Friday, May 28, 2010

sampai hati kau kamil :(

"saya teraniaya"

maybe ada yang ingat entry kali ni untuk cerita love story aku ngan insan bernama kamil. namun tidak. anda salah. kamil.. seindah namanya, kesempurnaan maksudnya. akanku singkap cerita duka ini yang menjadi titik hitam dalam hidupku.

tanggal 27 mei 2010 membawa kisah duka di dalam hidupku. tidak pernah sekalipun aku terfikir kamil sanggup mengasari aku sehingga begitu rupa. tidak pernah aku bayangkan. dan tidak ingin juga aku abadikan kenangan itu, cukuplah aku simpan di dalam kotak ingatan sebagai pengajaran kelak. pada hari itu, aku bersama rakan rakan keluar pagi untuk melepak kali terakhir sebelum aku menjejakkan kaki ke 'matilah'. (matriks kuala pilah) before ni kan 'kopilah' (uitm kuala pilah). :D kami semua berkumpul saat embun masih lagi membasahi hujung daun. izzham dan aku mencari rakan lain dan berkumpul di court setiawangsa.

ini dia lokasi kejadian

sungguh aku tak sangka, kawan yang akan datang yang dimaksudkan izzham adalah freddy. dia datang membawa kejutan. jahat you tak bgtau! kemudian, insan yang ditunggu bagi melengkapkan sepuluh orang termasuk aku pun tiba. kamil datang membawa sang suria dan meniup awan kelabu pergi. ohh teriknya rasa. peluh mula membasahi dahi dan kesemua kami bagai cacing kepanasan tergedik gedik di open court yang panas itu. semakin bahang mencengkam tubuh, mereka setuju untuk terus bermain. kami gagahkan diri bermain pada tengah hari rembang itu.

niatku hanya untuk duduk di tepi menemani adilah zakaria. namun aku dipelawa bermain untuk pasukan freddy bagi mencukupkan 5 pemain. encik freddy telah melarang namun aku berkeras hati. aku bencikan kepanasan kerana aku akan rasa seperti nak pitam. fighter gila rasa siot. kami bermain. walaupun sang suria seakan menjealousy namun kami buat derk saja. aku memakai topi dan mengikat rambut ala ala selekeh habis. si lelaki kesemuanya bermain macam lupa diri. aku ingin membuktikan kejantanan yang kian pupus di dalam diri. semangatku berkobar.

mungkin aku patut cuba cover calar tu dengan rambut macam ni.

bola kini berada di tengah. saat kesemua bergumpal macam sambal, aku berlari. ingin mendapatkan bola. aku hanya menunduk. di hati hanya bola, bola. ingin aku rembat ke gawang gol. sedang aku berlari ke arah bola di tengah padang itu, tiba tiba, BEDEBUK!! aku rebah bersujud di bumi yang fana ini. pandangan mataku berpinar. kelam. gelap. kosong aku terasa. telingaku seakan akan tuli dengan bunyi. mulutku bisu, mataku buta. aku rasakan perit, pedih di muka. TERIMA KASIH KAMIL. kamil telah merembat bola itu sebelum aku sempat sampai. begitu kencang rembatan kamil sehingga aku rebah. topi di kepala ku tertanggal.

selepas itu aku cuba bangkit, aku terdengar mereka menjerit dan hilai tawa mereka. ohh aku masih hidup. namun pandanganku terganggu. setelah beberapa ketika mataku kembali normal. kulihat wajah kamil, matanya sayu. dia dihambat rasa bersalah. pipi kananku pedih. seakan ditampar menggunakan terompah yang digunakan di jamban jamban. mungkin rasanya terompah yang besar. freddy hanya memberi respon "ohh. duduk tepi." kepadaku saat kutunjukkan luka itu kepadanya. pipiku bengkak sebelah. aku dihambat sesal berpanjangan. jika aku tak main, tentu bola itu tidak menyapaku. aku trauma! bola oh bola. karena dirimu bola, wajahku kini cacat. cela ini tidak mampu kututup biarpun dicalit foundation dan blusher setebal mana. pipiku calar walau bengkak mulai surut. sampai hatimu kamil. wajahku kini jelek dan cela. seperti orang baru lepas gaduh dengan boyfriend kayaknya. kini aku sadar dan aku tidak akan mengingkarimu lagi, freddy.

pesalah. haha. gurauan semata.

p/s ; aku tau ini bosan. siapa suruh baca,. hahha. saja bergurau membuang masa. ini takde kaitan dengan sesapa. hanya bahan utk geli geli. kamil, jangan marah, serious bergurau. :DD
btw, ini kisah benar! im a monster now. hahah. kamil ni baik je orangnya, dia tak sengaja pun. it was an accident. this is just a joke.

2 comments:

www.dunialandax.com said...

kahkahkah!padan le muke kau!HAHA..kalau aku,aku shoot 2-3 kali kasi muka kau bertukau ijau macam..............shrek!HAHA

bella lim said...

-.-' kau ni orang ke unta? tak berperasaan betul