Thursday, November 10, 2011

TOLONGLAH PANDANG AKU





"serious aku tak tipu kau. tadi 'Mr. Right' pandang aku oh my godd"



pengsan. maksud aku..... hampir, hampir saja pengsan kawanku Jonah menuturkan itu. aku lihat dia. berpeluh peluh, matanya bulat menatapku penuh mengharap. nafasnya tercungap cungap seakan baru lepas mulutnya yang jongang itu terperangkap dengan pam jamban. ku tatap dia dalam dalam. ku amati wajahnya.
........tit tit tit...... tak cantik. *defined


"berhentilah bermimpi. mungkin dia pandang kau, tapi sebenarnya dia tak pandang kau"


aku tahu aku kejam. tapi kerana nilai persahabatan, aku perlu sedarkannya dan buat dia berhenti memperbodohkan diri. lelaki tu macam putera, handsome, kaya, baik, pandai, ada awek hot se hot maya karin. cukup serba serbi lah. kita harus jujur, kita harus tahu nilai diri dan di mana kita patut berpijak pada realiti. lelaki tu tak mungkin pandang Jonah yang mulutnya aja dah macam muncung serigala. itu belum kira lagi hidungnya yang megah kembang semangkuk.

***


okay itu mukadimah aku. Jonah tu rekaan semata mata. saja sukew sukew nak buat suspen. kalau tak suspen aku peduli apa. korang yang baca, heheks. sejak masuk universitas ni, aku tak update langsung. har har har. seronok aku baca korang maki hamun kat shoutbox. bukan apa, aku gigih belajar. hiew hiew. lagipun aku takut makin aku post, makin menyampah pulak korang kat aku. hahaha


oh dan sejak masuk universiti ni jugak, nama pun baru masuk. jadi muka muka baru juga yang kita jumpa. semuanya fresh fresh belaka. tiada apa apa tanda di dahi contohnya 'playboy' 'playgirl', 'kaki kikis celaka', 'mat skima' dan sebagainya. semua muka kita rasa suciiii je sesuci lebaran. *mood aidil adha. oleh kerana itu jugalah, dua bulan terawal ini amat syiokk untuk kita mengusha. mana yang muka boleh buat lena tidur, mana yang muka bawak gi perang.

kawan kawan yang supportive! :D


bukan nak down kan mana mana pihak. tapi, kot ye pun lah nak sangat femes, nak sangat publisiti, jangan memalukan diri sendiri. contohnya, ada yang pakai makeup tebal. kalau lembu disolek macam tu pun, confirm orang tak kata itu lembu. orang mesti panggil dia madonna. haha. ada yang pakai baju mak oiiii.. kita yang perempuan ni tengok pun segan. terus confuse "ehh aku ni straight ke bi?" hahahaha. apa lagi kalau laki tengok? tak pepasal diorang lupa jati diri sbg manusia and jadi harimau. kasi terkam satu kali, apadahal, ye dak?


nak dilihat, nak melihat, terlihat dan sebagainya... biarlah kena pada tempat. jangan usha sangat lelaki perfect. sebab dah tentulah dia pun nak yang terbaik. kalau dah tahu muka tu standard standard tak lepas menang dewi remaja, takyah mimpi nak bf macam Awal Ashaari atau Aaron Aziz. sedangkan aku pun minat syamsul yusof dari jauh je. hahaha. minat tu lain dengan obsesi ye. jangan salah sangka. okay tu je nak mencarut. bontot aku dah kebas. ops maap. punggung. "tampaq pungkoq" bak kata orang utara. haha. buh bye. :D


p/s : minta maaf sebab lama tak update. and update pun mengarut je. haha. siapa kecewa dengan entry ni, komen TEPUK DAHI besar besar. meh aku tepuk dahi kau. ingat senang nak mengarang sekarang ni? lama dah aku tak belajar penulisan tau. tak puas hati meh sini aku rodok perut. hiew hiew


32 comments:

lisa min said...

serius suke gile cara bella tulis entry. sempoi dan tak jemu baca. akhirnya anda update. =)

bella lim said...

ahahaha. aku dah kering idea sampai kena minum soya dua kotak pun kau kata best? mekasihh, :') hahha

Bunny-lala said...

