Monday, June 27, 2011

trend and sickness

im not going to write a post on health.
tapi.. penyakit orang zaman sekarang yang pelik pelik, yang makin tak paham bahasa dan kurang kesedaran sivik sebab kelas sivik lebih sinonim dengan kelas tidur.

  1. allergic dengan english - beberapa masyarakat kolot yang tahu nak mengutuk orang je. kalau kawan dia speaking sikit mulalah nak kata orang tu makan belacan tapi lidah nak ikut bahasa penjajah. what the heck? ni zaman millenium okay. english is the universal language. sedangkan Usop Wilcha pun dah kata "itulah pentingnya english education~"


  2. tak paham maksud stalker - dahh sudahh! golongan ni memang ramai. kau tahu tak stalker tu maksudnya pengintip. ini tidak, dah nama pun kau blogging, pastu bila orang baca blog kau tapi tak komen, dah kau nak cop stalker. apakah? kau yang approve tah anak siapa siapa kat facebook, bila dia tengok gambar kau, dia usha wallposts kau, kena lagi stalker? semua orang pun kau nak cop stalker, nak buat macam mana, kau hot kan???


  3. dengki mendengki - ini trend paling masyukk zaman sekarang. orang dah kurus kau kata hisap dadah, orang dapat masuk UM kau kata bapak dia ada cable. sedangkan orang join contest pun kau kata dia jaja muka. orang letak gambar kat blog kau kata semak, bajet cantik. ehh muka dia, lantak dialah kalau dia rasa muka dia lawa ke hidung dia penyek ke. kau dengki ke muka kau banyak lubang golf, malu nak tunjuk?


  4. menyibuk hal orang - kenapa kau kisah perempuan tu ada boyfriend ke tak, padahal kau pun sama perempuan. lesbian ke? rasa puashati ke bila dapat tahu boyfriend dia tak sehensem boyfriend korang? kenapa sibuk nak tahu anak si Bedah ngan anak si Kiah SPM berapa A sedangkan anak korang pun masuk kelas pemulihan.


  5. perasan tak, orang sekarang suka cakap macam ni. "satu je aku nak cakap ngan kau, jangan sibuk life aku lagi. pastu aku tknak kawan ngan kau dah. pastu aku benci kau. pastu blabla". kata nak cakap satu je? tapi banyak pulak dia cakap. haha.


  6. dunia dunia dunia... semua tuding menuding. pelajar pukul cikgu.. pelajar tu dikata macam setan. cuba siasat kenapa dia pukul cikgu tu? mungkin cikgu tu sentuh pasal mak bapak dia. dan mak bapak pulak. cikgu pukul anak dia, dia nak bergusti dengan cikgu. padahal anak dia yang perangai haram jadah.


  7. siapa kata lelaki handsome untuk perempuan cantik je? sekarang bersepah la aweks cun gila. boyfriend nya muka macam lelaki lapan kali kena simbah acid. alaa orang kat rupa tak penting, yang penting poket. ehh ehh! yang penting hati. hihi.


  8. trend sekarang - ampu mengampu menjadi pilihan. walaupun muka member tu macam biawak nak bersalin, tak apa. puji je sebab dia dah puji gambar aku cantik kannn. comment je lawaaaaaaa panjang panjang sambil tutup mata.


  9. muka dah hensem, baju dah stylo. body jangan cerita, gagah perkasa. tapi.... duduk kat tempat orang kurang upaya dalam lrt. buat buat muka seposen, pura pura tak reti bezakan orang tua dengan orang orang muda. serta merta nilai kau untuk jadi bakal suami aku dipandang begitu enteng sekali. hamboih.


  10. bodoh tak bertempat. - bila orang kata bodoh, marah. tapi pergi sekolah taknak. kalau pergi pun nak tunjuk samseng. taknak belajar sebab rasa lagi seronok kalau kerja kan dapat duit. tak fikir masa depan langsung. dengan standard spm je sejauh mana kau boleh pergi? konon mak bapak dah ada business. pergi la study business. apa, kau ingat tak payah la belajar strategi perniagaan ni semua? cuba la berwawasan sikit.


  11. "i am not racist okay" tapi... bila orang silap cakap mulalah kau nak kata dia keling, mulalah nak kutuk cina kuat menipu, cina mata sepet buta, india bau hancing, cina bau hamis. melayu bodoh, melayu malas? cantik sikit! perangai ni semua depends on individual okay. jangan nak stereotype orang suka hati mak bapak kau je.


