Friday, May 28, 2010

sampai hati kau kamil :(

"saya teraniaya"

maybe ada yang ingat entry kali ni untuk cerita love story aku ngan insan bernama kamil. namun tidak. anda salah. kamil.. seindah namanya, kesempurnaan maksudnya. akanku singkap cerita duka ini yang menjadi titik hitam dalam hidupku.

tanggal 27 mei 2010 membawa kisah duka di dalam hidupku. tidak pernah sekalipun aku terfikir kamil sanggup mengasari aku sehingga begitu rupa. tidak pernah aku bayangkan. dan tidak ingin juga aku abadikan kenangan itu, cukuplah aku simpan di dalam kotak ingatan sebagai pengajaran kelak. pada hari itu, aku bersama rakan rakan keluar pagi untuk melepak kali terakhir sebelum aku menjejakkan kaki ke 'matilah'. (matriks kuala pilah) before ni kan 'kopilah' (uitm kuala pilah). :D kami semua berkumpul saat embun masih lagi membasahi hujung daun. izzham dan aku mencari rakan lain dan berkumpul di court setiawangsa.

ini dia lokasi kejadian

sungguh aku tak sangka, kawan yang akan datang yang dimaksudkan izzham adalah freddy. dia datang membawa kejutan. jahat you tak bgtau! kemudian, insan yang ditunggu bagi melengkapkan sepuluh orang termasuk aku pun tiba. kamil datang membawa sang suria dan meniup awan kelabu pergi. ohh teriknya rasa. peluh mula membasahi dahi dan kesemua kami bagai cacing kepanasan tergedik gedik di open court yang panas itu. semakin bahang mencengkam tubuh, mereka setuju untuk terus bermain. kami gagahkan diri bermain pada tengah hari rembang itu.

niatku hanya untuk duduk di tepi menemani adilah zakaria. namun aku dipelawa bermain untuk pasukan freddy bagi mencukupkan 5 pemain. encik freddy telah melarang namun aku berkeras hati. aku bencikan kepanasan kerana aku akan rasa seperti nak pitam. fighter gila rasa siot. kami bermain. walaupun sang suria seakan menjealousy namun kami buat derk saja. aku memakai topi dan mengikat rambut ala ala selekeh habis. si lelaki kesemuanya bermain macam lupa diri. aku ingin membuktikan kejantanan yang kian pupus di dalam diri. semangatku berkobar.

mungkin aku patut cuba cover calar tu dengan rambut macam ni.

bola kini berada di tengah. saat kesemua bergumpal macam sambal, aku berlari. ingin mendapatkan bola. aku hanya menunduk. di hati hanya bola, bola. ingin aku rembat ke gawang gol. sedang aku berlari ke arah bola di tengah padang itu, tiba tiba, BEDEBUK!! aku rebah bersujud di bumi yang fana ini. pandangan mataku berpinar. kelam. gelap. kosong aku terasa. telingaku seakan akan tuli dengan bunyi. mulutku bisu, mataku buta. aku rasakan perit, pedih di muka. TERIMA KASIH KAMIL. kamil telah merembat bola itu sebelum aku sempat sampai. begitu kencang rembatan kamil sehingga aku rebah. topi di kepala ku tertanggal.

selepas itu aku cuba bangkit, aku terdengar mereka menjerit dan hilai tawa mereka. ohh aku masih hidup. namun pandanganku terganggu. setelah beberapa ketika mataku kembali normal. kulihat wajah kamil, matanya sayu. dia dihambat rasa bersalah. pipi kananku pedih. seakan ditampar menggunakan terompah yang digunakan di jamban jamban. mungkin rasanya terompah yang besar. freddy hanya memberi respon "ohh. duduk tepi." kepadaku saat kutunjukkan luka itu kepadanya. pipiku bengkak sebelah. aku dihambat sesal berpanjangan. jika aku tak main, tentu bola itu tidak menyapaku. aku trauma! bola oh bola. karena dirimu bola, wajahku kini cacat. cela ini tidak mampu kututup biarpun dicalit foundation dan blusher setebal mana. pipiku calar walau bengkak mulai surut. sampai hatimu kamil. wajahku kini jelek dan cela. seperti orang baru lepas gaduh dengan boyfriend kayaknya. kini aku sadar dan aku tidak akan mengingkarimu lagi, freddy.

pesalah. haha. gurauan semata.

p/s ; aku tau ini bosan. siapa suruh baca,. hahha. saja bergurau membuang masa. ini takde kaitan dengan sesapa. hanya bahan utk geli geli. kamil, jangan marah, serious bergurau. :DD
btw, ini kisah benar! im a monster now. hahah. kamil ni baik je orangnya, dia tak sengaja pun. it was an accident. this is just a joke.

