Saturday, May 21, 2011

lelaki jadi jadian

Afzal, best buddy dari zaman sekolah. :D


Okay, aku rasa kebanyakan orang sekeliling aku semua tau yang aku ni ramai kawan lelaki kan. mana taknya kalau dah setiap masa berkepit ngan budak lelaki je kan? haa. Ada ramai kawan lelaki, best ke??? One thing, kita memang akan nampak pelik sikit dari yang lain kalau kita berkepit dengan sekumpulan lelaki dan kita adalah satu satunya perempuan dalam group. First of all, mental kena power. Jangan cepat leleh. (walaupun aku ni kaki emo hehe) jangan risau, kritikan semua tu memang kita akan dapat. dah biasa dahh kena kutuk...


“eee bajetnyewwww minah tu. Konon hot chick la nak kawan ngan lelaki je?”

“weh kenapa perempuan tu taknak kawan ngan perempuan? Dia ada issue ke?”

“weyy playgirl sial bella tu”

“bella tu takde kawan perempuan ke?”


Izzamil, kawan baik di matrics.

Bila dengar benda benda macam ni.. gua senyummm je. Mula mula dulu adalah jugak rasa nak gusti budak budak yang suka sebarkan rumours tu. Tapi sebab dah banyak sangat mulut, so nak buat macam mana. Nak cakap apa pun, cakaplah. Gua tak marah, tapi gua harap lu orang ubahlah perception lu orang lepas tau benda betul and lepas kenal gua. ;D

Izzham, ni kawan aku yang mereng sikit


Okay.. kepada orang yang tak kenal siapa aku, memanglah korang kata aku gedik ngan jantan. Tapi sebenarnya, sebab aku ni kasar. Aku dari kecik rapat dengan abang aku sampai orang kata kitorang kembar. Ada sorang lelaki ni tny aku. Betul ke aku banyak adik beradik lelaki. Sebab orang kata bella ni senang masuk dengan lelaki sebab dia banyak abang. Hok aloh. Gua ada sorang abang je. Celah mana yang kau kata ramai? aku dulu kecik kecik rapat gila ngan Affan. main bola sama, mandi sama, main wrestling. elehh tipu la korang tak pernah gusti pakai spender je ngan abang korang. paling paling pun main tagteam lawan cousin. haha

ni kembar aku, Affan. abang aku.

Aku ni kecik kecik suka main bola. Aku sorang je perempuan selalunya kt court, tapi aku tk peduli sebab abang aku ngan jiran jiran aku semua okay. Semua orang panggil aku tomboy time aku kecik. Bila aku dah besar barulah aku pandai nak jadi perempuan sikit. Dulu… kalau aku pakai baju kurung pun orang dah berguling sakan. Sampai aku form 5, kalau ada extra class, kalau aku pakai kurung pergi sekolah, mesti budak budak gelak kaw kaw. BEST KE KORANG RASA? Haa fikirlah.

bukan aku tak cuba nak jadi perempuan sejati,
tapi.. pakai macam ni pun dah diorang kata macam maknyah.
mana tak tersentuh hati wanitaku. haha

hahaha gelak sikit :DDD


waktu zaman sekolah, aku tak ambik biology. sebab aku tak minat science. so aku ambiklah Rekacipta, tapi still in science stream. dalam kelas Rekacipta ni, semua lelaki kecuali aku. kemudiannya barulah Ezzah masuk lepas aku hasut. and sorang lagi perempuan sebab tak boleh bawak biology. so total ada 3 perempuan dalam kelas RC aku. haa, terbaek kan? nak tau lagi kenapa aku ramai kawan lelaki?


MENCARUT melepak merepek

kebanyakan lelaki kan mencarut.. and diorang memang taksub dengan kebolehan aku. haha. tapi jangan risau, aku dah bertaubat. dan InsyaAllah akan kurangkan. haha. bab bab melepak, aku memang suka lepak. tak kira ah lepak minum ke, layan cerita merepek bodoh pasal bola ke, isu semasa ke...

haa tengok. study pun, semeja ngan budak lelaki.


kalau lelaki kata diorang tak suka gossip, PUII. ludah sikit. go to hell la brader. jangan nak membongak la wei. lelaki pun suka gossip. tapi dia taktau yang benda tu gossip. haha. ;D
kalau tak, macam mana cerita boleh tersebar kat block lelaki? haaa. bukti dohh! korang pun kaki gossip. tapi bukan semua laa. haha.

disebabkan aku ramai gilo kawan lelaki.. kawan kawan aku takut aku ni takkan bertemu jodoh. lek luu bro. muda lagi. :D


FIN

24 comments:

ANIS ASILA said...

bella hotsetap! aww.

bapak ah, latest entry kau paling cooooool siot. double thumbs up doe!

apa omputeh kata, just be yourself. so xpayah kisah lah orang nak kata apa kalau kau ramai kawan lelaki kan. tapi aku tak rasa kau kisah pun kan? haha.

nadieae said...

kadang kadang kawan lelaki lagi memahami daripada kawan perempuan.

bella lim said...

