Thursday, December 15, 2011

Perubahan



hai kawan kawan. lama tak nampak bulu hidung korang. dah gunting keee. hihiks. macam biasa, gua tak update tak lain tak bukan, sebabnya hanya satu iaitu malas. :) i was born lazy. sorry yach. sekarang ni takde apa yang menarik pun untuk diceritakan dalam hidup. sebabnya aku bukan suka pun nak kongsi kongsi cerita hidup ngan korang. bukan dapat apa pun. mengabihkan hurup je..


tapi saja gatal nak cerita... baru baru ini, hidup aku berubah. dah kena jaga perangai. dah kena jadi perempuan ayu walaupun gua memang ayu secara semulajadi. hihi. kenapa? mengapa? ohh usah ditanya ooo.. aku sekarang dah pun bertunang. :) tunang olok olok je. alaa korang, acah acah sikit pun tak boleh. hihi.

aku dah lama usha dia ni. tiap pagi mesti nak kena scan muka dia kat cafe dulu. kalau tak takde mood lah nak masuk kelas. hihi. memang cun lah sebab suka sama suka. kira tak bertepuk sebelah tangan lah ni. namanya Ikmal... memang baik orangnya, senang aku nak buli buli. queen control la katakan. haha. :p maaflah tak layan blog dah sekarang. sebab ada orang yang gua kena layan. hihiks. bye korang. lagi beberapa tahun kalau ada rezeki jemputlah datang kenduri. :D

meh le usha sikit muka kembar aku ni. orang semua percaya kami adik beradik. hehe


taik lalat tu yang buat jatuh cinta tu :D

budak nakal dan budak baik

eh eh skype pulak. hihik



maaflah kepada kesemua jejantans yang berperasan nye pun berskandal dengan aku dulu. aku dengan ini ceraikan korang dengan talak seberapa banyak yang korang nak. aku beri kebebasan untuk korang pilih talak. nak block kat FB pun takdehal.. *macam dah kena pulak. hihiks. :p dah takyah jealous, doakan kami kekal sudahla. akhir kata, awak tak puas hati, pergi meninggal dunia. :) hiew hiew




Saturday, November 12, 2011

JANGAN BACA


jangan baca! jangan bacaaaaa!!!!





aku nak balik Perlis dah. selamat tinggal Kuala Lumpur. kalau rajin aku update lah blog. kalau tak, dah sah sah la aku pemalas. apahal kau kerut kerut dahi? mesti sakit hati kan baca? padan muka. dah kata jangan baca tadi. . ish degil la awak ni. :)





hiew hiew :D


Thursday, November 10, 2011

malam luar biasa


suatu malam yang dingin. selain mencarut dan mendoakan nyamuk nyamuk jadi babi, menahan kencing sebab malas nak pergi toilet, aku berbuat sesuatu yang berfaedah. beberapa kali juga aku mengerling pada telefon bimbit. namun makin aku pandang, makin aku sedar. tak ada siapa nak message aku. sambil tabahkan diri, aku tukar lagu yang aku dengar. kenapa la banyak sangat lagu sedih. padahal putus cinta baru berapa kali. ha ha ha. (pura pura gelak. celaka -,- )

nakal betul jam malam ni. tadi aku tengok baru pukul 12.00 am. pastu aku tengok dah pukul 3. lek lu.. anak anak setan pun tak puas main permainan malaikat kejar setan lagi. itupun main cop tinggal sorang. lenguh lah nak kejar sebab hantu lain suka main hilang hilang. tak fair betul. sekarang aku tengok balik jam dah pukul 5. macam sekali kelip masa jalan dua jam. kalau tiga puluh kali kelip? ehh terus menopause! hahaha. kejap lagi mak aku bangun konpem aku kena sekel.

bukan aku yang lukis. saja nak share. lawak la weh tiba tiba ada bulu kat pungkoq! haha.



tapi aku berani bet la.. mak aku mesti senyum je karang kalau aku buat buat busy. aku pun tak sabar nak balik U aku ni. nak tau sebab apa? sebab assignment aku dah siap! 24 drawings okay! jyeahhhh!!! rasa nak belanja semua orang coke je. minuman feveret kann... aku pun belek belek bajet drafter paling power abad ini. aku senyum senyum sambil puji diri sendiri dalam hati. tiba tiba sesuatu meragut semua kegembiraan aku.


"alamak, babi. aku lupa aku ada autocad kena buat."


-,-' aiseyman macam mana boleh lupa. tak jadilah nak belanja korang coke. k bye



p/s ; moral of the story, jangan selalu sangat sebut babi. nanti jadi pelupa. hiew hi... dah lah takde mood aku nak gelak comel. tension! tension!


TOLONGLAH PANDANG AKU





"serious aku tak tipu kau. tadi 'Mr. Right' pandang aku oh my godd"



pengsan. maksud aku..... hampir, hampir saja pengsan kawanku Jonah menuturkan itu. aku lihat dia. berpeluh peluh, matanya bulat menatapku penuh mengharap. nafasnya tercungap cungap seakan baru lepas mulutnya yang jongang itu terperangkap dengan pam jamban. ku tatap dia dalam dalam. ku amati wajahnya.
........tit tit tit...... tak cantik. *defined


"berhentilah bermimpi. mungkin dia pandang kau, tapi sebenarnya dia tak pandang kau"


aku tahu aku kejam. tapi kerana nilai persahabatan, aku perlu sedarkannya dan buat dia berhenti memperbodohkan diri. lelaki tu macam putera, handsome, kaya, baik, pandai, ada awek hot se hot maya karin. cukup serba serbi lah. kita harus jujur, kita harus tahu nilai diri dan di mana kita patut berpijak pada realiti. lelaki tu tak mungkin pandang Jonah yang mulutnya aja dah macam muncung serigala. itu belum kira lagi hidungnya yang megah kembang semangkuk.