Saturday, May 22, 2010

Hebatnya Perasaan Ini

muka budak sakit baru keluar hospital. si pucat yang nyata.

kenapa tetiba si bella terasa hebat? hahaha. ini bukanlah kerana saya seorang yang hebat tetapi kerana telah berjaya menurunkan hujan selepas kemarau 18 tahun. okay mesti tak paham kan. tetapi.. wahaha. terasa seronok. :D teruja masih lagi terasa.

pagi tadi Affan selaku abang saya ajak main futsal lawan team dia. so pergilah main. sampai aje kat court dah hujan.. redha jelah. lepastu hujan lebat selebat lebat alam. its raining and breezy. bapak sejuk wa cakap lu. menggigil siot. aku pakai cap and letak towel atas kepala. tapi masih hachum hachum macam kucing bersin. tahniah dan padan muka kepada aku sendiri kerana sangat bangang main time hujan. gila fighter siot rasa. :DD tapi sekarang baru sedar impak kepada hujan yang indah tadi adalah..
DEMAM

ini dia bentuk capsule celaka tersebut. aku benci kau.

tetiba terasa cuak dan kecut kerana aku adalah seekor ayam lemah. sebab aku senang jatuh sakit. tapi yang paling leceh... dan memalukan, bella yang bertubuh sasa ini tidak pandai menelan ubat pil dan capsule. okay berhenti gelak sebelum aku lempang pakai selipar. malunyaaa. :"> hanya insan insan tercinta je yang faham. dari kecik aku akan makan liquid dalam dose yang banyak (bila dah besar) sebab masih tak pandai telan. dan orang yang suka bertanya, menunjukkan keprihatinan terlampau.

orang : alaaa you sakit ke? dah makan ubat bella? makanlah nanti melarat
bella : err dah. tadi minum panadol soluble.
orang : panadol soluble bagus ke? boleh baik ke?
bella : habis kalau tak bagus kenapa jual?

rasa macam nak terajang sebab malu nak mengaku tak pandai telan pil. anis kata dengar macam comel, comel apa. macam budak kecik. -.-'

ke topik utama.
tadi asyik srett srett (bunyi hidung berair). ayah dan Affan yang tengah tengok bola halau suruh makan ubat. ayah kata makan ubat yang mama baru beli tadi. ubat tu in capsule. merengek kat ayah, mana aku pandai telan. ayah marah. mengada ngada. pergilah telan. susah sangat, makan ngan pisang. terpikir nak bukak capsule tu, telan serbuk tu. dulu pernah buat,. rasa dia Allah je yang tau. termuntah muntah aku dulu. pergi dapur..

kuatkan semangat, tuang air, pegang capsule yang kecik tapi rasa macam musuh paling besar. dalam hati punyalah cuakkk. takut muntah macam dulu. NEKAD! ambik capsule celaka itu, jolok di tekak! masukkan ke dalam! tetiba.. ehh da telan ke ni? cepat cepat minum air sebab rasa stuck kat tekak. pehhh.! dah hilang. TERASA SANGAT HEBAT. buat pertama kali dalam sejarah aku mampu menelan capsule. terus mesej Freddy cerita begitu teruja.
sepelaung ucapan TAHNIAH! :D
demam adalah perkara paling tak best.

lepaskan tangan aku


"dah, lepaskan tangan aku. kau pergi ikut sana, aku ikut sini."


harini last day nak spend time with my BESTfriends who's going to asasi and i caught a fever. im laying in bed for the whole day while my friends chilling at kedai goreng pisang. rasa geram tak dapat nak condemn, "ehh makcik goreng pisang kau banyak minyak laa". I feel depressed because it blew one of my best days of my life. shafika, ezzah, iqbal, adli, amir faiz... semua pergi main kat puncak alam except for amir faiz nak pergi menggedik kat um. aku je yang tak dapat jumpa bestfriends aku tadi. sobs. T_T terima kasih kepada comforter saya yang membuat saya rasa sayang sangat pada katil sebentar tadi.