ANIS ; hahaha. yaa betuuullll. tapi kalau dah kurang asam sangat, kisah la jugak wei. hehe

bella lim said...

EFNADIA ; betul tu ep.. sepuluh markah. haha

ezabaekdancomel said...

bile mase pulak kau hasut aku ambek rc? -.- aku rase sbb aku taknak ambek bio ngn akaun. hahaa. tp kau punye blog ni asal tunjuk siket sgt membe laki doe? bukan ramai lagi ke? sumbat je la sume. kasik dyorang feymes siket :p

Mira Cikcit said...

hye adik kak yaya :)

Dang Intan Duka said...

hye bella..:)

actualy member dgn budak laki lagi senang dr member dgn budak perempuan..hihi
biar je org nk ckp ape, yg pntg pandai jg dri..tu dah cukup..


peace

Cik Ct said...

haha.. pedulikn ape org nk ckp.. sy cm awk gak.. dr kecik smpai besar kwn ngn laki jee..sampai kne benci laa ngn kwn pompuan mse skola dlu.. msuk kolej bru ade ramai kwn pompuan n try dress up cm pompuan.. adik bradik sy sume laki, tu yg susah nk berubah.. hihi..btw, alhamdulillah, dh cm gegurl skit sy skang (uweekk!! geli aq bt pengakuan nie haha..)

bella lim said...

ezabaekdancomel (tangandidada)

sebab kau taktau nak amek ape la aku hasut kau masuk rc teman aku. haha. wehh mana boleh masuk semua. malas aku nak upload banyak banyak. :D

bella lim said...

Mira Cikcit ; haii housemate Marya. :)

bella lim said...

kak Dayah ; hahaa betul. terima kasih atas sokongan.

bella lim said...

Cik ct ; whoaa thanks. haha. welcome to the club!!

kura said...

bagusss laa. kat mtrik kawan dgn budak budak muka skema! mesti fourfeletttt ni! hahah

bella lim said...

siot kau kata kawan aku skema. haha. dia je skema, aku tak weiii. so our nya takde. flettt je yang tinggal. hahha

kura said...

ahahahahaha! our komfom2 xda ye. tinggal yg flettt je utk diri snediri. jadi laaa. half of 4FLAT! tak kena lelong lagiiii hahaha

bella lim said...

haha kau nak jugak menang tu. okay. asal tak kena lelong dah cukup baik.

InaNina said...

tgk gambar mtrx. rindu pulak kat kmns ;)

bella lim said...

ehh budak kmns jugak? haha. best best. tapi tidak akan ku kembali ke sana

kura said...

Eh. Mestilah. kali ni aku menang sbb aku senior. *gila budget senior ni. wuh wuh.. Hahahaha...

Oh yeah. i like comment "ehh budak kmns jugak? haha. best best. tapi tidak akan ku kembali ke sana"

asal blogger xda button like weh? Haishh..

Shurazirah Sukhur said...

kadang2 kawan lelaki lagi best dari kawan perempuan..orang perempuan suka sentap..nak gurau pun sometimes xboleh sebab asyik nak sentap..aishh
bak kata bella kan, sangat tak cool..hee

bella lim said...

@ KURA ; hahha. tu lahh. kan best kalau ada like doh.

ye abang senior. *tunduk hormat*. haha

bella lim said...

Shurazirah ; betul dohhh! betulll!
sikit sikit sentap. rasa macam nak libas je guna spender basah. kasi pedih sikit. haha.

kura said...

*tunduk hormat*

aw! suka mak! Eh. Hahaha

私の名前は サラ said...

aku paham gila perasaan tuh.. ahaha nak buat macam mana.. masa kecik pakcik sdare duk rumah kitorang jiran2 semua lelaki... bayangkan masa kecik pakai dress *mak aku pakaikan* main senapang tembak-tembak dengan jiran. gila brutal.. aku try nk bli flatss yang ala-ala perempuan.. adik aku kutuk cakap tak sesuai gila pastu tunjuk sneakers,, *adik aku dedua lelaki plak tu* and nasib aku pulak selalu jadi sorang perempuan di kalangan lelaki.. contoh masa nak MUET dulu.. boleh dalam bilik menunggu tu aku sorang je perempuan.