***


okay itu mukadimah aku. Jonah tu rekaan semata mata. saja sukew sukew nak buat suspen. kalau tak suspen aku peduli apa. korang yang baca, heheks. sejak masuk universitas ni, aku tak update langsung. har har har. seronok aku baca korang maki hamun kat shoutbox. bukan apa, aku gigih belajar. hiew hiew. lagipun aku takut makin aku post, makin menyampah pulak korang kat aku. hahaha


oh dan sejak masuk universiti ni jugak, nama pun baru masuk. jadi muka muka baru juga yang kita jumpa. semuanya fresh fresh belaka. tiada apa apa tanda di dahi contohnya 'playboy' 'playgirl', 'kaki kikis celaka', 'mat skima' dan sebagainya. semua muka kita rasa suciiii je sesuci lebaran. *mood aidil adha. oleh kerana itu jugalah, dua bulan terawal ini amat syiokk untuk kita mengusha. mana yang muka boleh buat lena tidur, mana yang muka bawak gi perang.

kawan kawan yang supportive! :D


bukan nak down kan mana mana pihak. tapi, kot ye pun lah nak sangat femes, nak sangat publisiti, jangan memalukan diri sendiri. contohnya, ada yang pakai makeup tebal. kalau lembu disolek macam tu pun, confirm orang tak kata itu lembu. orang mesti panggil dia madonna. haha. ada yang pakai baju mak oiiii.. kita yang perempuan ni tengok pun segan. terus confuse "ehh aku ni straight ke bi?" hahahaha. apa lagi kalau laki tengok? tak pepasal diorang lupa jati diri sbg manusia and jadi harimau. kasi terkam satu kali, apadahal, ye dak?


nak dilihat, nak melihat, terlihat dan sebagainya... biarlah kena pada tempat. jangan usha sangat lelaki perfect. sebab dah tentulah dia pun nak yang terbaik. kalau dah tahu muka tu standard standard tak lepas menang dewi remaja, takyah mimpi nak bf macam Awal Ashaari atau Aaron Aziz. sedangkan aku pun minat syamsul yusof dari jauh je. hahaha. minat tu lain dengan obsesi ye. jangan salah sangka. okay tu je nak mencarut. bontot aku dah kebas. ops maap. punggung. "tampaq pungkoq" bak kata orang utara. haha. buh bye. :D


p/s : minta maaf sebab lama tak update. and update pun mengarut je. haha. siapa kecewa dengan entry ni, komen TEPUK DAHI besar besar. meh aku tepuk dahi kau. ingat senang nak mengarang sekarang ni? lama dah aku tak belajar penulisan tau. tak puas hati meh sini aku rodok perut. hiew hiew


Sunday, August 28, 2011

kau ada cermin tak?


trend trend trend.... best cakap pasal trend sebab benda ni dekat di hati semua orang. kalau cakap pasal muka aku dah ada jerawat ke, suara aku makin garau ke.. ada ke orang nak peduli? non hadooo den koba kek kau. ni trend sekarang yang aku perasan. memang lawak lah kalau jumpa. syiokk sangat tengok orang yakin diri ni. HAHA



1. sekarang orang suka buat trend puji diri sendiri. korang perasan tak? ke korang pun buat? muahaha. aku pun ada buat jugak. alaa.. motif bukan apa, saja suka suka. kot lah ada orang setuju. contohnya,..


puihhh.. semua orang nak puji diri pastu nak ops la, eh la, hihik la. cakap je "aku memang rasa aku cantik, y'all tak rasa macam tu ke? ini serius." HAHAHA. ada ke orang sanggup nak buat macam tu.


2. trend ni bermula lepas trend bajet humble mintak dipuji habis. trend apa pulak tu? haa tu trend yang bila orang komen dia cun. nanti dia cuba elak.



see... disebabkan dia buat buat humble, dari dapat 'cun' je dah bertambah kepada lawa, cantik, gojes.. dah berapa banyak dia dapat tu? haa kan mintak puji mintak kaki nama dia tu!


3. trend yang dah lapuk, orang tak guna dah sekarang sebab dah kantoi adalah trend kutuk diri sendiri. trend ni memang basi habis la. siapa buat lagi maknanya kau tu lame la. tak ikut peredaran zaman. orang dah main ipad kau masih lagi nak main ting ting. sudahh sudahh! pergi sondol dinding. hahaha.




kot lah yang buat trick camni memang cute, handsome dan sebagainya, rasa sejuk la hati sikit. Ini, kalau muka dah macam kena simbah asid pun nak puji diri, EHH kau pernah tengok cermin tak? hahaha. tapi, semua orang lawa je kan sebenarnya? (ayat cover haha)


so cemana? terasa tak? terasa tak?
apa apa pun I tetap lagi cute dari y'olls.
hiew hiew!


Thursday, August 25, 2011

I dengki, youuu


Aku berlubang hidung dua. mataku sepet dan tajam. aku punya telinga yang juga ada lubang untuk dikorek. bukan pada bulan puasa, aku ulang! bukan pada bulan puasa. aku mempunyai aura. jika orang sekeliling aku berjaya, aku tumpang bahagia. Okay, aku tipu. aku cemburu. kenapa aku tak berjaya macam tu. kenapa aku dengki? ehh mestilah sebab hati aku tak dicuci dengan air zam zam. jangan nak nenipu (comel en bunyinya) aku tahu korang pun mesti ada prejudis dalam jiwa. sebab semua orang tak sempurna.

kalau orang berjaya, perkara pertama kita kena tengok riak wajah dia. lepastu takyah tanya kenapa dia berjaya. kalau tanya, kantoi la kita dengki. so, kita teka. mari meneka bersama aku! :D


kalau orang tu cantik...
eh mesti dia ni pakai susuk kan. ehh silap. zaman sekarang guna botox je. baru urban :D

kalau orang tu tak cantik...
tak payah susah susah nak teka, dah tentulah dia takde duit nak buat botox..

kalau orang tu pandai...
ni mesti meniru dalam exam. konpem dia letak buku celah peha. PEHH. mesti basah buku dia kena peluh, dok kepit jee dua tiga jam.



kalau orang tu bengap...
cis. dia ni takkanlah bodoh sangat sampai semua fail kot? ni mesti nak dapat perhatian lecturer. jijik -.-

kalau orang tu disukai ramai...
haa mangkuk ni mesti guna bomoh ni. pastu celet kat semua orang. patutla meleseh je kerjanya.

kalau orang tu tak disukai ramai...
tak lain tak bukan ketiak bau tapai. siapa nak dekat kalau bau dia je dah macam peram mayat dalam ketiak. bulu ketiak pun subur jee. di bajalah katakan. ehek ehek.

kalau orang tu kurus...
alaa bukan lawa pun kurus. macam marya hana eh! tengkorak hidup je. kalau letak kat makmal pun laku niii...

kalau orang tu gemok...
orang ni saja lah ni makan banyak nak masuk biggest loser pastu menang ribu ribu. haih dunia duniaa..

kalau orang tu famous...
kuat mencapub betul hok tino tu. terkinja kinja jual muka. cuba tengok bella lim, tak mencapub pun femes je. EH? :D

kalau orang tu tak famous langsung...
kenapa hidup kalau orang tak perasan? dia ngan batu tepi jalan tak ada beza pun. dia ni lah salah satu penyebab budak budak fail jpj test. ops! *kakak, aku tak mengata kau tauu. (HAHAHHAHAHAAH)

kalau orang tu kaya...
nak teka nak teka! ni mesti jual dadih! dalam dadih dia letak benda khayal khayal. PEHH

kalau orang tu fakir...
alaa malas je lebih tu. badan sempurna tapi duduk mintak derma, taknak kerja. ni mesti hobi dari kecik melepak ni usha bontot orang jalan kehulu kehilir... takde kerja lain ke.


