Friday, May 27, 2011

SUNSHINE SMILE CONTEST


first of all, thanks to Marya Hana for tagging me to join this contest.
disebabkan tak tahan tengok hadiah dia yang gempak, and menyahut cabaran untuk beat si kakak, maka saya juga join contest ini. tak susah nak join, just bukak mulut lebar ala ala nak muntahkan semua gigi, kedutkan sikit hujung mata, gerakkan kesemua 17 muscles to smile, then snap picture. siap sudah perjudian ini. kerana mempertaruh gambar sambil menunggu keputusan dengan peluh dan perasaan nak tercirit semua merupakan satu perjudian. memperjudikan nasib!


*******************************************************

Seperti yang dijanjikan, SUNSHINE SMILE CONTEST akan bermula pada 22 Mei, 2011. HADIAH UTAMA BERUPA POLAROID INSTAX MINI 7S beserta INSTAX MINI FILM yang bernilai RM600.

CONTEST APE NI?
Sunshine smile contest ini adalah contest SENYUMAN PALING CERIA. Apa yang anda perlu lakukan untuk join contest ini hanyalah baca dan ikut syarat-syarat yang tertera dibawah. Contest bermula pada 22 Mei 2011 dan tamat pada 1 Julai 2011. Keputusan akan diumumkan pada bulan July 2011

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
1. Sila follow kedua-dua penaja di link berikut:
http://mynameismyname-ashraf.blogspot.com/
http://aarrghitsme.blogspot.com/
2. Copy dan post entry ini di blog anda dan attach gambar (SATU GAMBAR SAHAJA. GAMBAR ANDA YANG SEDANG SENYUM)yang ingin dipertandingkan.
3. Senyuman mesti CERIA!! Ikhlas atau tak ikhlas belakang cerita..
4. Sediakan ENTRY khas contest ni dan link kan kepada saya di comment box entry ni:
http://mynameismyname-ashraf.blogspot.com/2011/05/sunshine-smile-contest-starts-now.html
5. AJAK minimum 3 orang rakan anda untuk join contest ni dan tag entry khas mereka di bawah gambar anda
(kalau rakan follower sikit, boleh dikecualikan)

6. Untuk keselamatan jika blogger.com buat hal, sila link kan entry khas contest anda di:
http://www.facebook.com/pages/Sunshine-Smile-Contest/211819135518018?sk=wall


*************************************************************

dan.. ini adalah gambar yang gua nak pertaruhkan.



gua pertaruhkan Ashraf Jalil !
haha. okay tipuu je. ni dia encik penganjur punya senyuman. :)



inilah gambar yang gua pertaruhkan.

aku takde reason bagus untuk senyuman ni.
aku malas la nak tipu aku baru lepas kena ekor ke apa.
senang cerita aku senyum sampai nampak wrinkles ni
sebab Encik Ashraf Jalil. wahh gatal kau , Bella!
haha takdelah. senyum untuk contest ni la. :D



so aku tag


haa ambik kau. AAA, tiga rakan yang aku rasa nak tag. ;D


sekian, haraplah jodoh aku dengan POLAROID tu. :D
awak, tolong doakan saya depan kaabah ye. haha

Monday, May 23, 2011

sangat TAK COOL babe

okay, im not a trendsetter, not a perfect person as well.
sekadar pengkritik bebas yang ada mata dan ada akal untuk memberi pendapat.
this is for all the girls out there, 10 things that is sangat TAK COOL.
ready? okay, GO!


1. overdone makeup

kesiannya jadi perempuan.. kita punyalah ambil masa dekat sejam sebelum pergi class or dating untuk bersiap. punyalah menyental segala jenis cream, foundation, bedak asas, bedak tak asas, haa bedak kurang berasas,semua kita sental hanya untuk nampak cantik. dengan eyeshadow bukan main meriah warna, blusher buat pipi dah tersembol keluar, dengan eyeliner tajam hujung macam opera singer. awak rasa awak cantik ke pakai makeup tebal tebal? bak kata orang putih, less is more. kebanyakan orang lebih menghargai natural beauty :) makeup sampai muka dah jadi macam topeng, sangat TAK COOL babe. buang masa je makeup tebal, kau ingat orang pandang kau?


