan tentera israel. macam telur tembelang kau tauuu! KEJAM. sadis! tidak berhati perut betul pemilik kentut ini. sepatutnya ada alat yg boleh bagi amaran sebelum dia nak kentut sebab antara hidu kentut tu dengan methane, aku rela hidu methane. :D


sekian sahaja episod kita kali ini. sekadar berkongsi, apahal nak malu mengaku kentut? semua orang kentut. kecualilah kau takde bontot. ops! punggung. i sopan sikit ya. :D


[cara untuk kentut tanpa dikesan, sambil stretching PUN BOLEH]



p/s ; tengoklah video nigahiga (off the pill, FART). terbaik. gua tak ciplak eh. gua cerita apa gua borak je on the phone. :p

FIN

Wednesday, June 8, 2011

jom cop lelaki

perempuan zaman sekarang. ish ishh. (hanya gambar hiasan)


haaa... kawan kawan, sesiapa yang berumur 18 dan ke atas, korang dah ada boyfriend? atau abang sayang? atau boy? atau scandal? atau teman tapi mesra? at least orang yang admire korang sekarang? paling busuk pun sorang? kalau takde, baik korang rasa risau sekarang!

haa nak tahu kenapa? sebabnya, masa aku dekat matrics dulu... sorang kawan aku pernah kata macam ni,

"kau dah ada boyfriend? kalau belum baik kau cop sorang lelaki kat matrics ni. sebab, orang kata lelaki kan makin pupus. lelaki yang baik, lagi lah.. berapa kerat je ada."

"kenapa kat matrics? kan ramai lelaki kat Malaysia ni"

"sini senang nak cari. lelaki kat kolej kita baik baik." kata dia

"alah, aku target nak cari time degree nanti. baru matang sikit"

"aaa itulah kau tak tau. kalau masuk degree nanti, semua lelaki baik dah berpunya."

salah satu punca lelaki makin pupus
sebab lelaki dah tak suka perempuan


terdiam aku time tu. ehh betul jugak kan. cuak jugak aku, takut fail cari jodoh. ada orang kata, jagalah market. nanti kat U ramai lagi lelaki berkualiti. tapi... taknak aku end up jadi andartu sebab jual mahal sangat masa muda. lainlah orang hot kan, pergi mana mana pun ada je peminat. tak payah takut tak ada orang nak.


gua ada tujuh. pahal? tak puas hati? kawan je.


dulu kat kolej, ratio perempuan dengan lelaki macam 2 : 1 atau lebih. sebab perempuan je ada 10 blok. lelaki ada 5 je. dalam satu praktikum (class/kumpulan kecil) perempuan ada 18, lelaki ada 6. so sorang lelaki boleh pilih 3 perempuan. hahaa. budak lelaki pun rilekk je. takdehal lah. kalau sorang perempuan reject, ek eleh. berlambak lagila yang cun, yang baik. nak yang bertudung, yang tak bertudung, yang pakai shawl zebra, semua ada. ahaha. lelaki pulak, muka tak seberapa janji pandai ayat, bijak, stylo sikit, ehh mesti nama anda naik di kluster perempuan.

kalau ada sorang minah yang bajet hot, nak kawan dengan ramai lelaki, haaa. ini mesti menjadi musuh di hati perempuan lain. sebab kononnya, jangan conquer sorang. kan ramai perempuan kat situ. aku dah lali dah kena gosip kena kutuk. :D gua kawan je okayyy. lu orang nak lelaki lelaki tu, hambikkk. cewah.

haa ciri ciri lelaki berkualiti adalah lelaki yang - baik, berpelajaran, baik rupa, beriman

cewahh. lelaki idaman semua perempuan tu. tapi, nak cari yang bagus pun, cermin diri sendiri dulu. :D nak yang handsome, sendiri pun muka macam lempeng. nak yang beriman, sendiri pun pakai baju macam pinjam baju teddy bear. kehkeh.

so.. samada korang nak guna nasihat kawan aku tu atau tak, terpulanglah. sebab bagi aku, buat apa nak kecoh kecoh. kita kan muda lagi. kalau ada jodoh, adalah, kan? lagipun, apa kejadah kita nak cop lelaki kalau lelaki tu tak minat kita? nak jadi pergii cari timba? cehh -_____-


dah la, mengantuk layan korang. chow dulu laa. :p

FIN

Wednesday, June 1, 2011

KAU CHILL SIKIT BOLEH TAK


"weh mana pencilbox aku doh! alaaa mana ni! kuliah aku lagi 10 minit weh!"

"wehh mana ni. alaaa mana ni. alaaa. uhuu~" bernada cemas


seorang gadis memekik di bilik, berlari kehulu hilir tanpa arah tuju. menyelongkar segala apa yang boleh diselongkar dengan rakus. kemudian mengeluh beberapa kali dan kadang merengek. mengganggu ketenteraman roommate beliau yang sedang memakai liquid eyeliner dengan penuh berhati hati bagi seimbang tajamnya kanan dan kiri mata.

jika ini berulang, nescaya aku akan cocok mata gadis itu dengan eyeliner aku!
aku lantas memberikan pandangan tajam dan menyirap.