haa pendek kata, baguih ka, tak baguih ka.. semua orang mesti kena punya! HAHAHA. ada jeee orang nak mendengki, kan? sampai bila benda ni nak berakhir? haa itu wa tarak tau. baik lu orang pergi muhasabah diri masing masing. dan cuba mulai esok, every single thing yang kita pandang akan jadi baik. cuba jadi optimis baru hidup sentiasa happy :D

thanks to abang kita, Ashraf Jalil.. yang buat entry pasal cara nak dapatkan anak kembar. eh, aku tak gatal okay, nak tambah ilmu jeee. haha.

dah lah, apa lagi tak puas hati? kan aku dah update ni? hiew hiew!

dont hate me cuz i am beautiful. HA HA HA


*malas dah nak ajar korang tekan like tu. masing masing dah besar panjang kann. haha

Sunday, August 21, 2011

Orang yang patut kita rejam batu


Hai readers yang dah beranak pinak. :) saya terharu kamu kamu sudi nak baca blog saya yang kebanyakannya mencarut ini. haha Aku tak rasa bersalah pun tak update langsung untuk masa yang lama. Sebab aku lagi rasa bersalah kalau update setakat letak gambar seketul lepas tu guna title canggih canggih. Itu pun setakat letak gambar aiskrim yang lagi comel dari muka sendiri dengan caption "craving for this". EUWW tampar nak tampar?

okay jangan ngumpat banyak banyak, puasa ni puasa. aku pun nak tunjuk aku alim jugak kadang kadang. so mari kita cekidaot (check it out) list orang orang yang patut kita rejam batu. kalau nak unik sikit korang bolehla kerat mereka ni 18 ke, 26 ke, lepastu tanam dalam dinding. itu pun aku tak syor kan la. sebab aku lupa nak mintak tips tips tu kat mona-you-know-who. aku takut nak sebut nama dia, karang dia datang dalam mimpi aku. hahaha.


  1. kawan perempuan kita yang kata kita makin gemuk kuat kuat depan orang yang kita suka. -.-' kalau ini terjadi, pura pura gelak dan kemudian tepuk belakang dia kuat kuat "hahahah kau perasan. penat aku cuba naikkan badan, berhasil jugak Alhamdulillah".

  2. perempuan cantik yang asyik mengeluh depan cermin dan merungut pasal kulit tak cukup cerah, hidung tak cukup mancung, muka tak cukup lawa. habis kalau kau tak cantik, aku ni apa? muka ahli shir?

  3. kawan yang rampas boyfriend/girlfriend kita sedangkan dia tahu betapa kita kecewa sampai tepuk dinding lepas tahu kekasih kita ada orang lain. "cis, kau rupanya! kau sabarjap" sambil ambik cangkul.

  4. kawan yang pinjam sweater kegemaran kita selama berbulan bulan dan tak rasa segan silu pakai beberapa kali depan kita dan takde nawaitu langsung nak pulangkan. apa kata hadiahkan terus je kat dia, nampak sangat jiwa dia dah sebati dengan barang kita.

  5. orang yang nangis teresak esak minta derma depan bank lepastu balik naik teksi. #celaka


  6. golongan sotong jadi jadian yang pakai baju nampak ketiak dan lengan bermuscle. pastu pakai spender sopan yang beli milo ais ngan nasi campur kat mamak pukul 12 tengahari. konon uzur la tu? celah mana darah haid kau nak keluar? meh tunjuk sikit.

  7. pengkid boroi yang pakai baju kolar naik atas, rambut pacak, seluar londeh londeh yang rilekkk punya dok kiss awek dia kat public lepas hantar awek dia gi kerja. paling best, awek dia pakai tudung tau. aww "gua tak suka awek gua tayang aurat bro.." pigidah!

  8. mak bapak yang tinggalkan bayi depan masjid sebab tak MAMPU nak bayar mas kahwin tapi nak merasa alam perkahwinan. siap tinggal bayi dengan nota "jagalah dia sebaiknya". wadehek? kau pun tak reti nak jaga diri kau.

  9. orang yang baling botol dekat opponent, bakar kerusi stadium, main laser, ludah dekat kereta penyokong lain semata mata kalah bola. macam kau yang main, kan?

  10. orang yang bawak mulut pasal kita sedangkan nama kita pun dia tak tahu macam mana nak eja. pembenci dan pembangkang ni wujud di mana mana je. dah dah la tu mendengki. tak payah nak buat fake profile guna gambar orang. tahu le muka awak tak semenggah. so jagalah perangai. kesian kakak aku iaitu si ketam Marya Hana orang buat fake profile dengan nama perempuan gersang kat dia. hahah. hahahaha hak tuih!

    Image and video hosting by TinyPic
    ini aku saja nak tunjuk bakat buat gif macam kura. amboir!


    itu jela yang dapat aku list out. kalau nak cerita banyak banyak sampai putus haid pun tak habis kan. so macam biasa, kalau suka tekan like. kalau tak suka, EH maaflah takde dislike! hiew hiew. selamat berpuasa.

    p/s ; aku muslim ye, bukan kapir. haha


tengok, aku dah ada nuffnang. power tak power. haha apa lagi, tekanla, awak tekan satu kali saya cium awak lapan kali. hikhik. (bolehblah)


Monday, August 8, 2011

Trend Lapuk



orang kata dunia berubah mengikut peredaran zaman. macam tu jugak cara kita mesej dan type dalam sedar atau tak. tak payah nak geli geli, kau orang semua pun buat jugak dulu. haha

  1. aq rase aq suke qo ler
    (the aq qo trend, bunyi cam orang tercekik bercakap)

  2. cpt sket trn bwh kt nk g tgk wyg
    (trend shortform yang sangat canggih, sekarang orang tua pulak guna. konon up to date)

  3. aku tk sokong mana2x aku support dua2x korang. haha2x
    (perkataan berganda letak 2x, ni untuk peminat matematik)

  4. skunk kew? sayunk ah.
    (bahasa yang di inovasi jadi macam bunyi sengau)

  5. gilewr cgt kt b. winduw cgt kt b.
    (bahasa beruk mengawan)

  6. trend 'papa mama' kalau couple. -.-'
    (orang yang dah tak sabar sangat nak kahwin)

  7. bahasakan diri 'ayg' and 'cyg' kalau couple
    (orang yang patut kita lempar batu)

  8. lempang lelaju kang!
    (peminat peminat kelajuan, mungkin juga rempit)

  9. sayang kau ketat ketat.
    (tah ketat celah mana aku pun taktau)



  10. fyi imysfdm lol
    (for your information i miss you so fucking damn much, laugh out loud. kemain nak fucking bagai kau?)

