Saturday, November 20, 2010

invisible

siapa pernah rasa ditenung beratus orang yang sekaligus memandang.
dan dapat merasakan mereka semua bercakap tentang kita?
well.. aku pernah...



ahh seriously i want to be invisible. kenapa? hahaa. janganlah tanya. dah dua minggu aku terpaksa bertongkat untuk berjalan dek kerana ankle yang patah. akibatnya..
hah kerana mulut yang kuat menganjing dan perasaan yang bergelora kalau tak mengenakan orang, diri sendiri yang bodoh sebab sibuk bercakap semasa berjalan di tangga, ya! ini hasilnya.

BEDEBAB! hoorayy! sorakan untuk bella kerana jatuh tangga secara terpleot dan tersungkur dengan bergaya. ya, aku kategorikan itu bergaya. kerana aku tidak jatuh secara menonggeng. syukur ke hadrat Illahi kerana wajah yang diharapkan untuk mengutip hantaran tinggi tidak tercela dan nasib aku sudah cukup baik, muka aku tak mencium bodylicious si tangga. ikuti paparan selanjutnya...


sekarang mungkin aku sudah ada nickname baru
'bella with crutches'


mintak maaf ye kengkawan. crutch yang dimaksudkan adalah topang atau senang cerita, tongkat. yabedabeduu. tanpa tongkat, mungkin aku tak boleh berjalan jauh. sadis. pedih. perit dan malu! aku malu. aku rasa semua baju yang aku pakai tak berhasil menampakkan aku cantik, walaupun aku memang tak cantik. tapi serious takde keyakinan betul time bertongkat ni. oleh itu.. aku biarkan diri aku nampak selebet. biarlah orang mengata. biarlah aku ke sana ke mari kat matriks sebagai orang yang nampak kasihan pada mata semua orang. aku tak perlukan kesian korang. jaga diri sendiri sudah.

yang sakitnya hatiiiii... aku tau aku nampak kelakar, nampak menyedihkan, tapi tolong jangan stare aku. sudah sudahla pandang aku.. tak awesome pun. thats why lah aku nak jadi invisible. aku taknak jadi point of attraction. aku taknak jadi bahan bualan korang sambil mengunyah roti telur kat kafe D. aku taknak jadi bahan gosip sambil korang buat tutor. dan tolong jangan jadikan kawan kawan aku bahan media menyampaikan semua yang korang nak tanya. -.-


kawan aku masih ada, apa aku kesah?

aku benci perasaan ni. aku benci pergi mana mana rasa ada aja mata dan mulut yang mengekori aku. aku benci rasa asing. aku bukan hantu yang berjala di siang hari. bukan juga alien berkaki tiga. aku cuma aku, tetapi bertongkat. berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. sakit lagi ketiak aku dek kerana topang ketiak tersebut. paling hooray, aku duduk di aras empat, memang show gila turun naik tangga dengan speed sama macam siput babi yang bergerak tanpa enjin.

tak tehh.. tak teh.. kepala hotak kau! penatnya nak jawab setiap soalan stranger

"kenapa kaki awak ehh?"

"wehh aku rasa kaki dia patah ah" seorang wanita membisik secara kuat kpd rakan

"memanglah. kan aku dah kata, cuba tengok kaki dia berbalut" rakannya menjawab

aku rasa macam nak libas diorang pakai spender basah roomate aku yang tak reti nak perah sebab diorang ni biadab dan bodoh. takkan tak tau yang aku boleh dengar?????
well hello, aku patah kaki, bukan patah eardrum!

tolong hindarkan. hentikan panggilan tak best dan tidak enak. stop calling me 'si capik', tempang, cacat, handicap, OKU dan sebagainya. korang semua patut tunggu bila aku dah sihat, aku boleh sepak korang semua. tunggu dan lihat! kaki siapa lebih panjang dan kuat. jangan cakap lebat, aku bertongkat pun boleh sepak orang okayyy.

ohh dugaan... time kaki aku macam ni lah, kat matriks ada mini kakom, yang memang aku nantikan. hahaha. terbaekkk. macam mana nak main dengan kaki macam ni? sedangkan aku memang boleh main badminton, bola tampar, bola jaring.... kalau aku sehat, aku mesti lebih hebat dari si gendut si gendut yang isi nama untuk masuk mini kakom. HAHAHA. ;D
23rd ni aku ada appoinment kat hospital untuk kaki aku so..., tunggu dan lihat ya!



sebelum dan selepas di plaster. cool gila kan aku?


HAHAHAHA sedar tak sedar gila banyak aku dah type. ehh apa aku kisah? asalkan hati aku puas. kenapa aku dah lama tak blogging? sebab aku sengaja! sebab aku sibuk! sebab aku malas!
dan mungkin jugak.. sebab.. aku dah ada tempat meluahkan perasaan. :">
okay, knock it off. tak sabar nak tunggu kaki sembuh, nak berlari balik. nak sepak terajang orang. nak pakai wedges, nak pakai kasut class. taknak dah pakai sandal! sekian sahaja, terima kasih sebab korang buat aku rasa HOT dan FAMOUS macam artis. ;D parapappapa..im lovin it.


4 comments:

www.dunialandax.com said...

Si capik! haha..style gila..mesti bosan kan,minah yang tak reti dok diam,kene kurangkan aktiviti sebab bertopang !HAHAHA..


p/s: mesti muka macam tenuk masa ko jatuh tu kan? aku tau!HAHA

bella lim said...

tak. time jatuh aku sempat cover cun. so aku jatuh dengan bergaya. ala ala anita sarawak jatuh tangga. haha.

memang tension gila. dah nak gila dah aku time tu.

Asy Faro said...

bella. =)

yg org 'tak tah tak teh' tu..

=D

(aku respect kau tabah hadapi 2minggu tu lbih2 lagi sebagai seorang prmpuan)

bella lim said...

hahahhaha. thankyou thankyou. tabah tak tabah sangat la. sakit hati la jugak.