2. tracksuit cerut dengan kasut ketak ketuk.

haaa.. korang tau tak tracksuit cerut? kasut ketak ketuk? kalau taktau meh i cerita. aku selalu tengok perempuan pakai tracksuit. lagi lagi kat kolej atau sekolah. sebab jeans diharamkan. dan mereka taktau kewujudan corduroy and cargo pants. tapi.. tracksuit pilihan mereka adalah yang bercerut di bawah. OMG. sangat TAK COOL babe. itu takpe lagi, dipadankan pulak dengan kasut ketak ketuk yang macam standard makcik makcik umur 45 and above pakai. satu lagi, aku cukup tak suka tengok perempuan pakai selipar tinggi. it is sooo not in fashion dah cik adik. lagi lagi dengan tracksuit? buat susah je jalan terjongket jongket macam kuda tonggek. keselesaan lagi penting kan?


1-makeup, amboi?
2- tudung bawal lagi cantik kan? elleh
3 - melalak je kerja, boring aku
4- seluar cerut & kasut ketak ketuk
5- smoking eh bukan shisha



3. smoking

hahaha. smoking ye, baybeh. kalau kita smoking, apa kita dapat? lelaki yang smoking pun bukan suka perempuan smoking. sebabnya nampak tidak sopan plus hilang keayuan perempuan tu. ceyy cakap orang. :"> para lelaki juga bersetuju bahawasanya merokok dan shisha adalah dua perkara berbeza sebab shisha tarafnya rendah sikit. so whoever thinks that smoking is hot, well you should think again. sebab merokok merosakkan paru paru, menambahkan bilangan jerawat dan merosakkan personality adalah sangat TAK COOL babe.


4. tak ada cermin kat rumah

jangan keliru. perkara yang tak cool bukan tak ada cermin tapi sebaliknya tidak bercermin. semua perempuan i bet mesti ada dan suka tengok cermin. tak bercermin tu, contohnya, pakai apa je ikut suka hati. konon konon ikut trend tapi tak sedor rupa awak tu macam mana. zaman sekarang perempuan bertudung pakai bukan main banyak fashion, tapi padankan jugak dengan muka. tudung express yang orang suka tu, kalau muka lawa pakai takpe. cantik, nampak kemas. tapi kalau muka dah bulat, pakai lagi tudung tu, lelaki panggil korang "donut" kalau nak tau. shawl pun sama. ikut jugak laa, sesuai ngan muka atau kureng. kalau dah sedar peha gemok macam sumo, jangan gatal pakai skinny atau legging. kalau tak, orang sekeliling pun tak sanggup nak tengok sebab benda tu memang sangat TAK COOL babe.


5. sexayyyy

lelaki memang gatal. tak dapat nak deny lagi. tapiiiii... bukan semua lelaki suka tengok perempuan sexy. kalau sexy sikit takpelah. ini pakai baju tak cukup kain sampaikan seluar dah ala ala spender, nak tunjuk kat siapa babe? ke nak tiru superman pakai spender kat luar? haha. perempuan janganlah social sangat. walaupun gua agak social, tapi ada beberapa perkara cukup gua jaga. nak minum benda mabuk mabuk buat apa kalau Vanilla Coke dah cukup AWESOME? nak peluk semua lelaki buat apa kalau mak korang pun korang tak peluk? okay. aku dah teremosi. ini bukan subject pendidikan islam dan moral ye. maaf. walaupun aku freehair, tapi aku rasa tak pernah lagi aku pakai sexy gila babs. sangat TAK COOL babe.


6. narrow minded

"apalah benda ni pun nak kecoh. kampung betul!"sorry ye. aku bukan maksudkan orang kampung. cuma pemikiran sempit kita relatekan dengan typical malay yang kekampungan. benda kecik nak kecoh lebih. ek eleh tak open minded langsung. kenapa korang suka ambik tau
pasal orang padahal orang tu takde usik bontot lu orang pun. aku pernah kena masa kat kolej. padahal haram habuk pun aku tak kenal orang lain kecuali yang bertegur sapa and roommate aku. tapi.. sampaikan kawan kuliah, kawan sekolah lama, kawan satu blok dengan roommate aku pun busy body. apa nak buat. diorang sibuk tanya

" bella tu dulu kat sekolah pandai tak? "

" bella tu ada boyfriend tak? handsome tak? "

" bella, pasal kau kuat mencarut, sampai CLUSTER C dah tau." padahal aku duduk cluster A.

" haa tu lah Bella, mix Jepun tu. " sumpah kelakar. sejak bila weh?

aku rasa tak ada faedah pun kalau korang tau pasal aku. tak menarik pun. and one more thing, tak semestinya kalau perempuan tu kawan ngan ramai lelaki, dia tu social. ini orang speaking sikit dah kena label 'minah perasan mat saleh'. adoii. takkan jalan berdua dengan lelaki dah kena label couple? sangat TAK COOL la babe pemikiran lu.