  11. HaI mY nAmE iS bEllA. dOnT juDge a bOoK bY iTs cOveR k.
    (capd lock dia rosak dohhh )

  12. hai y'ols. we'ols late sikit -.-'
    (perasan orang putih sungguh)

  13. Hye
    (Hai versi canggih)

  14. dah mam ke lom? owg bawu pas mam
    (kalau zaman sekarang mam tu maksudnya mampos. haa cuba baca balik haha)

  15. okey beyby, lurf u, lap u. luv u.
    (love you je sekarang)

  16. vavi ar kau. fantat sungguh kau ni. hevadd hevadd
    (buat apa sengau sengau? kasi BABI terus senang!)

  17. no0b gila kau d0h. aku p0n tak b0doh camtu
    (O dengan kosong pun tak reti beza dah)

  18. uhukhuuhkk buhsannyaa ~
    (trend ombak)

  19. urang tu ske ijau. sye pown ske gak. hihik
    (O jadi U)

  20. kebellaaan keliman kecelakaan
    (trend imbuhan)


    har har harr harrram jadahhh!
    seronoknya ingat balik zaman muda muda. time ni tengah nyanyi lagu elyana lagi tu. zaman zaman Datuk Siti dara lagi. HAHAHA :DD


    p/s ; kalau suka, tekan like. kalau tak suka, aku songket bontot kau!





Tuesday, August 2, 2011

typical



bagai dilambung tsunami, kisah pertunangan goalkeeper malaya Khairul Fahmi dengan Aimie or known as Elia sibuk diperkatakan. tidak cukup dengan front page paper, orang sibuk dok canang sana sini kat blog. tak salah pun korang nak kongsi ilmu, tapiiiii yang aku cukup bebulu ni, kenapa korang semua sibuk sangat hal orang?

dia nak putus tunang ke, putus haid ke hal dia lah. kenapa sibuk buat forum mengata pihak perempuan itu ini? korang jealous kan sebenarnya sebab Apek tak pilih korang. hahaha. duduk diam diam sudahla. baik korang pergi sibukkan hal bulu kaki korang makin panjang dan kasar. haha.


ni pun masalah gak ni, bila orang sibuk sangat dengan kpop.
cuba hargai sikit tarian joget Malaysia. HAHAHA



yang lebih m e n j e n g k e l k a n
adalah apabila Malaysia kalah bola dengan Singapura. jelek betul aku baca posts and status semua orang. kalau setakat post status cakap bengang, tak apa. ini siap buat page mengutuk negara mereka. alahaiii. macam budak budak, sungguh. kalau dah kalah, buat lah cara kalah. kita pun tahu Malaysia kalah bermaruah, senyap sudahlah. memalukan, sungguh memalukan. mana perginya semangat kesukanan? aku tak backing mana mana pihak. jangan nak kata aku singaporean, aku Malaysian. tapi aku malu bila orang Malaysia macam nak ajak Singapura bergaduh. kita kan berjiran, walaupun cili padi mereka import dari negara kita, (hahaha) tapi kita sepatutnya sama sama memajukan negara masing masing.



dari sibuk hafal nama kpop, baik kau hafal periodic table ni (konon)
takpun hafal Asmaul Husna ke, surah yassin ke.



aku jijik jugak bila cakap macam ahli pidato ni. tapi seriousss. aku muak dengan perangai korang yang tipikal tu. sibuk nak tahu orang sangat. cuba bawak sibuk korang tu pergi Russia, SIBUKKAN diri korang ambil tahu macam mana diorang control nuclear reactor. sibukkan diri macam mana orang buat kereta sebagus Hummer. barulah negara maju. ini sibuk nak tahu gosip semasa, akai takdak. haha dah lah wa chalo dulu la. nanti ramai pulak unfollow aku. hahaha


p/s ; blog aku dah ada button 'like' ni sebab ada orang suruh buat. haa canggih en? blog kau ada? HAHAHA. ce tekan ce tekan :D


Friday, July 29, 2011

BRANDED



malas nak buat mukadimah, kita terus ke topik utama


aku menyampah tengok muka promoter branded shop. (jangan tanya brand apa. aku taknak kena saman. hahaha.) sebab apa? sebab kebanyakan mereka (bukan semua) akan jeling orang semacam. walaupun mereka tak suarakan, akan tetapi kita yang dah dewasa ni tak cukup bodoh untuk anggap itu hanya pandangan biasa. jelingan hujung mata yang bermaksud "kalau takde duit blah" atau "kau sepahkan baju, aku kerjakan kau" sangat mengguris hati dan menambah perasaan bebulu serta merta membuat kami mengangkat kaki dari kedai anda.

saya tahu anda suka saya berambus supaya anda tak perlu kemas kan? oleh kerana itu saya pedulikan jelingan anda. saya kirai kirai baju baju itu depan mata anda. lagi anda jeling lagi saya kirai dengan meriah. saya sengaja cebik cebik bibir dan gelakkan design baju tu. kadang kadang saya tambah HAHA untuk memeriahkan suasana. pedih tak pedih tak? hihihihih. padan muka. siapa suruh jeling orang.


bajet bagus betul. kaki nak kaki? padahal promoter jeee. pasal tu kalau masuk kedai branded, kena buat muka berlagak sikit. lagi kerek lagi afdal orang kata. kalau dapat menyamar orang tua lagi bagus. sebab diorang ni tak respect remaja. diorang punya muka sama erti dengan "pukullah saya". kasi tunjal dahi baru tahu. lama dah nak cakap pasal orang orang yang kerek ni. aku customer, kau promoter. tu, pergi cermin diri kau dengan uniform kat fitting room sana. :D HAHAHA


*sekian entry bengang. ini bukan semua eh. SEBILANGAN.*



p/s ; tadi wa pigi Isetan Klcc cari dreambag gua, tak ada. pergi pavi pulak, tak ada. promoter tu cakap Lot10 punya pun takda. padahal dia waktau lebih. taknak mengalah. gua pergi lot10, ada. LEGAAA. rasa macam nak joget dari 4th floor sampai ground floor. gelek inul pun takdehal, happy punya pasal. hihihi. biasalah, orang dah gaji memang suka lupa diri. so mission accomplished lah kira sebab wa dah shopping benda dalam wishlist. terima kaseyy :p

promoter kerek tu bukan brand ni. kalau tak, takkan aku beli, kan?
mesti aku pijak pijak je. hahaha. bag dia dalam tuuu. putih ni bungkusan je.
muka happy jumpa dreambag. pipi terkeluar pun takdehalll.