Amy, mia, amir jumri, naim dah pergi matriks. sedihh.. tinggallah aku, izzham, ariff, meili, acap, zacky, ecah. itu punn. yang selalu ada, aku, izzy and arep je. boo hoo bella. kata boleh je hidup dalam gua. ini diorang baru masuk U dah nak kecoh. bella sememangnya cengeng nak mampus. padanlah muka. selalu sangat merayap, sekarang duduk rumah diam diam, pegang buku bio. *_* hee. aku geek. aku geek.! sangat menarik. yo soy bella la fea - si ugly bella.
imej yang akan saya bawakan kelak. B-)


sedar tak sedar, kita semua sorang sorang pergi ikut takdir sendiri. memula matriks, then asasi. lepas tu diploma. entah macam mana nak cakap sebab terasa kosong. amy, ika, ezzah... kawan baik aku. tiga tiga dah sambung. aku? 26june baru nak berambus. hadoii.. tension. sebab rasa dah tak sabar nak lari rumah. nak belajar hidup berdikari. eleh konon.. padahal baju pun tak pernah iron sendiri. :D hehe nak cover pulak.

semua manja sangat. dah macam anak monyet semua nak bergantung je kat orang lain. gila gila remaja yang seronok. sampaikan semua sedar yang akhir akhir ni ramai yang cepat touching, cepat terasa. kalau ada satu aktiviti yang kita tak dapat nak join, mesti rasa jelessss sangat. sampai orang luar sendiri pun rasa jeles. hahaha. :DD yee tak payah nak senyum senget. aku tau aku cepat touching. sebab aku kan manja. hahaha.

banyak sangat kenangan yg lagi manis dari gula batu yg kite semua dah lakarkan,. ceycey berunsur gramatis okayy. antaranya.. sila scroll ke bawah. haha


boleh lagi kau sengih ye bella? terajang baru tau.


main bowling, main softball, main basikal ramai ramai, main futsal, skating, wall climbing, mandi sungai, main bot kayuh kayuh, main kat cosmoworld, main badminton setiap pagi, pergi kenduri ramai ramai, pergi camping, barbeque, main poker, main gitar, karaoke, keluar merayap malam, lepak mamak, sleepover, bukak puasa sama, beraya, main mercun, pergi belajar, ponteng tusyen, lari sekolah, panjat tembok rasa thrill, amek result sama sama, pergi memancing, pergi shopping, setelkan masalah rumah tangga kawan kawan, suprise party.. haihh banyak sangat yang best!

oleh itu aku taburkan gambar gambar bersepah untuk engkorang semua tengok suka duka kitorang. tamparan hebat untuk kita hilang orang yang selalu melekat ngan kita setiap masa. kalau boleh nak lekat pakai gam gajah! tapi.. memang aku pun tahu, masa ni akan datang. cuma aku belum bersedia. heyy koranggg.. jaga diri baik baik. kita semua tetap kawan baik. :) maaf kali ni tiada humor, yg ada hanya sobs sobs. saya tahu ini tidak best. ;( tapi nak buat camne. saya sedang menghadapi tensi berpanjangan. eleh alasan. :p

main kayuh kayuh, Tasik Titiwangsa


ice skating, Sunway Pyramid. ini adli.


Port Dickson, Amy yang tercintaaaa.


shafika shari, bayang bayang yang takkan hilang.


main poker kat mcd lepas main futsal.



lepas bukak puasa, melepak malam malam.


puncak setiawangsa, saat bertouching touching-an.

ezzah tengah membelai rambut aku. haha

girlfriends..

aktiviti menguruskan peha, main basikal.


sleepover time spm. study beb. hahha


aksi semata.
main gitar kat rumah ataf. :))


cosmoworld, time square. sebelum sharon pergi plkn.

rasanya berlambak lagi gambar tapi kalau aku letak korang kata ni facebook pulak. so tengok jelah yang sipilih secara random ni. group kita memang ramai. sampai aku sendiri taktau jumlah sebenar berapa orang semua sekali. hahaha. okay lah, nanti korang cuti jangan lupa jenguk aku kat ceruk pilah tu. :D
FIN