  12. satu lagiiiiii! pasal stereotype jugak. eee aku pantang betul orang cakap "budak kl jahat". budak kl social. kalau perangai tak senonoh sikit, budak kl lah tu. ecemakk. bestnya mulut... malaslah nak cakap negeri mana yang banyak kes pengguguran bayi. yang banyak rempit. diorang cuma bernasib baik je takde road block sebab rempit dalam kebun getah. ahahha


    itu jelah yang dapat aku muntahkan kali ni. naik muak aku tengok perangai dan pemikiran orang sekarang. mencik mencik! panjang pulak entry ni. orang tengah marah kan... :)

24 comments:

Ashraf Jalil said...

yg no 10 tu agak bahaye kalo merebak.. zaman skg lg ssh woo mau idop. nak bli tanak area kl umah teres je pon dah 300k..

n imma lil bit worried bout #1 coz my english is getting rusty sometimes broken too.. i definately need sum1 to talk to in english o else im gonna be in a hell of trouble finding a job .. shoot..

bella lim said...

haa betul betul. go write your entry in english then. :D

aidamohdnazib said...

kau marah marah tapi last last senyum apesal??HAHA!

bella lim said...

sebab hati dah puas. HAHAHHA

Khai said...

aku suka point nombor 4,5 and 7.

lumrah dunia lah girl usha mamat poket tebal. mamat muka hensem jd pilihan no 2 dan mamat baik hati akan jd last resort. :)

Abang Stalker said...

betul2..setuju dr 'im' smpai la ':)'
err..abg bkn stalker yg jahat dan kejam.Abg ni abg stalker yg cute dan jejambu. :P *tgn di dada,mata ke atas.haha

bella lim said...

khai ; hahaaa. pasal tu lah lelaki pun kena pandai pilih. ini muka macam hape, habuk pun tadak tapi nak yang cunnn je, nak yang tiptop. :)

bella lim said...

abg stalker ; haha. tah tah baca first and the last word je

Abang Stalker said...

ehem..klu entri menarik cmni,abg bc smpai hbs dan ulg2 kli tau.xkn jemu pny la klu ayat otai mcm bella lim yg tough.abg kurg ckit nk bc ayat2 skema. -.-

bella lim said...

abang stalker ; hahaa. thanksss. :D siap cek komen tak tahan tuuu.

Abang Stalker said...

haha..bkn check komen.mmg ske dtg cni lawat bdk tough. 8)bc entri cmni x muak.idung je dtg sbb ada yg kne batang idung skli. :P

sLpmEpLz™ said...

xde pulak button like nak share kt fb or tweet huhu

bella lim said...

hahaha. aku ingat tak menarik? sebab ni time tengah geram kann. alahai. haha

sLpmEpLz™ said...

datz y u need button share there. bru tawu mnarik ke x

Cik Areen said...

betol2 .sokong sgt sume2 tuh.

bella lim said...

@sLpmEpLz ; hahaa. kalau blogger famous takpe kot. ni sesaja je. seganlahhh. :">

urzain hussain said...

Good..^^

kura said...

yang penting poket. ehh ehh!- amboir!

huyooooo. panjang bonar bella lim menaip hari ni. isi pun boleh tahan, markah 9/10 gittew. haha...

tgh marah ye. cait! haha

Gua Tertidur said...

hahaha..gua kt belakang bella lim okeh..hahaha..rempit kt kebun getah mmg xde roadblock la..alaaa,,mat2 rempit kt kl ni pon org sini..semua pun bnyk dr luar..grrr..gua rasa kes2 yg keluar paper sume luar kl..damn..

adeeb khairudin said...

gila babeng suke post ney. mane button sahre neyyy. HAHAHA

www.dunialandax.com said...

hoyehh..entri makan dalam weyh..haha

yang part english tu,aku sendiri tak
paham,kenapa le fikiran orang malaysia macam tu..so,kat mana le orang marhaenis macam aku ni nak mempraktikkan bahasa inggeris yang telah dipelajari sejak dibangku sekolah dulu(WaH!)

Dengki,dah macam darah daging dah dalam masyarakat,tengok sendri,macammana jauhnya melayu dalam Malaysia ni..Cina india maju sebab depa x de macam kita,dengki tak habishabis..macam tapir..

dahlah..kang jadi entri pulak komen aku ni..huh..


anyway..Kau Nice!HAHA

bella lim said...

landak ; kau ulas ke kau paraphrase aku punya entry? hahaha.

nice? hihi thankyouuuuu

nub said...

halusnya kajian hang....


nicely done!



"booo speaking pahal?"

kroo..kroooo

bella lim said...

haha. mana ada haluih.. kasaq jaaa..