Tuesday, July 26, 2011

Aku dan Baju Kurung

contest Aku dan Baju Kurung ni aku usha dari blog si Aida. dulu dia ada tag aku untuk masuk contest muka ayu tanpa makeup. sebab sadar muka ini tak ayu, aku tak masuk ah. hahaha.


ini dia muka si penganjur, Deeya.


hah ni je gambar pakai baju kurung yang senonoh sikit. aku tak banyak gambar sorang. berdua bertiga ada laa. gambar ni pun time raya tahun bila tah. tu pasal muka muda sikit. haha


aku rasa gambar ni cun sebab dalam gambar tu ada aku.
(sukahati akulah nak cakap apa, blog aku.) :D kihkihkih


sekarang aku tag semua followers aku.
siapa nak join, join lah kau. haha


p/s ; deeya, kau bagi jelah aku menang. dah berapa hari kredit aku kering kontang ni. kesian tau handphone aku. HAHAHA

Thursday, July 21, 2011

mata letak kat bontot


jangan tanya kenapa aku dah lama tak update. sebab aku tahu tak ada siapa kisah melainkan orang itu memang peminat blog ini, yang tentunya takde akal, bakal gila atau buta huruf secara amnya.


ramai orang especially kaum lelaki lelaki kaberet, yang mengaku gatal adalah naluri semulajadi dan menjadikan hormone sebagai alasan suka usha bontot wanita. lucky me, seorang jejaka yang merenung bontot aku membantu aku. jangan ingat aku suka dia usha bontot aku.

tapi... hal ini adalah kerana, tadi aku makan ngan member aku. aku letak notebook aku atas tray. kemudian kerana teruja nak pergi beli Cup-Bon Mocha, yang ada benda bulat hitam geli geli pejal pejal tu... aku rasa aku telah terbuang note book aku. yang secara lahiriahnya atas tray makanan aku td.

aku pun menggelabah la, menghayati watak pengemis lalu menyelongkar tong sampah dekat fast food tu dengan jayanya. carilah notebook bagai nak rak, kecewa sebab tak jumpa. :( kemudian seorang jejaka menegur

"yang kat bontot tu apa" kat bontot? aku usha bontot aku.

"bontotlah."

kemudian dia tenung tajam bontot aku. homaigod. bergetar dado den! haha


aku cuba mencari punca, kemudian... hihik. ternampak pen dan notebook dekat poket kat bontot tu. terus aku menjerit dengan nyaring dan merdu. bangang nak mati, macam manalah boleh tak perasan notebook aku kat situ. time aku kenc tadi, kenapa aku tk perasan? muahaha. terasa bodoh tambah bangang secukup rasa. okay, itu je nak cerita, haha. nak marah pehal. blog aku, sukati akulah nak tulis apa. haha

satu lagi mata letak kat bontot, dah lama aku tak bukak blog ni. tetiba bukak je, followers dah naik. padahal aku tak update haram jadah. apa lagi nak balas kunjungan. boleh blah ah nak baca cerita bodoh seperti

"harini i makan nasi lemak. rasanya lemak lemak. ehh naik lemak i"

tak kurang juga pengakuan si cicak cicak kobeng diluar tentang makan banyak pun tak gemuk, bangga ke tu? tak normal okay. orang normal, makan banyak jadi gemuk. makan sikit maknanya pura pura diet depan orang. dekat rumah selongkar periuk. HAHAHHA. jelek jelek -,-

terharu ada jugak orang nak follow and walaupun tak ribu ribu, juta juta cam awak, saya pedulik hape. saya tak gila glemer. orang je ingat saya artis. HAHAHAHA. (plaim) itu jelah. terima kasih kepada yang setia membaca, walaupun sebagai silent reader, stalker, hater, or secret admire. ( AUWWWW panjang panjang) ><

Monday, June 27, 2011

trend and sickness

im not going to write a post on health.
tapi.. penyakit orang zaman sekarang yang pelik pelik, yang makin tak paham bahasa dan kurang kesedaran sivik sebab kelas sivik lebih sinonim dengan kelas tidur.

  1. allergic dengan english - beberapa masyarakat kolot yang tahu nak mengutuk orang je. kalau kawan dia speaking sikit mulalah nak kata orang tu makan belacan tapi lidah nak ikut bahasa penjajah. what the heck? ni zaman millenium okay. english is the universal language. sedangkan Usop Wilcha pun dah kata "itulah pentingnya english education~"


  2. tak paham maksud stalker - dahh sudahh! golongan ni memang ramai. kau tahu tak stalker tu maksudnya pengintip. ini tidak, dah nama pun kau blogging, pastu bila orang baca blog kau tapi tak komen, dah kau nak cop stalker. apakah? kau yang approve tah anak siapa siapa kat facebook, bila dia tengok gambar kau, dia usha wallposts kau, kena lagi stalker? semua orang pun kau nak cop stalker, nak buat macam mana, kau hot kan???


  3. dengki mendengki - ini trend paling masyukk zaman sekarang. orang dah kurus kau kata hisap dadah, orang dapat masuk UM kau kata bapak dia ada cable. sedangkan orang join contest pun kau kata dia jaja muka. orang letak gambar kat blog kau kata semak, bajet cantik. ehh muka dia, lantak dialah kalau dia rasa muka dia lawa ke hidung dia penyek ke. kau dengki ke muka kau banyak lubang golf, malu nak tunjuk?


  4. menyibuk hal orang - kenapa kau kisah perempuan tu ada boyfriend ke tak, padahal kau pun sama perempuan. lesbian ke? rasa puashati ke bila dapat tahu boyfriend dia tak sehensem boyfriend korang? kenapa sibuk nak tahu anak si Bedah ngan anak si Kiah SPM berapa A sedangkan anak korang pun masuk kelas pemulihan.


  5. perasan tak, orang sekarang suka cakap macam ni. "satu je aku nak cakap ngan kau, jangan sibuk life aku lagi. pastu aku tknak kawan ngan kau dah. pastu aku benci kau. pastu blabla". kata nak cakap satu je? tapi banyak pulak dia cakap. haha.


  6. dunia dunia dunia... semua tuding menuding. pelajar pukul cikgu.. pelajar tu dikata macam setan. cuba siasat kenapa dia pukul cikgu tu? mungkin cikgu tu sentuh pasal mak bapak dia. dan mak bapak pulak. cikgu pukul anak dia, dia nak bergusti dengan cikgu. padahal anak dia yang perangai haram jadah.


  7. siapa kata lelaki handsome untuk perempuan cantik je? sekarang bersepah la aweks cun gila. boyfriend nya muka macam lelaki lapan kali kena simbah acid. alaa orang kat rupa tak penting, yang penting poket. ehh ehh! yang penting hati. hihi.


  8. trend sekarang - ampu mengampu menjadi pilihan. walaupun muka member tu macam biawak nak bersalin, tak apa. puji je sebab dia dah puji gambar aku cantik kannn. comment je lawaaaaaaa panjang panjang sambil tutup mata.


  9. muka dah hensem, baju dah stylo. body jangan cerita, gagah perkasa. tapi.... duduk kat tempat orang kurang upaya dalam lrt. buat buat muka seposen, pura pura tak reti bezakan orang tua dengan orang orang muda. serta merta nilai kau untuk jadi bakal suami aku dipandang begitu enteng sekali. hamboih.


