Saturday, December 25, 2010

blew away



sebulan yang lalu
aku masih seorang yang bertongkat. aku masih si tempang. hoo haaa. tak siapa tahu apa dah jadi semenjak bermulanya second semester. macam macam dah jadi. sedih.. happy.. teruja.. lost.. maybe beberapa je yang faham. aku tak mahu cerita, sebab aku tak perlu simpati. aku sendiri tak percaya. aku hilang, tenggelam dalam dunia aku sendiri. aku penat. aku penat bersedih. kaki patah, orang tahu tengok je. tak pernah rasa apa aku rasa. malu, kecewa, tak boleh menjadi normal. aku belajar menghargai orang OKU. kerana aku pernah rasa HELPLESS. aku pernah rasa TAK BERDAYA nak buat benda simple. even kasut pun orang pakaikan. PATHETIC.


tapi sekarang
aku hebat. aku dah boleh berlari. aku suka perasaan ni. aku boleh buat apa aje aku suka tanpa orang tolong. aku boleh berlari. aku boleh main futsal. aku boleh main badminton, volleyball. SUDAH! CUKUP! 14th of december menjadi penentu. yeay! aku dah bukak simen, aku kini NORMAL. jadiiii... aku mengambil keputusan drastic!

POTONG RAMBUT!
kenapa?
sebab aku bukan bella yang lama
sebab aku nak mula hidup baru
aku nak jadi normal
aku nak buang kisah sedih dalam hidup ni
aku nak jadi jahat
aku penat jadi baik asyik kena buli
aku nak berubah!




suka atau tak... ini keputusan aku. :D korang tak berhak nak judge aku. pasal lain lain.. haha biarlah jadi rahsia apa yang jadi. aku taknak cerita pun. aku rasa serik. sudah sudahlah tu. just, terimalah aku yang baru.

Tuhan tahu apa yang kamu tak tahu.

2 comments:

nadieae said...

potong rambut pon cantik jugak. takpe :)

bella lim said...

hahaha. thanksss