Wednesday, February 17, 2010

dulu ada kita, kini masih kita.

friendship grows and last forever.


terbang tinggi tinggi akhirnya pulang ke sarang jua.

yuhuuu.. merujuk kembali kepada title entry ni... i want to share with u guys, part of my social life. uhuhuh....adekah aku ni perempuan social yang macam orang selalu cakap tu? rasanya.. korang kena buat prejudgement balik. like those guys already did. and after that barulah korang dapat terima aku tanpa pape yang pelik dipandang. ade sorang kawan aku ni, die kate "aku ingatkan kau pompuan yang lawa lawa, dengan lelaki lain, dengan pompuan lain". means aku cover cun la. apeeelahhhh.. hahaha. okayyy... berbalik kepada topik utama. social life... maksud kepada title ni.... sebenarnya kerana sampai sekarang aku still rapat and berhubung dengan kawan dari elementary school aku. ada yang dari nursery lagi. haha. begitu kuatnya bonding between us. ya, maybe to you guys yang tak pernah kenal, bella ni macam orang yang susah diajak berkawan. memang betul. aku susah nak terima seseorang tu jadi kawan. ada yang kata aku pilih bulu. haha. what the heck... -.-'


ini time reunion. sengaja nak buat nostalgic sikit. they are frm elementary school.


memang parents pun selalu pesan, pilih kawan yang elok elok. so takdelah aku pakai redah je berkawan. aku banyak kawan. tapi ada yang sekadar kenalan, kawan biasa. untuk aku terima someone as kawan baik, memang amek mase. hahah.. bukan apa. experience is the best teacher isnt it? so.. taknaklah nanti dah berkawan punya baik, sekali ada kes tikam tikaman di belakang pulak. sampai menitik air mata disebabkan seseorang yang kita panggil kawan. heh. sebab, memang aku ni jenis setia kawan. bukan nak puji diri ke ape. tapi memang aku pentingkan bonding, frenship and family. yang bestnya, sekarang aku ngan kawan kawan sekelas time sekolah rendah dah berkawan balik. seronok.yelah... untuk kitorang yang tengah menganga tunggu result ni... yang kerja takpelah.. tapi bagi yang duduk rumah and babysit adik macam aku ni... boring gila.

still in contact with friends even i have to bring my bro along

so..kitorang selalu lepak, takpun keluar bersukan. haha. saje nak berlagak, aku titik ariff syafiq, main badminton 21-11. sejak dah tak pegi sekolah, dah tak main hoki, aku dah macam garfield. atau perumpamaannya kucing pemalas. hahahah. aku bangun pun petang. tido kol 4 atau 5 pagi. dah jadi macam matsaleh pulak. konon konon terbiasa cara hidup barat. muahaha. gila. kadang kadang kitorang main badminton, jogging, takpun sekadar duduk and berborak. seronok bila berborak balik ngn diorang. yelah... zaman dulu...

zaman budak budak memang the most precious memories to everyone right? so do i. yang syok bila cerita time kecik kecik dulu. sape yang kencing dalam seluar.. sape yang mak bapak teman sampai ke kelas. sape yang pembuli terhebat zaman sekolah.. korang mesti tak percaya aku ni dulu one of the pembuli. tanya meilisa, sampai masuk secondary school dia benci aku. haha. kes cintan cintun kanak kanak juga tak kurang menariknya. hahah. paling seronok sebab dulu... tang cinta cinta ni kita tak pikir sangat. berkawan je ngan semua. syok. time main, main. time blaja... jangan ceritalah. kitorang dulu kelas pertama kat sekolah. and competition memang tinggi gila. semua pandai pandai. sebab cikgu banyak encourage. lagi entertainment dulu tak sebanyak sekarang.


hangout with my old friends.

entertainment tak banyak..kita jarang la nak lost focus. kawan kawan. banyak yang bila keluar dari situ, diorang jadi best student kat sekolah diorang sendiri yang bertaraf cluster, bestari. cam bangga laaa.... hebat hebat doh budak sekolah rendah aku. hahaha. memang padan sangat muka aku. dulu taknak apply asrama sebab aku rasa tak boleh survive kat sana. aku dah buang semua social life yang merepek dulu. heh. tak penting.! hahaha. usaha dah, ikhtiar dah. tang doa pulak... time spm jela aku rajin semayang lima waktu. sekarang, sejadah tah kemana. hahahha. tengok, aku lari tajuk. hahahah! okayy.. aku seronok contact balik kawan2 lama aku. best sebab diorang dulu berkawan ngan kita, diorang dah tau rupa sememeh, rupa buruk, rupa skema, rupa nakal kita waktu kecik.

