Thursday, November 10, 2011

malam luar biasa


suatu malam yang dingin. selain mencarut dan mendoakan nyamuk nyamuk jadi babi, menahan kencing sebab malas nak pergi toilet, aku berbuat sesuatu yang berfaedah. beberapa kali juga aku mengerling pada telefon bimbit. namun makin aku pandang, makin aku sedar. tak ada siapa nak message aku. sambil tabahkan diri, aku tukar lagu yang aku dengar. kenapa la banyak sangat lagu sedih. padahal putus cinta baru berapa kali. ha ha ha. (pura pura gelak. celaka -,- )

nakal betul jam malam ni. tadi aku tengok baru pukul 12.00 am. pastu aku tengok dah pukul 3. lek lu.. anak anak setan pun tak puas main permainan malaikat kejar setan lagi. itupun main cop tinggal sorang. lenguh lah nak kejar sebab hantu lain suka main hilang hilang. tak fair betul. sekarang aku tengok balik jam dah pukul 5. macam sekali kelip masa jalan dua jam. kalau tiga puluh kali kelip? ehh terus menopause! hahaha. kejap lagi mak aku bangun konpem aku kena sekel.

bukan aku yang lukis. saja nak share. lawak la weh tiba tiba ada bulu kat pungkoq! haha.



tapi aku berani bet la.. mak aku mesti senyum je karang kalau aku buat buat busy. aku pun tak sabar nak balik U aku ni. nak tau sebab apa? sebab assignment aku dah siap! 24 drawings okay! jyeahhhh!!! rasa nak belanja semua orang coke je. minuman feveret kann... aku pun belek belek bajet drafter paling power abad ini. aku senyum senyum sambil puji diri sendiri dalam hati. tiba tiba sesuatu meragut semua kegembiraan aku.


"alamak, babi. aku lupa aku ada autocad kena buat."


-,-' aiseyman macam mana boleh lupa. tak jadilah nak belanja korang coke. k bye



p/s ; moral of the story, jangan selalu sangat sebut babi. nanti jadi pelupa. hiew hi... dah lah takde mood aku nak gelak comel. tension! tension!


21 comments:

Ivo Serentha and Friends said...

My compliments for your blog and pictures included,I invite you in my photoblog "photosphera".

CLICK PHOTOSPHERA

Greetings from Italy

Marlow

UniMeOw said...

terbaekkkk punya moral!haha~

Syazwan Che Deraman said...

aku nak coke jugak!

Alip Apai said...

lek lu, lek lu. ahad ni nak balik kerja aku x siap g. mlm nak hantar la baru buat.

hahahaha:)

pepol said...

hahha,sebut babi jadi pelupa ek?hahaha

bella lim said...

Ivo Serentha ; okay thankyou

bella lim said...

unimeow ; dah tentulah... hahaha

bella lim said...

syazwan ; okay boleh. tolong siapkan autocad aku! hahaha

bella lim said...

alip apai ; aaa haah. kalau macam tu alamatnya terkangkang kangkang la aku nak siapkan.

bella lim said...

pepol ; betuuull. ini perkara serius!

H said...

Tak elok tahan kencing, dahi cepat berkedut.

BLADE EDGE said...

hahaha... ada bulu kat pungkoq? tgk gmbr tu kan kat ekor :-D

♥ Zahira ♥ said...

bella, plis jgn doakan nyamuk jd babi..nanti nak tepuk kena samak..hahahah

bella lim said...

H ; hahaha yeke? ok thanks for the info

blade ; bulu kt pungkoq tu nama dia ekor la.. tp lawak oh,. haha

zahira ; HAHAHA. logic gak tuuu

Asy Faro said...

bella bella bella

sebut khinzir pulak!!

bella lim said...

bunyi khinzir tak comel macam babi. haha

AdibahAzman said...

hahahaha. selalu gelak kalau baca blog ni.

bella lim said...

adibah ; iyee? ha baguslah kalau camtu. :D

aishah.zawani said...

autocadd yg menyusahkan. :'( best of luck. aku ni asyik copy dari mmb je doe. :P

nub said...

demm aku lemah gila autocad. dan tak terhengen nak menguatkan diri dalam bab ni. haha

Hati Hensem said...

baru nak menuntut coke tersebut