HAHA , akhirnya. gigih belajar smpai tak sempat nak hapdet .hehe ape pon , terbaekkk ! suka baca nih :)

nub said...

kami semua tengah usha hang ni. hahaha

deyy mana pigi? sebokk ka?

bella lim said...

percaya ke dik akak gigih belajar? hahaha. thankyouu.

Farahin Ahmad said...

gigih belajar ke mengusha?kihkihhhh

AslamTaslim said...

selalu jadi silent reader je, haha, but hey, jenuh jugak nak menunggu update ni haha.
like the way you write, keep it up :)

Balqis Shafikah said...

yeah..akhirnya anda update. entri ni sempoi habis. gigih ye belajar? bgos2. hehe.:D

deeyamorten said...

berjanggut aku tunggu kau menghapdate blog kau ni. hahahaha...

bella lim said...

farahin ; alamak. mana kau tau ni. dah diam diam.

bella lim said...

Aslam Taslim ; haa tu lah sape suruh kau jadi silent reader je. kalau ramai suruh aku update, mesti aku rajin sikit,. ye dak? hahha. thankyouu :D

bella lim said...

Balqis ; ohh haha thanksss. kau percaya ye aku gigih belajar. :DDD

bella lim said...

deeya ; dah diam diam. aku dah update dah pun. hahahha :p

gurlz always power said...

setelah berkurun2 lma nyer menunggu cik bella kita menghapdate blog nyer...akhirnyer terhapdate lah jgk blog nyer....hehehe

Marya Hana said...

AKU PON BERJANGGUT TUNGGU KAU UPDATE..

helppppp, saya peminat BELLA LIM kuat mencarut !

p/s : ada aku kesah carut ke x.. yang jeles pi main jauh2.. kan..

hazirahahmadrazi said...

pndai hg ckp utagha na..tampaq pungkoq. hehehehe

H said...

Mahu tengok gadis yg pakai baju mak oiiii.

Asy Faro said...

terkejut aku kat reading list ade '1day ago' from bella lim..

sebelum nie 2months ago, ingatkan dah tak blog..

=)

salam kenal. -Asy Faro

Zharif Zawawi said...

eleh,kecoh je gigih belajar...hiew hiew.. rajin2 la update weyh.. hiew hiew...

MakNgah said...

aku dah telek dah kat mangkuk ajaib..budak bella ni ada potensi jd blogger terhebat. hahaha..

sibuk sudy ke sibuk ushar student laki?

lepas ni bape lama pulak dia update entri baru?

bella lim said...

gurlzalwayspower; haa tu dia. saja nak buat comeback


marya hana ; ehh nyibuks je. hahaha. mencarut tak mencarut. sekarang ni berzikir je kerja aku. hahaha


hazirah ; aku bab mencarut memang pantas belajar. haaha


H ; baju mak oii tu ce gi tanya mak kau. hahha


asy faro ; ohh salam salam. haha saja je buat readers tertunggu tunggu. baru dihargai sikit.


zharif ; tengoklah kalau rajin.. hiew hiew..


makngah ;haa lepas ni.. tak tau le. makngah kena telek kat mangkuk ajaib lagi kot. sbuk study le.. study charater lelaki. ahahha

nurfauzeehanani yahya said...

hai bella . entry manyak mantap woooo ! :)

bella lim said...

hai fauzee. haha thankyou :D

Alip Apai said...

eh mana tahu syamsul yusuf nak kat ko? belum cuba belum tauu.

hahahaha

:)

nurfauzeehanani yahya said...

call me pau :) nice to know you :)

kura said...

hoi gila. how wa yuuuuu? amboir....

bella lim said...

alip apai ; homaigod. statement kauu.. haha betul jugak tu kan! ish! hhahaha

bella lim said...

fauzeehani ; ohh haha. someone calls me pau too. because of my cheek. haha. nice to know you too :D



kura ; wehh kuraa!! hahaha. aku, cam biasalaaa. hebak! hebak! haha

pepol said...

fuhh lama giler tunggu update,btw selamat berjaya di tempat baru...:D

bella lim said...

hahaa. thanks pepol!

s h e d O t said...

apesal la best sgt cara bella ni?best gilak baca..walopun byk mencarut2..tapi best!!

keep it up dik!!btw, ape nama bella sebenarnye?

akak dah jadi follower ;)

Anonymous said...

menyalak je kau... gung gung!! :P haha