"kau chill sikit boleh tak??!!!!!!!!!!!!!!!"


tahap kesabaranku memuncak. amarahku makin menggila lebih-lebih lagi apabila eyeliner kini telah comot dan rupaku tak ubah macam badut gila.

dengan garis mata separa dengan kening, aku menuju ke arah gadis itu. bergerak ke mejanya. membuka laci, kemudian menutupnya kembali. membuka beg nya, menutup kembali. kemudian aku menoleh ke katilnya. mengangkat tilam, lalu aku ternampak pencilbox berwarna PINK beliau. aku hulurkan.





senyap.





"weh thanks weh. aku gelabah do tadi. thanksss" sambil berlari keluar beliau tuturkan.

___________________________________________

haa cuba la cari cincin hilang dalam tongkang tu. ada bran?
ni time aku berkemas nak blah dari matrik.



itu situasi pertama yang dapat kita gambarkan. okay serious aku menyirap betul dengan orang yang cepat gelabah plus bising je mulut dia nih. aku susah sikit nak adapt and aku tak boleh terima kadang kadang dengan orang yang perfectionist. apa persamaan diorang? gelabah.

cuba kau fikir, kalau kau hilang barang, kalau kau jerit jerit maki hamun, kau rasa pencilbox kau tu rasa cuak dan berlari balik ke pangkuan ke? TIDAK, bukan? jadi, apa kata take a deep breath, sit, and think. bila last korang guna barang tu. kalau tak jumpa, tak payah nak menangis. membazir air mata, okay. baik korang mintak je kawan korang pen. perempuan selalunya ada banyak koleksi pen. diorang tak boleh hidup gembira kalau kawan diorang punya pencilbox lebih kembung dan padat daripada diorang.

___________________________________________



serabut aje kerjanya, orang tengok pun menyampah



situasi kedua

"kau ni memang *****. jantan tak guna!! BAB* kau!!"

prang!!

itu dia. tepat ke dinding! balingan bergaya dari rakan kita yang frust bercinta dan terlampau ikutkan rasa amarahnya. 8/10 markah aku bagi sebab handphone dia dah pecah berkecai. lagi 2 markah tak dapat bagi sebab dinding tu tak pecah. nak kata vandalisme, tak boleh sebab dia tak rosakkan harta awam. dia rosakkan harta dia sendiri. tapiiiiiiiiii. bila hidung kembang dia dah kempis, dan bila dia dapat berfikir dengan waras, dia akan menyesal. sebab dah tak boleh nak tengok gambar akibat skrin handphone dah jadi warna warni. cantik gila. apa lagi, hantar kedai la kak. dan kemudian, gunalah handphone kawan untuk menerima pujuk rayu sang kekasih. :)


tarik nafas, chill. macam chibi maruko chan ni.



ketiganya, tak habis lagi nak kupas pasal perasaan takut lipas sampai melompat memeluk mana mana jantan yang muka macam komunis pun, hanya kerana tak dapat nak lawan ketakutan sendiri.

4. macam mana pulak dengan yang menangis ketakutan bila tahu bilik korang tu ada sejarah cerita hantu yang diceritakan oleh pakcik cafe dan juga 'professor serba tahu'.

5. tak kurang jugak dengan yang ikut sama menjerit bila hostel korang ada histeria. orang lain yang disampuk hantu, satu asrama ikut menjerit apa kehe? adakah korang turut serta menjiwai watak? pergi castinglah, untung sabut boleh jadi pelakon macam Maya Karin.


ada bintik sikit kat muka pun dah kecoh sekampung. :">


6. ada lagiiii... yang mengamuk sebab orang tak susun barang ikut abjad, atau tak 'jeng' (tegangkan bedsheet) katil betul betul sampai lambung syiling pun terpantul balik. ada yang sanggup duduk atas lantai semata mata taknak kedutkan katil.

chill la sikit brader. nak kemas, nak bagus, nak perfect, nak lepaskan perasaan, nak ekspresikan feeling, emotion semua takpayah gelabah sangat. belajar untuk chill sikit.


lek luu. sap kok luuu.


walaupun tak hisap rokok, tapi kot ye pun jangan over sangat.

tengok. gua patah kaki pun rilek je. apadahal?


p/s : aku pun menggelabah jugak. aku taknak keluar bilik atau rumah kalau baju aku tak bergosok. walaupun sekadar nak pergi lepak maplay, pergi koko ke, malah turun cafe sekalipun. aku akan gosok baju. chill, chill jugak. image kena jaga beb. tapi bella, chill sikit. tak mati pun kalau seluar tracksuit kau kedut sikit. HAHAHA :D