Wednesday, June 8, 2011

jom cop lelaki

perempuan zaman sekarang. ish ishh. (hanya gambar hiasan)


haaa... kawan kawan, sesiapa yang berumur 18 dan ke atas, korang dah ada boyfriend? atau abang sayang? atau boy? atau scandal? atau teman tapi mesra? at least orang yang admire korang sekarang? paling busuk pun sorang? kalau takde, baik korang rasa risau sekarang!

haa nak tahu kenapa? sebabnya, masa aku dekat matrics dulu... sorang kawan aku pernah kata macam ni,

"kau dah ada boyfriend? kalau belum baik kau cop sorang lelaki kat matrics ni. sebab, orang kata lelaki kan makin pupus. lelaki yang baik, lagi lah.. berapa kerat je ada."

"kenapa kat matrics? kan ramai lelaki kat Malaysia ni"

"sini senang nak cari. lelaki kat kolej kita baik baik." kata dia

"alah, aku target nak cari time degree nanti. baru matang sikit"

"aaa itulah kau tak tau. kalau masuk degree nanti, semua lelaki baik dah berpunya."

salah satu punca lelaki makin pupus
sebab lelaki dah tak suka perempuan


terdiam aku time tu. ehh betul jugak kan. cuak jugak aku, takut fail cari jodoh. ada orang kata, jagalah market. nanti kat U ramai lagi lelaki berkualiti. tapi... taknak aku end up jadi andartu sebab jual mahal sangat masa muda. lainlah orang hot kan, pergi mana mana pun ada je peminat. tak payah takut tak ada orang nak.


gua ada tujuh. pahal? tak puas hati? kawan je.


dulu kat kolej, ratio perempuan dengan lelaki macam 2 : 1 atau lebih. sebab perempuan je ada 10 blok. lelaki ada 5 je. dalam satu praktikum (class/kumpulan kecil) perempuan ada 18, lelaki ada 6. so sorang lelaki boleh pilih 3 perempuan. hahaa. budak lelaki pun rilekk je. takdehal lah. kalau sorang perempuan reject, ek eleh. berlambak lagila yang cun, yang baik. nak yang bertudung, yang tak bertudung, yang pakai shawl zebra, semua ada. ahaha. lelaki pulak, muka tak seberapa janji pandai ayat, bijak, stylo sikit, ehh mesti nama anda naik di kluster perempuan.

kalau ada sorang minah yang bajet hot, nak kawan dengan ramai lelaki, haaa. ini mesti menjadi musuh di hati perempuan lain. sebab kononnya, jangan conquer sorang. kan ramai perempuan kat situ. aku dah lali dah kena gosip kena kutuk. :D gua kawan je okayyy. lu orang nak lelaki lelaki tu, hambikkk. cewah.

haa ciri ciri lelaki berkualiti adalah lelaki yang - baik, berpelajaran, baik rupa, beriman

cewahh. lelaki idaman semua perempuan tu. tapi, nak cari yang bagus pun, cermin diri sendiri dulu. :D nak yang handsome, sendiri pun muka macam lempeng. nak yang beriman, sendiri pun pakai baju macam pinjam baju teddy bear. kehkeh.

so.. samada korang nak guna nasihat kawan aku tu atau tak, terpulanglah. sebab bagi aku, buat apa nak kecoh kecoh. kita kan muda lagi. kalau ada jodoh, adalah, kan? lagipun, apa kejadah kita nak cop lelaki kalau lelaki tu tak minat kita? nak jadi pergii cari timba? cehh -_____-


dah la, mengantuk layan korang. chow dulu laa. :p

FIN

18 comments:

Marya Hana . said...

sekali kau cop sampai 10 ape cer..? :D

bella lim said...

hahaa. itu untuk masa depan marya. kiv mana mana kawan yang belajar medic kat overseas. balik, doctor tuu haha

Shahrin Azhar said...

wah..kat uitm 1 nisbah 4
pempuan ad 8 kolej..lelaki ad 2
grr

Ashraf Jalil said...

bella hot kot..skali petik jari kaki, 10 datang.. 5 kali petik, tak sejuta dtg?

Anonymous said...

wehh..nice gAmbar der..hehe :)
aku baru taw u ade blog lahh..haha baru nk follow..nice

bella lim said...

shahrin ; hahaa. lelaki kena berdikari. tp kesian gila doh korang.

bella lim said...

ashraf ; hot kebende. hok mu. haha. siapa ajar awak 5 kali 10 sejuta? hahah.

bella lim said...

anonymous? awak siapa?hahaha

kura said...

"gua ada tujuh. pahal? tak puas hati?" amboir! Haha

"yang pakai shawl zebra" - Erk, yg pakai shawl mcm aiskrim paddle pop ada tak? warna pelangi. hot doh! hahaha...

"baik, berpelajaran, baik rupa, beriman" - lelaki berpelajran dan beriman itulah bukan aku. sedihhhh. sobs sobs!

bella lim said...

kura ; amboir lagi! hahaha

aah, yang pakai shawl macam lampu dangdut tu kannn!!

sabar wehh, jangan sedih. aku pun bukan lelaki berkualiti weh. memula dah kena reject ngn aweks. sobs haha

kura said...

amboit tu dah trademak! haha.

lampu dangdut? HAHAHA. jgn la ckp dangdut weh, low sgt. ckp la lampu pub ke bistro ke. style skit! haha..

*kau pun jantan xguna gak ke weh? Eh ehh Hahaha

bella lim said...

AMBOIT? haha. aku jantan la en. haha

kura said...

r dgn t dekat2 kan. aku dok dlm gua ni. haha..


erk?

bella lim said...

tak kira. amboit jugak!

Shurazirah Sukhur said...

ha, kawan aku pun cakap macam gitu jugak..masa kita belajar ni la nak cari boyfriend nanti bila dah kerja, semua dah berpunya..hehe tapi bagi aku, kalau ada jodoh tak ke mana..jumpa jugak :D

bella lim said...

itula pasal. tapi aku cuak gak doh. cop cop! hahahah

Farahin Ahmad said...

hahhaha..main cop cop pulak...alah senang-senang suruh makbapak tolong copkan..ye dakkk kihkih

bella lim said...

farahin ; kalau mak bapak copkan, takut ada orang yang alim alim kucing je. bahayaaa