  10. bodoh tak bertempat. - bila orang kata bodoh, marah. tapi pergi sekolah taknak. kalau pergi pun nak tunjuk samseng. taknak belajar sebab rasa lagi seronok kalau kerja kan dapat duit. tak fikir masa depan langsung. dengan standard spm je sejauh mana kau boleh pergi? konon mak bapak dah ada business. pergi la study business. apa, kau ingat tak payah la belajar strategi perniagaan ni semua? cuba la berwawasan sikit.


  11. "i am not racist okay" tapi... bila orang silap cakap mulalah kau nak kata dia keling, mulalah nak kutuk cina kuat menipu, cina mata sepet buta, india bau hancing, cina bau hamis. melayu bodoh, melayu malas? cantik sikit! perangai ni semua depends on individual okay. jangan nak stereotype orang suka hati mak bapak kau je.


  12. satu lagiiiiii! pasal stereotype jugak. eee aku pantang betul orang cakap "budak kl jahat". budak kl social. kalau perangai tak senonoh sikit, budak kl lah tu. ecemakk. bestnya mulut... malaslah nak cakap negeri mana yang banyak kes pengguguran bayi. yang banyak rempit. diorang cuma bernasib baik je takde road block sebab rempit dalam kebun getah. ahahha


    itu jelah yang dapat aku muntahkan kali ni. naik muak aku tengok perangai dan pemikiran orang sekarang. mencik mencik! panjang pulak entry ni. orang tengah marah kan... :)

Saturday, June 25, 2011

lelaki boleh, perempuan boleh blah


kecik kecik dulu memang aku ingat aku seorang lelaki. sampaikan pergi event pun aku taknak pakai gown. aku nak pakai kemeja ngan bow tie. macam abang aku. lagipun sampai sekolah menengah orang suruh aku beratur kat barisan lelaki. pasal tu aku suka tengok cermin. bagi yakin sikit aku ni perempuan. haa. harini wa nak kasi tau lu orang apa yang lelaki boleh tapi perempuan tak boleh buat. kepada yang tak berjantina, APA PUN TAK BOLEH !

  1. HISAP ROKOK
    kalau lelaki buat - "eleh common la lelaki smoking. kau jadi gf dia nanti kau suruh la dia berhenti. "
    kalau perempuan buat - "kau hisap rokok nak jadi apa? jadi sundal?"


  2. MAIN BOLA DAN CARI KAWAN
    kalau lelaki - lelaki boleh main bila bila masa je. kalau nak main, turun je court. pastu cakap nak join.
    kalau perempuan - "ehh aku kenal kau ke? nak main sama sama pulak. tetiba je. dah la pakai seluar sedut. nampak cam lembik je pompuan ni taknak lah main sama" dan perempuan tak boleh main bola, siapa kalah bukak baju. haram jadah. pasal ni memang aku fail la dan trauma join budak lelaki main.


  3. KENTUT DEPAN KEKASIH
    kalau lelaki buat - kira style habis le tu. tak hipokrit depan girlpren la orang kata.
    kalau perempuan - sah! confirm! mati hidup balik pun takde orang nak jadi boyfriend kau!


  4. CAKAP LUCAH
    kalau lelaki - "bukan I gatal.. tapi dah memang naluri kami sebagai lelaki. heheee"
    kalau perempuan - "apasal kau ni lucah sangat ni? sangap ke apa?"


  5. KELUAR MALAM
    kalau lelaki - "alaa. nama pun lelaki. aku kalau tak balik pun mak aku tak kisah. baru jantan. lelaki tak keluar malam? anak mak lah kau."
    kalau perempuan - "wuyoo soSIAL gila kau ni. keluar malam, pergi shisha pulak tu. bapak kau tak marah?"


  6. BUAT SKILL POWER TIME MAIN BOLA
    kalau lelaki - "biasa dah tahan guna dada. dada i kan tough ?"
    kalau perempuan - "wooo. tahan guna dada siott. kau ni alien ke?" (tu yang malas aku nak tunjuk skill tu. hishh)



  7. BELA BULU KAKI
    kalau lelaki - "babe, bulu kaki you menawan doh. nampak jantan gila. aww GRR"
    kalau perempuan - "kau ni species apa ni? dah macam hutan amazon dah aku tengok bulu kaki kau. shave la gila. tak pasal pasal orang ingat kau maknyah nanti."


  8. KAKI GAME
    kalau lelaki - "biasalah.. jiwa lelaki dengan game memang tak dapat nak dipisahkan."
    kalau perempuan - "kau ni asyik game je.. loser gila kau. pergi belajar masak lagi bagus!"


  9. JADI WALI
    perempuan sah sah lah tak boleh jadi wali. so.. kepada lelaki lelaki di luar sana janganlah gatal nak tindik telinga macam wanita. nanti tak boleh jadi wali kepada anak anak awak. style tak kemana okay.


  10. KAHWIN LEBIH DARI SATU
    kalau lelaki - "nak buat macam mana, dah mampu. saya ikut sunnah nabi je"
    kalau perempuan - nak mati? kumpul lah boyfriend banyak mana pun.. boleh kahwin sorang je. so cobalah untuk setia ye. hahaha

    cewah bella konon mengaku jantan, panas pun tak tahan.
    pondanlah kau wei! haha

p/s ; maaf ye kalau ada menyentuh sensitiviti mana mana pihak. and by the way. aku dah sedar yang aku dilahirkan seorang wanita. comel pulak tu! haha. xD tak puas hati pegi mati.

Thursday, June 16, 2011

shitty shit


I woke up with a fever this morning and I felt so sick. I just stayed in bed until it was approaching noon. Okay, maybe in the evening? teehee. I lost my appetite. Even though it is may close to impossible, but I’m not joking. It is dinner time right now but honestly I don’t feel like eating anything at all. I have a futsal match this sunday. and tonight, I skip our friendly match because of my health condition. feels heavy and moody. shit shit and shit. dont talk to me. im not in mood to hear your babbling. im going to sleep. buh-bye.
cough cough. pray for me, will you?

Sunday, June 12, 2011

PEREMPUAN TAK PERNAH KENTUT

apahal kurang asam sangat entry aku kali ni? hehe.
perempuan tak pernah kentut? kenapa? sebab perempuan
kan comel, ayu, kalau kentut tak ada orang nak masuk meminang!
BAHAYA! ini soal masa depan!


ellehh.. kencing la weh perempuan tak kentut. habis tu korang bahasakan dia apa selain kentut? proses menyah-gas dari bakteri dalam perut? yang bunyinya terhasil sebab VIBRATION at ANUS? jangan skema sangat. lempang karang. Obama pun tahu kentut tu apa. (penipu). mari kita kontotkan cerita. tadi aku borak dengan sorang brader ni. aku kata nak kentut. dia pun gelak je. sebabnya aku cakap perempuan tak pernah kentut. habis tu angin keluar kat mana? kalau bukan keluar sebagai sendawa ala ala biawak "BURGGHHPPP", angin perempuan naik ke kepala. pasal tu jadi kepala angin. (padahal cakap diri sendiri ceycey)



kami teruskan perbualan yang berkisar tentang kentut masing masing. aku klasifikasikan kentut aku sebagai "put" iaitu kentut malu malu tapi mahu. AMBOIR? (hai zubir!) kentut seterusnya bukan calang calang orang boleh buat. kentut yang mempunyai bunyi yang hebat, aku memang kagum.

