Saturday, May 22, 2010

Hebatnya Perasaan Ini

muka budak sakit baru keluar hospital. si pucat yang nyata.

kenapa tetiba si bella terasa hebat? hahaha. ini bukanlah kerana saya seorang yang hebat tetapi kerana telah berjaya menurunkan hujan selepas kemarau 18 tahun. okay mesti tak paham kan. tetapi.. wahaha. terasa seronok. :D teruja masih lagi terasa.

pagi tadi Affan selaku abang saya ajak main futsal lawan team dia. so pergilah main. sampai aje kat court dah hujan.. redha jelah. lepastu hujan lebat selebat lebat alam. its raining and breezy. bapak sejuk wa cakap lu. menggigil siot. aku pakai cap and letak towel atas kepala. tapi masih hachum hachum macam kucing bersin. tahniah dan padan muka kepada aku sendiri kerana sangat bangang main time hujan. gila fighter siot rasa. :DD tapi sekarang baru sedar impak kepada hujan yang indah tadi adalah..
DEMAM

ini dia bentuk capsule celaka tersebut. aku benci kau.

tetiba terasa cuak dan kecut kerana aku adalah seekor ayam lemah. sebab aku senang jatuh sakit. tapi yang paling leceh... dan memalukan, bella yang bertubuh sasa ini tidak pandai menelan ubat pil dan capsule. okay berhenti gelak sebelum aku lempang pakai selipar. malunyaaa. :"> hanya insan insan tercinta je yang faham. dari kecik aku akan makan liquid dalam dose yang banyak (bila dah besar) sebab masih tak pandai telan. dan orang yang suka bertanya, menunjukkan keprihatinan terlampau.

orang : alaaa you sakit ke? dah makan ubat bella? makanlah nanti melarat
bella : err dah. tadi minum panadol soluble.
orang : panadol soluble bagus ke? boleh baik ke?
bella : habis kalau tak bagus kenapa jual?

rasa macam nak terajang sebab malu nak mengaku tak pandai telan pil. anis kata dengar macam comel, comel apa. macam budak kecik. -.-'

ke topik utama.
tadi asyik srett srett (bunyi hidung berair). ayah dan Affan yang tengah tengok bola halau suruh makan ubat. ayah kata makan ubat yang mama baru beli tadi. ubat tu in capsule. merengek kat ayah, mana aku pandai telan. ayah marah. mengada ngada. pergilah telan. susah sangat, makan ngan pisang. terpikir nak bukak capsule tu, telan serbuk tu. dulu pernah buat,. rasa dia Allah je yang tau. termuntah muntah aku dulu. pergi dapur..

kuatkan semangat, tuang air, pegang capsule yang kecik tapi rasa macam musuh paling besar. dalam hati punyalah cuakkk. takut muntah macam dulu. NEKAD! ambik capsule celaka itu, jolok di tekak! masukkan ke dalam! tetiba.. ehh da telan ke ni? cepat cepat minum air sebab rasa stuck kat tekak. pehhh.! dah hilang. TERASA SANGAT HEBAT. buat pertama kali dalam sejarah aku mampu menelan capsule. terus mesej Freddy cerita begitu teruja.
sepelaung ucapan TAHNIAH! :D
demam adalah perkara paling tak best.

5 comments:

nadieae said...

oh bell, semoga cepat sembuh ye :)

affan said...

padan muka kau. sape suoh x reti nak telan. ahaha.

Anonymous said...

ceyt, kutuk aku -.- tp, tahniah! hahahaha. kelakar la kao ni.

Dawy said...

nice .
get well soon ! =)

bella lim said...

ep ; thankss,. :))

affan ; siapa suruh kau jd batu api.

anonymous ; yesss. dah kantoi kau siape. hahaha

dawy ; thanks.