the best class ever, 6 kurnia. (standard six)


itulah apa yang uncle aku pernah cakap... kawan time kecik kecik la kau patut appreciate. sebab.... dulu kecik kecik, kita tak pilih rupa kawan kita, kitatak pikir dia anak orang kaya ke tak, kita tak pikir dia ada kereta ke tak, kita tak pikir jawatan dia... tapi.. lepas tempuh zaman universiti and zaman kerja, benda tu berubah.... orang pandang those matter yang kita rasakan tak penting sekarang. hahahh.... ade betulnya jugak cakap uncle aku. paling seronok tengok dia keluar and berhubung balik ngan kawan kawan dia. diorang selalu buat event. yelah.. masing masing dah kerja, tapi bujang... so duit masyuk. pergi mana mana pun on je. semua dah berkereta, balik pukul berapa pun tak kesah. respect. aku pernah ikut diorang hangout sekali. pegi tengok midnight movie, cerita transformer. hahahah. then lepak makan makan sampai pukul 5 pagi..... best, terasa macam dah matured pulak. wahahah. okaylah korang, thanks for reading. for my former friends, old or new, i love you all. ;)


my girlfriends, all have grown up as beautiful young lady


heheh. tambahan... perubahan ketara rakan rakan..

1. yang dulu berkopiah bersongkok dah hilang entah kemana.
2. yang dulu bertudung senget senget, tudung sudah terbang jua.
3. yang dulu muka punya skema, sekarang berubah jadi hensem.
4. yang dulu orang tak pandang, sekarang dah cun pulak.
5. yang dulu kecik molek sekarang dah macam sumo.
6. yang dulu ketot sekarang megah berjalan, tinggi dengan high heels.
7. yang dulu tahap normal, sekarang dah bantut pulak?
8. yang dulu bulat macam belon, sekarang jadi belon takde angin.
9. yang dulu muka macam budak jahat, sekarang macam mafia.haha
10. yang dulu muka jawa, sekarang rambut dah blonde pula.
11. yang dulu tomboy, panjat dinding macam spiderman, sekarang dah ayu.
12. yang dulu suara macam emas, sekarang becok pulak.
13. yang dulu bertaik lalat di mulut tu becok gila, sekarang jadi bisu.
14. paling ketara, dulu muka sikit punya comel, putih melepak, putih bersih,
sekarang ditaburi jerawat di muka. haha. muka saya masih clean, bangga!
15. satu je yang tak berubah.. apa dia? cikgu khairi... masih lagi awet muda. bila nak kahwin?
masih lagi menjadi soalan favourite mulut jahat murid murid cikgu ni.hahah


niat bukan nak mengata, sekadar nak menggamatkan suasana. ingatlah kawan, kita
semua dah tua. jangan buat perangai tak matang. ini ditujukan kepada diri sendiri. terima kasehh.. to all readers, thanks for reading. ;) till then...


semoga berjumpa lagi kawan kawan.

5 comments:

shira azif said...

eiii,best nye bole kawan sampai besar! :)

bella lim said...

haha. tau xpe. best kan? paling best tengok muka masing masing dah berubah. 5 years, 10 years from now on pun masih akan ada kami. ;)
dah kahwin nnti jemputla datang. hahaha

nadieae said...

ef tak pernah ade kawan dr kecik smpai skrg ohhh :( nak rasa jugak cmtu tp ef susah percaye org soo kwn baik pon kejap jelaa. huhu :'(

bella lim said...

ohh yeke ef.. sedihnyaaa.. susah percaya orang. haa, itu same. bell pun susah nak terima orang jadi kawan. tny je mereka tu semua. kena jeling semua pernah. haha. tapi rugi laa.. kawan dari kecik ni tgk kita membesar sama sama. best!

azah yamin said...
This comment has been removed by the author.