TETAPI ada satu kentut yang paling celaka, iaitu kentut yang senyap tapi bau dia boleh melumpuhkan seangkatan tentera israel. macam telur tembelang kau tauuu! KEJAM. sadis! tidak berhati perut betul pemilik kentut ini. sepatutnya ada alat yg boleh bagi amaran sebelum dia nak kentut sebab antara hidu kentut tu dengan methane, aku rela hidu methane. :D


sekian sahaja episod kita kali ini. sekadar berkongsi, apahal nak malu mengaku kentut? semua orang kentut. kecualilah kau takde bontot. ops! punggung. i sopan sikit ya. :D


[cara untuk kentut tanpa dikesan, sambil stretching PUN BOLEH]



p/s ; tengoklah video nigahiga (off the pill, FART). terbaik. gua tak ciplak eh. gua cerita apa gua borak je on the phone. :p

FIN

Wednesday, June 8, 2011

jom cop lelaki

perempuan zaman sekarang. ish ishh. (hanya gambar hiasan)


haaa... kawan kawan, sesiapa yang berumur 18 dan ke atas, korang dah ada boyfriend? atau abang sayang? atau boy? atau scandal? atau teman tapi mesra? at least orang yang admire korang sekarang? paling busuk pun sorang? kalau takde, baik korang rasa risau sekarang!

haa nak tahu kenapa? sebabnya, masa aku dekat matrics dulu... sorang kawan aku pernah kata macam ni,

"kau dah ada boyfriend? kalau belum baik kau cop sorang lelaki kat matrics ni. sebab, orang kata lelaki kan makin pupus. lelaki yang baik, lagi lah.. berapa kerat je ada."

"kenapa kat matrics? kan ramai lelaki kat Malaysia ni"

"sini senang nak cari. lelaki kat kolej kita baik baik." kata dia

"alah, aku target nak cari time degree nanti. baru matang sikit"

"aaa itulah kau tak tau. kalau masuk degree nanti, semua lelaki baik dah berpunya."

salah satu punca lelaki makin pupus
sebab lelaki dah tak suka perempuan


terdiam aku time tu. ehh betul jugak kan. cuak jugak aku, takut fail cari jodoh. ada orang kata, jagalah market. nanti kat U ramai lagi lelaki berkualiti. tapi... taknak aku end up jadi andartu sebab jual mahal sangat masa muda. lainlah orang hot kan, pergi mana mana pun ada je peminat. tak payah takut tak ada orang nak.


gua ada tujuh. pahal? tak puas hati? kawan je.


dulu kat kolej, ratio perempuan dengan lelaki macam 2 : 1 atau lebih. sebab perempuan je ada 10 blok. lelaki ada 5 je. dalam satu praktikum (class/kumpulan kecil) perempuan ada 18, lelaki ada 6. so sorang lelaki boleh pilih 3 perempuan. hahaa. budak lelaki pun rilekk je. takdehal lah. kalau sorang perempuan reject, ek eleh. berlambak lagila yang cun, yang baik. nak yang bertudung, yang tak bertudung, yang pakai shawl zebra, semua ada. ahaha. lelaki pulak, muka tak seberapa janji pandai ayat, bijak, stylo sikit, ehh mesti nama anda naik di kluster perempuan.

kalau ada sorang minah yang bajet hot, nak kawan dengan ramai lelaki, haaa. ini mesti menjadi musuh di hati perempuan lain. sebab kononnya, jangan conquer sorang. kan ramai perempuan kat situ. aku dah lali dah kena gosip kena kutuk. :D gua kawan je okayyy. lu orang nak lelaki lelaki tu, hambikkk. cewah.

haa ciri ciri lelaki berkualiti adalah lelaki yang - baik, berpelajaran, baik rupa, beriman

cewahh. lelaki idaman semua perempuan tu. tapi, nak cari yang bagus pun, cermin diri sendiri dulu. :D nak yang handsome, sendiri pun muka macam lempeng. nak yang beriman, sendiri pun pakai baju macam pinjam baju teddy bear. kehkeh.

so.. samada korang nak guna nasihat kawan aku tu atau tak, terpulanglah. sebab bagi aku, buat apa nak kecoh kecoh. kita kan muda lagi. kalau ada jodoh, adalah, kan? lagipun, apa kejadah kita nak cop lelaki kalau lelaki tu tak minat kita? nak jadi pergii cari timba? cehh -_____-


dah la, mengantuk layan korang. chow dulu laa. :p

FIN

Wednesday, June 1, 2011

KAU CHILL SIKIT BOLEH TAK


"weh mana pencilbox aku doh! alaaa mana ni! kuliah aku lagi 10 minit weh!"

"wehh mana ni. alaaa mana ni. alaaa. uhuu~" bernada cemas


seorang gadis memekik di bilik, berlari kehulu hilir tanpa arah tuju. menyelongkar segala apa yang boleh diselongkar dengan rakus. kemudian mengeluh beberapa kali dan kadang merengek. mengganggu ketenteraman roommate beliau yang sedang memakai liquid eyeliner dengan penuh berhati hati bagi seimbang tajamnya kanan dan kiri mata.

jika ini berulang, nescaya aku akan cocok mata gadis itu dengan eyeliner aku!
aku lantas memberikan pandangan tajam dan menyirap.


"kau chill sikit boleh tak??!!!!!!!!!!!!!!!"


tahap kesabaranku memuncak. amarahku makin menggila lebih-lebih lagi apabila eyeliner kini telah comot dan rupaku tak ubah macam badut gila.

dengan garis mata separa dengan kening, aku menuju ke arah gadis itu. bergerak ke mejanya. membuka laci, kemudian menutupnya kembali. membuka beg nya, menutup kembali. kemudian aku menoleh ke katilnya. mengangkat tilam, lalu aku ternampak pencilbox berwarna PINK beliau. aku hulurkan.





senyap.





"weh thanks weh. aku gelabah do tadi. thanksss" sambil berlari keluar beliau tuturkan.