7. emo

aku paling menyampah orang yang kepala angin. kejap okay, kejap tak. tak tau bila nak tegur dia doh. tadi elok bergelak ketawa ngan kita, tetiba je dah senyap tarik muka. kau apahal wehhh? aku tarik rambut kau baru tau. kalau angin gila kau datang, at least bagi la amaran kecemasan kat kawan kawan. ikutkan sangat kepala kau tu, baguslah. nanti lagi menyampah orang nak kawan. chill sudah, jangan nak kerut sangat sebab perangai busuk tu memang sangat TAK COOL babe.


8. lembik/ penakut / too dependent

bencinyaaaa dengan perempuan lembik. okay, kau takut hantu? aku pun cuak! kau takut kucing? aku pun geli dengan kucing tak mandi. tapii... janganlah sampai menangis, menunjukkan sangat kelemahan diri. sampai bila kau taknak overcome takut kau? aku pun takut gila ngan lipas. be positive, fikir je binatang tu takkan pergi pada kita. okay, satu lagi dont be too dependent. belajar sikit berdikari, bella. HOK ALOH. apahal aku pulak yang kena? aku dah tau gosok baju okay walaupun tangan melecur. :D berdikarilah. tak payahlah orang jerit makan ubat baru nak makan. sendiri sakit, sendiri cure la. tak payah orang tolong buang belalang yang hinggap kat bahu. tak payah menangis mintak orang protect kalau kena nganjing ngan lelaki kurang ajar. MAKI HAMUN je diorang. insyaAllah diorang tak buat lagi. menangis tu sangat TAK COOL babe.


tengok aku gelak sampai tertonggeng

9. cover ayu doplohpatjam & hipokrit

tengah kawan lelaki kita buat lawak paling bodoh kelakar dalam sejarah, kita tengok kawan perempuan kita "hihihi.. kelakar la kau ni Jai.." sambil tutup mulut, kaki kepit, tangan letak atas peha. sedangkan kita ni punyalah gelak sampai tergolek jatuh kerusi. o.O kenapa kawan aku macam kena sampuk jin sopan? IMPOSSIBLE! padahal selalunya kentut bunyik motorboat. sendawa macam shrek. -.- bebulunyaaaaa dengan perempuan yang suka cover ni. tak malu ke jadi hipokrit? antara yahudi dengan orang hipokrit, aku lagi benci orang HIPOKRIT sebab dia boleh menjurus ke arah munafiq. BERDARAH telinga aku dengar dia kipas sana sini sebab nak disayangi. "wahh cantiknya kau harini Bedah. nampak berseri gila". padahal Bedah dah 80 kali pakai baju tu. mana serinya pun aku tak nampak. seram adalah sebab Bedah tu macam bigshow. sekali lagi aku menjadi orang busuk sebab tak suka kipas dan bersifat JUJUR. memang aku sangat TAK COOL babe pun.


10. mencarut

yeayy mencarut tangga terbawah. :') okay ni blog aku. suka hati aku lah nak rating nombor berapa. mencarut yang melibatkan benda lucah serious gua tak usik. and Alhamdulillah, aku dah kurang mencarut. azam tahun ni. hahaha. perempuan, kalau bercakap kasar dan perangai kurang sopan, wehh serious wehhh sangatlah TAK COOL babi. eh tersasul! sangat tak cool babe! jangan lupa manners yang mak ayah dah ajar. bukan orang kasar tak tahu manners dan bukan semua perempuan lembut tahu beradab. jangan kentut depan orang. jangan sendawa kuat. jangan kutuk kawan perempuan depan lelaki. jangan kata kawan dah gemok walhal memang dia dah gemok. jaga hati orang, jangan ikut sedap mulut je cakap. jangan kata orang gila kuasa kalau dah sah kau pemalas. :D


okay.. sekian.
niat di hati gua nak buat short post. tapi nak buat camana kalau
tangan ni gatal nak menaip je apa yang muncul di kepala.
maaf kalau ada yang terasa, serious gua tak tembak sape sape
gua cakap kepada umum. kalau tak setuju, lu orang tumbuklah dinding.
baru COOL
terima kasih :D

Saturday, May 21, 2011

lelaki jadi jadian

Afzal, best buddy dari zaman sekolah. :D


Okay, aku rasa kebanyakan orang sekeliling aku semua tau yang aku ni ramai kawan lelaki kan. mana taknya kalau dah setiap masa berkepit ngan budak lelaki je kan? haa. Ada ramai kawan lelaki, best ke??? One thing, kita memang akan nampak pelik sikit dari yang lain kalau kita berkepit dengan sekumpulan lelaki dan kita adalah satu satunya perempuan dalam group. First of all, mental kena power. Jangan cepat leleh. (walaupun aku ni kaki emo hehe) jangan risau, kritikan semua tu memang kita akan dapat. dah biasa dahh kena kutuk...