___________________________________________

haa cuba la cari cincin hilang dalam tongkang tu. ada bran?
ni time aku berkemas nak blah dari matrik.



itu situasi pertama yang dapat kita gambarkan. okay serious aku menyirap betul dengan orang yang cepat gelabah plus bising je mulut dia nih. aku susah sikit nak adapt and aku tak boleh terima kadang kadang dengan orang yang perfectionist. apa persamaan diorang? gelabah.

cuba kau fikir, kalau kau hilang barang, kalau kau jerit jerit maki hamun, kau rasa pencilbox kau tu rasa cuak dan berlari balik ke pangkuan ke? TIDAK, bukan? jadi, apa kata take a deep breath, sit, and think. bila last korang guna barang tu. kalau tak jumpa, tak payah nak menangis. membazir air mata, okay. baik korang mintak je kawan korang pen. perempuan selalunya ada banyak koleksi pen. diorang tak boleh hidup gembira kalau kawan diorang punya pencilbox lebih kembung dan padat daripada diorang.

___________________________________________



serabut aje kerjanya, orang tengok pun menyampah



situasi kedua

"kau ni memang *****. jantan tak guna!! BAB* kau!!"

prang!!

itu dia. tepat ke dinding! balingan bergaya dari rakan kita yang frust bercinta dan terlampau ikutkan rasa amarahnya. 8/10 markah aku bagi sebab handphone dia dah pecah berkecai. lagi 2 markah tak dapat bagi sebab dinding tu tak pecah. nak kata vandalisme, tak boleh sebab dia tak rosakkan harta awam. dia rosakkan harta dia sendiri. tapiiiiiiiiii. bila hidung kembang dia dah kempis, dan bila dia dapat berfikir dengan waras, dia akan menyesal. sebab dah tak boleh nak tengok gambar akibat skrin handphone dah jadi warna warni. cantik gila. apa lagi, hantar kedai la kak. dan kemudian, gunalah handphone kawan untuk menerima pujuk rayu sang kekasih. :)


tarik nafas, chill. macam chibi maruko chan ni.



ketiganya, tak habis lagi nak kupas pasal perasaan takut lipas sampai melompat memeluk mana mana jantan yang muka macam komunis pun, hanya kerana tak dapat nak lawan ketakutan sendiri.

4. macam mana pulak dengan yang menangis ketakutan bila tahu bilik korang tu ada sejarah cerita hantu yang diceritakan oleh pakcik cafe dan juga 'professor serba tahu'.

5. tak kurang jugak dengan yang ikut sama menjerit bila hostel korang ada histeria. orang lain yang disampuk hantu, satu asrama ikut menjerit apa kehe? adakah korang turut serta menjiwai watak? pergi castinglah, untung sabut boleh jadi pelakon macam Maya Karin.


ada bintik sikit kat muka pun dah kecoh sekampung. :">


6. ada lagiiii... yang mengamuk sebab orang tak susun barang ikut abjad, atau tak 'jeng' (tegangkan bedsheet) katil betul betul sampai lambung syiling pun terpantul balik. ada yang sanggup duduk atas lantai semata mata taknak kedutkan katil.

chill la sikit brader. nak kemas, nak bagus, nak perfect, nak lepaskan perasaan, nak ekspresikan feeling, emotion semua takpayah gelabah sangat. belajar untuk chill sikit.


lek luu. sap kok luuu.


walaupun tak hisap rokok, tapi kot ye pun jangan over sangat.

tengok. gua patah kaki pun rilek je. apadahal?


p/s : aku pun menggelabah jugak. aku taknak keluar bilik atau rumah kalau baju aku tak bergosok. walaupun sekadar nak pergi lepak maplay, pergi koko ke, malah turun cafe sekalipun. aku akan gosok baju. chill, chill jugak. image kena jaga beb. tapi bella, chill sikit. tak mati pun kalau seluar tracksuit kau kedut sikit. HAHAHA :D

Friday, May 27, 2011

SUNSHINE SMILE CONTEST


first of all, thanks to Marya Hana for tagging me to join this contest.
disebabkan tak tahan tengok hadiah dia yang gempak, and menyahut cabaran untuk beat si kakak, maka saya juga join contest ini. tak susah nak join, just bukak mulut lebar ala ala nak muntahkan semua gigi, kedutkan sikit hujung mata, gerakkan kesemua 17 muscles to smile, then snap picture. siap sudah perjudian ini. kerana mempertaruh gambar sambil menunggu keputusan dengan peluh dan perasaan nak tercirit semua merupakan satu perjudian. memperjudikan nasib!


*******************************************************

Seperti yang dijanjikan, SUNSHINE SMILE CONTEST akan bermula pada 22 Mei, 2011. HADIAH UTAMA BERUPA POLAROID INSTAX MINI 7S beserta INSTAX MINI FILM yang bernilai RM600.

CONTEST APE NI?
Sunshine smile contest ini adalah contest SENYUMAN PALING CERIA. Apa yang anda perlu lakukan untuk join contest ini hanyalah baca dan ikut syarat-syarat yang tertera dibawah. Contest bermula pada 22 Mei 2011 dan tamat pada 1 Julai 2011. Keputusan akan diumumkan pada bulan July 2011

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
1. Sila follow kedua-dua penaja di link berikut:
http://mynameismyname-ashraf.blogspot.com/
http://aarrghitsme.blogspot.com/
2. Copy dan post entry ini di blog anda dan attach gambar (SATU GAMBAR SAHAJA. GAMBAR ANDA YANG SEDANG SENYUM)yang ingin dipertandingkan.
3. Senyuman mesti CERIA!! Ikhlas atau tak ikhlas belakang cerita..
4. Sediakan ENTRY khas contest ni dan link kan kepada saya di comment box entry ni:
http://mynameismyname-ashraf.blogspot.com/2011/05/sunshine-smile-contest-starts-now.html
5. AJAK minimum 3 orang rakan anda untuk join contest ni dan tag entry khas mereka di bawah gambar anda
(kalau rakan follower sikit, boleh dikecualikan)

6. Untuk keselamatan jika blogger.com buat hal, sila link kan entry khas contest anda di:
http://www.facebook.com/pages/Sunshine-Smile-Contest/211819135518018?sk=wall


*************************************************************

dan.. ini adalah gambar yang gua nak pertaruhkan.



gua pertaruhkan Ashraf Jalil !
haha. okay tipuu je. ni dia encik penganjur punya senyuman. :)



inilah gambar yang gua pertaruhkan.

aku takde reason bagus untuk senyuman ni.
aku malas la nak tipu aku baru lepas kena ekor ke apa.
senang cerita aku senyum sampai nampak wrinkles ni
sebab Encik Ashraf Jalil. wahh gatal kau , Bella!
haha takdelah. senyum untuk contest ni la. :D



so aku tag


haa ambik kau. AAA, tiga rakan yang aku rasa nak tag. ;D


sekian, haraplah jodoh aku dengan POLAROID tu. :D
awak, tolong doakan saya depan kaabah ye. haha