“eee bajetnyewwww minah tu. Konon hot chick la nak kawan ngan lelaki je?”

“weh kenapa perempuan tu taknak kawan ngan perempuan? Dia ada issue ke?”

“weyy playgirl sial bella tu”

“bella tu takde kawan perempuan ke?”


Izzamil, kawan baik di matrics.

Bila dengar benda benda macam ni.. gua senyummm je. Mula mula dulu adalah jugak rasa nak gusti budak budak yang suka sebarkan rumours tu. Tapi sebab dah banyak sangat mulut, so nak buat macam mana. Nak cakap apa pun, cakaplah. Gua tak marah, tapi gua harap lu orang ubahlah perception lu orang lepas tau benda betul and lepas kenal gua. ;D

Izzham, ni kawan aku yang mereng sikit


Okay.. kepada orang yang tak kenal siapa aku, memanglah korang kata aku gedik ngan jantan. Tapi sebenarnya, sebab aku ni kasar. Aku dari kecik rapat dengan abang aku sampai orang kata kitorang kembar. Ada sorang lelaki ni tny aku. Betul ke aku banyak adik beradik lelaki. Sebab orang kata bella ni senang masuk dengan lelaki sebab dia banyak abang. Hok aloh. Gua ada sorang abang je. Celah mana yang kau kata ramai? aku dulu kecik kecik rapat gila ngan Affan. main bola sama, mandi sama, main wrestling. elehh tipu la korang tak pernah gusti pakai spender je ngan abang korang. paling paling pun main tagteam lawan cousin. haha

ni kembar aku, Affan. abang aku.

Aku ni kecik kecik suka main bola. Aku sorang je perempuan selalunya kt court, tapi aku tk peduli sebab abang aku ngan jiran jiran aku semua okay. Semua orang panggil aku tomboy time aku kecik. Bila aku dah besar barulah aku pandai nak jadi perempuan sikit. Dulu… kalau aku pakai baju kurung pun orang dah berguling sakan. Sampai aku form 5, kalau ada extra class, kalau aku pakai kurung pergi sekolah, mesti budak budak gelak kaw kaw. BEST KE KORANG RASA? Haa fikirlah.

bukan aku tak cuba nak jadi perempuan sejati,
tapi.. pakai macam ni pun dah diorang kata macam maknyah.
mana tak tersentuh hati wanitaku. haha

hahaha gelak sikit :DDD


waktu zaman sekolah, aku tak ambik biology. sebab aku tak minat science. so aku ambiklah Rekacipta, tapi still in science stream. dalam kelas Rekacipta ni, semua lelaki kecuali aku. kemudiannya barulah Ezzah masuk lepas aku hasut. and sorang lagi perempuan sebab tak boleh bawak biology. so total ada 3 perempuan dalam kelas RC aku. haa, terbaek kan? nak tau lagi kenapa aku ramai kawan lelaki?


MENCARUT melepak merepek

kebanyakan lelaki kan mencarut.. and diorang memang taksub dengan kebolehan aku. haha. tapi jangan risau, aku dah bertaubat. dan InsyaAllah akan kurangkan. haha. bab bab melepak, aku memang suka lepak. tak kira ah lepak minum ke, layan cerita merepek bodoh pasal bola ke, isu semasa ke...

haa tengok. study pun, semeja ngan budak lelaki.


kalau lelaki kata diorang tak suka gossip, PUII. ludah sikit. go to hell la brader. jangan nak membongak la wei. lelaki pun suka gossip. tapi dia taktau yang benda tu gossip. haha. ;D
kalau tak, macam mana cerita boleh tersebar kat block lelaki? haaa. bukti dohh! korang pun kaki gossip. tapi bukan semua laa. haha.

disebabkan aku ramai gilo kawan lelaki.. kawan kawan aku takut aku ni takkan bertemu jodoh. lek luu bro. muda lagi. :D


FIN